SUBHANALLAH....

“Allah swt akan turun ke langit dunia pada setiap malam ketika akhir 1/3 malam dan berkata : Akulah Tuhan , Akulah Tuhan. Barang siapa yang berdoa kepadaKU akan aku penuhi doanya , Barang siapa yang meminta kepadaKu akan aku beri kepadanya ,barangsiapa yang memohon ampun kepadaKu , akan aku ampunkan dosanya.” (HR Imam Bukhari : 1145 , Muslim : 758 , Tirmizi : 239 )

Khamis, 28 April 2011

kelebiha beristighfar

Dari Ibnu Abbas ra, Rasulullah saw bersabda yg bermaksud,"Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, Allah jadikan baginya kesukaan dari tiap-tiap kesusahan dan Allah jadikan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan dan Dia rezekikan kepadanya dari jurusan yang dia tidak sangka-sangka." - Abu Daud -Alangkah peliknya, hamba yang tidak mengambil berat mengenai istighfar. Mengapa? Apakah kerana amalnya sudah cukup untuk menghapus kejahatannya, atau hatinya sudah mencapai tahap keikhlasan yang murni?Apakah ilmu yang dimiliki mampu mendekatkan dirinya kepada Allah? Apakah sudah lahir akhlak mulia di mata manusia sehingga kedudukannya bagaikan permata berkilauan di tengah-tengah mereka?Sedangkan Nabi SAW dan sahabat yang sudah berada pada tahap ketinggian dan kemuliaan di sisi Allah...

jual beli

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda "Dua orang yang saling berjual beli punya hak untuk saling memilih selama mereka tidak saling berpisah, maka jika keduianya saling jujur dalam jual beli dan menerangkan keadaan barang-barangnya (dari aib dan cacat), maka akan diberikan barokah jual beli bagi keduanya, dan apabila keduanya saling berdusta dan saling menyembunyikan aibnya maka akan dicabut barokah jual beli dari keduanya"(Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Nasa'i, dan shahihkan oleh Syaikh Al Bany dalam shahih Jami no. 28...

Isnin, 25 April 2011

11 jenis manusia yang didoa oleh malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah: 1. Orang yang...

♥ RUFAIDAH JURURAWAT MUSLIM PERTAMA ♥

Apabila ditanya siapa ikon kejururawatan dunia yang terunggul, tentu kita akan terpanggil untuk mengingati nama Florence Nightingale yang hidup dari tahun 1794 hingga 1875. Tetapi tahukah kalian sebenarnya dunia kejururawatan tercicir satu nama yang lebih awal menempa kecemerlangan? Srikandi yang dimaksudkan adalah Rufaidah binti Sa'ad al-Aslami.Rufaidah binti Sa'ad diiktiraf sebagai jururawat muslimah yang pertama dalam Islam, berasal daripada suku Bani Aslam dan merupakan sebahagian daripada konfederasi suku Khazraj di Madinah. Wanita itu dilahirkan di Madinah sebelum hijrah Rasulullah s.a.w dan merupakan antara wanita Ansar yang mengalu-alukan...

Nilai uban...

Sabda Nabi saw, “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (HR. Ibnu Hibb...

Ahad, 24 April 2011

TAKUTI SYIRIK.........

Setiap Muslim yang waras cara berfikirnya, akan sentiasa bertindak bersesuaian dengan ajaran yang ada dalam al-Quran dan apa yang diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Ini kerana kedua-dua sumber itu merupakan rujukan paling tepat dan benar untuk mendapatkan keredaan Allah SWT sekali gus melonjakkannya menjadi Muslim hakiki.Kerana keyakinan yang ada dalam pemikiran Muslim yang baik itu, ialah bahawa kehidupannya tidak berakhir semasa hidup di dunia, malah ia berkesinambungan hingga ke hari akhirat, iaitu hari di mana seluruh makhluk bernama manusia akan berhimpun di Padang Mahsyar.Sama ada manusia yang percaya kepada Allah, atau yang menentang-Nya, manusia bermana Islam, atau Kapitalis, Komunis, Sekular, Sosialis, Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi, semua sekali akan dihadapkan depan Allah...

Lapan Juvana Mengaku Bersalah Belasah Pelajar Sekolah Agama

MARANG 24 APRIL : Lapan pelajar berumur antara 15 hingga 17 tahun hari ini mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menceroboh kawasan sekolah dan memukul seorang pelajar sekolah agama pada 7 April lalu. Kesemua tertuduh terdiri daripada empat pelajar Tingkatan Lima, seorang pelajar Tingkatan Empat dan tiga pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah di sini. Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Mahathir Mohd Yusof secara tertutup di hadapan Majistret Nur Azizah Yusoff. Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa menceroboh sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di sini, antara 11 pagi hingga 11.30 pagi 7 April lalu....

Mufti Kelantan : Pandangan Harussani, Majlis Fatwa Tidak Bercanggah

KOTA BHARU 24 APRIL : Tiada percanggahan fatwa antara Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang membolehkan tarian poco-poco dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mengharamkan tarian itu, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad. Beliau berkata, umat Islam harus melihat kedua-dua keputusan itu dari skop yang lebih luas dan menyeluruh sebelum memberi pandangan masing-masing. “Saya tidak nampak ia wujud percanggahan pendapat berhubung isu itu jika penilaian dibuat secara menyeluruh dan mendalam dari sudut kepentingan kepada pengamal-pengamal senaman itu,” katanya dipetik Bernama Online. Beliau diminta mengulas...

Budaya Remaja Rosak

sumber:maw...

Khalid : 'Terima Kasih' Rakyat Selangor

KLANG 23 APRIL : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kejayaan dan pencapaian yang dicapai sehingga kini adalah hasil kerjasama dua pihak antara pemimpin dan anggota masyarat. “Saya sangat berbesar hati kerana saya rasa tuan-tuan dan puan-puan telah nampak bagaimana pasukan yang telah kita lahirkan iaitu pasukan wakil-wakil rakyat dan wakil negeri yang kesemua dalam ceramah-ceramah yang diberikan sangat-sangat berjiwa rakyat," kata Khalid. Tambahnya lagi, budaya kerja kerajaan negeri yang sentiasa komited dalam urus tadbir terutamanya dalam memastikan segala hasil negeri dapat diagihkan untuk kebajikan rakyat adalah kunci...

pusaka Rasulullah S.A.W

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang ditengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia.” Riwayat Abu DaudRasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata:" Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.Seindah-indah mimpi sedarlah bahawa ianya hanyalah satu fantasi…Dan sepahit-pahit kehidupan, ianya tetap sebuah realiti. .Namun, manusia sering memilih keindahan tanpa menyedari bahawa di sebalik kepahitan itulah tersembunyi sebuah kemanisan....

Sabtu, 23 April 2011

WANITA MUDAH MENANGIS!!!

Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berla...ku sesuatu dalam perhubungan. Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?" Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti" Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang...

NILAI SEORANG WANITA SOLEHAH

Terdapat beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah. Mudah-mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat-empat jenis ini bererti dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu bersabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya.""Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah dia bertaqwa kepada ALLAH akan sebaik-baik keperluan...

Jumaat, 22 April 2011

E-Mel 1 Malaysia Bukti Ketandusan Idea BN 'Songlap' Duit Rakyat

SHAH ALAM 21 APRIL : Drama e-mel 1 Malaysia yang melanda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan betapa Kerajaan Barisan Nasional hanya tahu memikirkan keuntungan sendiri tanpa mempedulikan pandangan rakyat.Exco Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Selangor Rodziah Ismail menganggap rakyat membantah idea itu kerana kegagalan kerajaan pusat menjelaskan secara telus berkenaan projek ini khususnya penggunaan dana untuk menjayakannya.Rodziah ketika dihubungi Tv Selangor berkata, rakyat berhak mengetahui status sebenar berhubung e-mel 1 Malaysia ini kerana pelbagai pihak sentiasa...

Penghulu segala hari

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99;...

Allah bersama kita...

Lihatlah ketika tentera Islam dibawah pimpinan Saad ibn Waqash mengambilmasa yang terlalu lama untuk menawan satu bandar. Ketika berita ini sampaipada Khlaifah Umar RA yang dihantarnya bukanlah satu batalion tenteratambahan tetapi hanya seorang utusan bersama sekeping warkah darinya.Antara kandungan warkah tersebut “Hendaklah kalian bermuhasabah diri,kemenangan kita adalah kerana maksiat musuh pada Allah SWT. Tetapisekiranya kitapun melakukan maksiat tentu kita akan kalah dalam peperanganini; tentera mereka lebih ramai dan senjata mereka jauh lebih baik dari kita”.Akhirnya seluruh tentera Islam bermuhasabah diri serta membetulkan segalakealpaan...

Khamis, 21 April 2011

Dianggap Liabiliti, Hadi Sedia Ditentang Pemilihan Jun Depan

KUALA LUMPUR, 21 APRIL : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia untuk ditentang pada pemilihan pusat Jun depan. Hadi berkata beliau amat mengalu- alukan kehadiran pelapis baru yang berkelayakan bagi menggantikannya berikutan beliau bukan selamanya mahu menjadi pemimpin parti itu. “Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya. “Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis,” kata beliau dipetik media. Hadi berkata PAS turut mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam...

Saman Royalti Minyak : Kelantan Kemuka Rayuan

PUTRAJAYA 21 APRIL : Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS hari ini mengemukakan dua permohonan kepada Mahkamah Rayuan berhubung samannya membabitkan syarikat petroleum negara, Petronas berhubung dakwaan tidak dibayar royalti minyak dan gas.Permohonan pertama adalah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan kerajaan pusat untuk menjadi pencelah dan defendan kedua dalam saman terhadap Petronas.Permohonan kedua pula adalah supaya mahkamah mengeluarkan perintah supaya kes tuntutan royalti minyak itu dipindahkan semula daripada bahagian sivil ke bahagian dagang.Dalam saman yang difailkan pada 30 Ogos tahun lalu,...

dua keinginan

Di keheningan malam, Sang Maut turun dari hadirat Tuhan menuju ke bumi. Ia terbang melayang-layang di atas sebuah kota dan mengamati seluruh penghuni dengan tatapan matanya. Ia menyaksikan jiwa-jiwa yang melayang-layang dengan sayap-sayap mereka, dan orang-orang yang terlena di dalam kekuasaan sang lelap.Ketika rembulan tersungkur kaki langit, dan kota itu berubah warna menjadi hitam legam, Sang Maut berjalan dengan langkah tenang di tengah pemukiman -- berhati-hati tidak menyentuh apapun -- sampai tiba di sebuah istana. Dia masuk dan tak seorang pun kuasa menghalangi. Dia tegak di sisi sebuah ranjang dan menyentuh pelupuk matanya, dan...

Luasnya Neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahwa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan...

KASIH SAYANG, KEJAYAAN DAN KEKAYAAN

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tigaorang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang dudukdihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua,tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumahsaya dan makan sesuatu.""Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya."Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar.""Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu punmemberitahunya kejadian tersebut."Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput...

kasih sayangNYA

~Barang siapa mengira terlepasnya sifat kasih sayang Allah dari ketetapaNya(sewaktu ia menetapkan kesakitan,kemiskinan dan seumpamanya)maka yang demikian itu kerana kejahilan pengertiannya~Pesanan Al-Imam Ibnu Athaillah Assakandary *Kita merasa kecewa apabila di tinggalkan oleh orang yang kita sayangi.*Kita keluh kesah kerana sentiasa di rundung malang.*Kita sentiasa berdukacita kerana kesempitan wang dan ketiadaan harta.*Kita kebimbangan dengan keadaan diri yg serba kekurangan.Pendek kata jiwa kita gundah di landa ribut kecewa dan hilang segala kedamaian apabila...

Selasa, 19 April 2011

Perkhidmatan Blogger akan dihentikan !

Terkejut jugak tadi bila dapat tahu pasal perkhidmatan Blogger akan dihentikan mulai 25 Jun 2011. Kalau betul la cite nie. Memang parah la kepada blogger yang masih menggunakan platform blogspot. Sah-sah tak ada pilihan lain .. melainkan beralih ke hosting domain berbayar yang lain seperti Wordpress dan sebagainya.Tapi setelah dibaca berulang-ulang kali (Google Buzz). Baru la faham. Rupa-rupanya .. pengguna Blogger yang mendaftar dan menggunakan email selain Gmail (contoh: Email Yahoo) untuk log in ke dalam blogger .. akan berdepan dengan situasi dimana blogger mereka akan dihapuskan sama sekali. Selain itu .. bagi yang tidak pernah log...

Wahai Adam....Selamilah Dan Amatilah Keindahan Cinta...

Wahai lelaki...wahai adam... Lindungilah hawa ♥ selagi kamu mampu,bukan menyakitinya..Bimbingilah hawa ♥ di jalan NurNya,bukan menyesatkannya.. Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya.. Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling membantu.. Hilangkanlah egomu kerna itu api yg membenamkan nur kebahgiaan.. Jaga diri hiasi peribadi, kelak tunggu lah dia sbg bidadarimu ♥... Ingatlah wahai lelaki.. Wahai lelaki jua wahai adam... Taklukilah hati wanita hawa ♥ itu dengan bicara keikhlasan cintamu... Bukan mengharapkan balasan... Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu.. Hamparkan padang...

Page 1 of 6812345Next
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More