SUBHANALLAH....

“Allah swt akan turun ke langit dunia pada setiap malam ketika akhir 1/3 malam dan berkata : Akulah Tuhan , Akulah Tuhan. Barang siapa yang berdoa kepadaKU akan aku penuhi doanya , Barang siapa yang meminta kepadaKu akan aku beri kepadanya ,barangsiapa yang memohon ampun kepadaKu , akan aku ampunkan dosanya.” (HR Imam Bukhari : 1145 , Muslim : 758 , Tirmizi : 239 )

Khamis, 31 Mac 2011

MATINYA HATI

Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.Orang yang hatinya mati tidak dapat membezakan antara kebaikan dengan keburukan. Mereka tidak dapat merasai kemanisan apabila melakukan perkara yang baik.Ingatlah amaran Allah kepada golongan begini menerusi firman-Nya yang bermaksud: Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras...

Dewan Muslimat Pas Kelantan

“Dulu kita mengaji ugama, di masjid di balaisah. Mengaji tentang haid, nifas dan sebagainya. Padanlah dengan dulu kita di balaisah dan pondok sahaja. Sekarang kita menongkat pemerintahan, masih juga mengaji dengan Nabi. Nabi dahulu diangkat ke langit untuk diberi amanah berat berpolitik. Rebah dan jatuh terlentang baginda membawa politik selama tiga puluh tahun.” “Secara psikologi, orang perempuan lebih tinggi kasih-sayangnya. Mengandung, mengelek, mengendong anak, dan menghantar anak-anak ke sekolah serta universiti. Jangan sampai anak-anak yang kita sayang ini masuk neraka. Jangan sampai keluarga yang kita jaga ini menderhaka Tuhannya. Ia tidak mustahil kalau kita beri negara ini kepada orang yang tidak berfikir panjang ke akhirat, mereka mencorakkan anak-anak kita untuk masuk...

CICO UJI RASHID BERSERBAN DI MASJID ALAZIM PANDAN

Alhamdulillah. Sekurang2nya dia hadir ke masjid tlh menunjukkan dia tlh berubahKelibat Cico Uji Rashid kelihatan bersama dengan Sdr Bob Lokman dan Ustaz Zulkifli Ahmad selepas kuliah mahgrib yang dijalankan di Masjid Al Azim, Pandah semalam (30 Mac 2011)...

Doa Kekasih

Sesungguhnya, hati kita adalah milik Allah.... بسم الله الرحمن الرحيمYa Allah....Seandainya telah Engkau catatkan..Dia milikku tercipta buatku..Satukanlah hatinya dengan hatiku...Titipkanlah kebahagiaan antara kami...Agar kemesraan itu abadi... Ya Allah...Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...Seringkanlah kami melayari hidup ini...Ketepian yang sejahtera dan abadi...Maka jodohkanlah kami...Tetapi Ya Allah...Seandainya telah Engkau takdirkanDia bukan milikku...Bawalah dia jauh daripada pandanganku...Luputkanlah dia dari ingatanku...Dan peliharalah aku dari kekecewaan... Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...Berikanlah aku kekuatan...Menolak bayangannya...

IBU & KITA

Ketika berusia 1 tahun :-Ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam. Apabila berusia 2 tahun :-Ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan berlari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil. Menjelang usia kita 3 tahun :-Ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan tersebut ke lantai. Berusia 5 tahun :-Ibu membelikan sepasang pakaian baru. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bergolek-golek dalam lopak air yang kotor. Setelah berusia 6 tahun :-Ibu memimpin tangan kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit, 'TAK NAK! TAK NAK!' Apabila berusia 7 tahun : -Ibu membelikan sebiji bola. Kita ucapkan terima kasih dengan cara...

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

Petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja kita berada:-Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT tipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan...

Rabu, 30 Mac 2011

Senaman poco-poco haram - Mufti Perak

IPOH, 30 Mac: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senama poco-poco diharamkan.Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian."Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.Sebelum ini media sentiasa sahaja menyiarkan...

Selasa, 29 Mac 2011

ALLAH SURUH TUTUP AURAT! BUAT TAK???

بسم الله الرحمن الرحيمKepada semua umat islam pasti sudah tahu batas2 aurat kita kan?? so tak payah la CP nak terangkan lagi satu persatu. kenapa kita tutup aurat??well..sebabnya itu semua adalah perintah Allah kan?? tapi kenapa masih ade lagi umat islam yang ingkar perintah Allah nie? waallahualam..kita dengar cakap mak kite kan??dengar cakap ayah!kita dengar cakap cikgu kat sekolah!ikot peraturan jalan raya sebab takot kene saman dengan polis.tak berani melanggar peraturan negara sebab nanti masuk jail.Tapi!!!! kenapa susah sangat nak ikot peraturan yang ALLAH SWT dah tetapkan???penah fikir tak?siapa yang lagi berkuasa dari semua2 nie??siapa...

Jenis-jenis darah kaum hawa

Allah telah menetapkan kepada kaum wanita beberapa jenis darah yang keluar dari kemaluan .. dan mempunyai hukum yang berbeza antara satu sama lain .. mengenali jenis-2 darah dan hukum ini adalah wajib kerana ia berkaitan dengan ibadah .. Bagi seorang yang mengaku islam .. maka ia wajib mengetahui jenis-2 darah dan hukumnya kerana ia adalah fardhu ‘ain .. sesiapa yang tidak tahu membezakan jenis darah .. hukumnya adalah berdosa.Antaranya seperti:--darah haid-darah nifas-darah wiladah :-darah tolak-darah fa...

Hukum scan bayi dalam kandungan

Soalan : Adakah dibolehkan membuat scan kandungan ibu untuk mengetahui jantina bayi yang akan dilahirkan? Adakah dibulehkan ke dalam islam?JawapanTidak menjadi kesalahan melakukan scan kepada ibu2 yg sedang hamil dengan tujuan ingin mengetahui jantina bayi yang sedang berada di dalam kandungan dengan syarat amalan tersebut tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayi tersebut dan mestilah di lakukan oleh doktor wanita. Tidak harus dilakukan oleh doktor lelaki yang bukan mahram sekalipun suami ada bersama ketika scan dilakukan kerana scan ini tidak termasuk perkara dharurah. Apabila keputusan scan telah di putuskan hendaklah kita faham bahawa keputusan tersebut tidak semestinya betul 100% kerana hanya Allah swt yang bersifat dengan amat mengetahui segala perkara yang ghaib. Firman Allah...

balasan makan haram

Ingatlah .. segala makanan yang masuk ke dalam perut kita boleh memberi kesan yang baik atau buruk .. umpamanya makan haram .. maka Allah tidak menerima segala amalan kita .. walaupun solat itu sah .. tapi tidak diangkat kelangit .. sabda nabi .. setiap daging yang tumbuh dari hasil yang haram .. maka api nerakalah yang lebih layak untuknya .. na’uzubillah .. jauhilah kita & keluarga & saudara dan mereka yang mengaku saudara kita dalam islam dari memakan dari sumber yang har...

Mari Kita Check Diri Kita

Perkara Yang Membuat Kita Hilang INGATAN dan TUMPUL MINDA : Kurangkan makan bawang besar Kurangkan makan berempah Kurangkan makan ketumbar keringKurangkan menonton hiburan Kurangkan membaca majalah hiburan Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak Kurangkan minuman air batu, air dalam tin(100 plus dan lain2) Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2 Jangan makan kepala ikan Jangan minum air yang ada semut Jangan tidur selepas subuh Jangan tidur selepas asar Jangan tidur selepas makan Jangan makan terlalu kenyang Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam Jangan menyapu rumah pada waktu malam Jangan makan yang masam-masam berlebihan Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam Perkara-perkara yang perlu diamalkanSelalu...

Syaitan Bisu

SHAH ALAM 29 MAC : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama tertentu sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.Berucap kepada lebih 20,000 orang di Stadium Malawati malam tadi, Hadi, menegur pemimpin agama yang enggan tampil menyatakan pendirian terhadap fitnah video seks awal minggu lalu.Setakat ini hanya bekas Mufti Dr Mohd Asri Zainu Abidin menyatakan rasa keji beliau atas taktik kotor yang digunakan untuk menjatuhkan musuh politik dan menggesa rakyat Malaysia khususnya umat Islam untuk menolak perbuatan seumpama itu.Namun Mufti-mufti yang lain khusus Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang selama ini banyak memberikan pendapat...

Lebih 150 Rumah Di Kedah Rosak Teruk Dilanda Ribut

ALOR SETAR 29 MAC : Lebih 150 rumah penduduk di negeri ini rosak teruk selepas dilanda ribut kencang yang disertai hujan lebat petang semalam sehingga meranapkan sebuah daripadanya. Tiga kawasan yang dilanda ribut itu adalah di Kuala Kedah, Alor Setar dan Pokok Sena. Ribut kira-kira dua jam yang bermula pukul 6 petang itu meranapkan sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) milik Shafie Chat, 70, di Kampung Simpang Empat Kuar, Mukim Padang Lalang, Alor Janggus. Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Kota Setar Rusmini Meh berkata pegawai-pegawai jabatan itu telah dihantar ke kawasan terbabit untuk mendapatkan...

AMALAN MENGUATKAN INGATAN

Saidina Ali Bin Abi Tolib RA pada suatu hari telah mengadu kepa Rasulullah SAW tentang kesukarannya untuk menghafal al-quran dengan baik. Lantaran itu, Rasulullah SAW mengajarnya agar melaksanakan solat sunat 4 rakaat dan membaca surah-surah tertentu pada setiap rakaat. Kemudian diikuti dengan doa meminta kepada Allah SWT agar membuka pintu hati bagi mempermudahkan hafazan. Rasulullah SAW menyatakan kepadanya dengan mafhumnya: Laksanakanlah ia sebanyak 3 kali, 5 kali, atau 7 kali pada setiap malam-malam jumaat secara berturut-turut, nescaya tidak akan tersilap barang sedikitpun (ketika menghafalnya).Amalan ini dikenali juga dengan Solat Hifzi Quran. Imam Daruqutni ketika meriwayatkan hadith di atas menyatakan solat sunat hifzi quran lebih elok jika dilaksanakan pada sepertiga akhir malam jumaat.Berikut...

Isnin, 28 Mac 2011

Solat Dalam Kenderaan

Diriwayatkan daripada Jabir r.a: “Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke mana pun baginda menghadap dan ketika Nabi SAW hendak mengerjakan solat wajib Nabi SAW turun dari tunggangannya dan solat menghadap kiblat (Kaabah di Mekah).” (Al-Bukhari) Huraian: Islam mewajibkan kita melakuka ...

PETUA MEMBINA RUMAHTANGGA BAHAGIA

1.Berbicara dengan lemah lembut, memanggil dengan panggilan kesayangan serta memandang dengan penuh kasih sayang antara suami dan isteri.2.Membersihkan diri, penampilan rapi dan bersih, berhias dan memakai wangi-wangian terhadap pasangannya.3. Jujur dan amanah, jangan memandang rendah kepada pasangan, saling mengalah dan memaafkan dan paling penting perhatikan kelebihan pasanagn malah sekiranya ada kekurangan segera tutupi ia daripada pengetahuan orang lain.4.Jangan mencela masakan isteri, berusaha meringankan beban kerja pasangan, tidak membandingkannya dengan orang lain serta menjauhi hal-hal yang menimbulkan kecemburuan pasangan.5....

Hapuslah Air Mata di Pipi Dan Hilangkan Lara di Hati

Dengan Nama Allah yang Maha Sempurna..Kegelisahan, kedukaan dan air mata adalah bahagian dari sketsa hidup di dunia. Titisan air mata yang bermuara dari hati dan berselimutkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan sehingga membuat keresahan dan kebimbangan. Kedukaan kerana kerinduan yang teramat sangat dalam menyebabkan kepesihan yang menyesakkan rongga dada. Jiwa yang rapuh pun berkisah pada alam serta isinya, bertanya dimanakah pasangan jiwa berada. Lalu hati menciptakan serpihan kegelisahan, bagai anak kecil yang hilang dari ibunya di tengah keramaian.Keinginan bertemu dengan pasangan hidup, bukankah itu sebuah fitrah? Semua itu hadir...

PEREMPUAN LEBIH RAMAI MASUK NERAKA

Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita...

Gempa Kuat Landa Jepun

KUALA LUMPUR, 28 MAC : Gempa bumi kuat berukuran 6.5-magnitud berlaku berhampiran pantai timur Honshu di Jepun pada pukul 6.24 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia. Pusat gempa itu terletak 370km timur laut dari Tokyo dan 4,337km timur laut Kudat, Sabah. Honshu telah dilanda dengan beberapa gempa bumi kuat bulan ini.- BERN...

DOA PENENANG JIWA

Biasakan lidah kita dibasahi dengan nama-nama Allah, dengan sebab itu hati kita akan jadi tenang setenang-tenangny...

Buruk, Baik Ketentuan Allah

Jangan kita menghukum seseorg itu ahli neraka atau ahli syurga berdasarkan keadaannya sekarang kerana mungkin kelak dia berubah - buruk kepada baik atau sebaliknya..Orang yangg Allah tentukan ahli syurga akan dipermudahkan-Nya melakukan amalan ahli syur...

JANGAN KAHWINI PEREMPUAN YANG ADA 6 SIFAT INI

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah". 1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati. 2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar. 3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau...

Ahad, 27 Mac 2011

Insha Allah.....

Andainya kau rasa tak berupayaHidup sendirian tiada pembelaSegalanya suramBagai malam yang kelamTiada bantuan tiada tujuanJanganlah berputus asaKerana Allah bersamamuChorusInsya Allah Insya Allah Insya AllahAda jalannyaInsya Allah Insya Allah Insya AllahAda jalannyaAndainya dosamu berulang lagiBagai tiada ruang untuk kembaliDikau keliru atas kesilapan laluMembelenggu hati dan fikiranmuJanganlah berputus asaKerana Allah bersamamuRepeat ChorusKembalilahKepada Yang EsaYakin padaNyaPanjatkanlah doaOh Ya AllahPimpinlah daku dari tersasarTunjukkan daku ke jalan yang benarJalan yang benarJalan yang benarJalan yang be...

Musykilah Agama

Upah orang baca QuranAnak yang soleh tidak akan mengupah orang lain untuk mendoakan ibu bapanya, sebaliknya dilakukan dengan rasa keinsafan dari dalam diri serta keinginan berbuat baik dan ehsan pada ibu bapa yang sudah meninggal dunia.Tiada syariat mengambil upah membaca al-Quran untuk simati. Jika anak-anak berhasrat membuat kebaikan kepada ibu bapa yang sudah tiada, sebaik-baiknya ialah melalui saranan hadis tadi yang mengesyorkan tiga perkara tadi.Anak luar nikah boleh sertai korbanAnak ini adalah suci dan tidak berdosa, amalannya diterima Allah jika menepati syarat sah ibadat. Yang bersalah ialah ibu dan lelaki yang bertanggungjawab dan bukan anak berkenaan.Rasululah SAW bersabda yang maksudnya: “Dilahirkan anak itu dalam keadaan fitrah (suci)” dan maksud firman Allah: “Tidaklah...

Tiada sial dan majal dalam Islam

APA guna dipanggil kemajuan dan kemodenan sekiranya pemikiran, akhlak, cara hidup dan sifat mulia kemanusiaan semakin terhakis?Kemajuan teknologi contohnya sepatutnya menjadikan sesuatu maklumat disebar untuk kebaikan tetapi disalah guna untuk tujuan yang salah. Dalam mengejar kemajuan, akhlak murni perlu dijaga. Maka amat perlu sekali kita menilai kembali erti kemodenan yang sedang kita impikan. Kemodenan yang hakiki ialah kebebasan akal menerawang mengenali. Cukup membimbangkan jika kita menikmati kemajuan dengan minda dan pemikiran yang beku dan jumud.Hidup ini tertakluk kepada peraturan yang sarat dengan nilai mulia sejagat, sesuai di semua tempat di samping hidup berpandukan peraturan yang tahan diuji sepanjang zaman.Bukan saja bertahan, lama tapi berjaya menyisihkan cara hidup...

Penangan Awang Hitam

Ini kisah yang biasa berlaku. Malah sesuatu yang biasa di IPT. Memang banyak awang hitam di sana. Mata mereka pula memang pantang nampak perempuan lalu. Mengekor sahaja. Tenungan itu tajam pula, bukan biasa-biasa punya tenungan. Ishh.. seram.Pelbagai alasan diberi untuk mencari ruang berkenalan. Kadangkala bermula dengan pertanyaan biasa berkenaan assignment, atau sekadar meminjam pen. X dapat no telefon, emel address pun jadi la. Asal ada ruang untuk mengayat. Untung-untung, ada yang terpikat.Ahaaaha... Jaga-jaga ye gadis tempatan. Mereka memang lebih berani berbanding lelaki kita yang pemalu. Silap-silap haribulan, melopong semua...

Facebook Punca Cerai

Macam-macam perkara berlaku sekarang ni. Terbaru, laman sosial facebook dikatakan punca peningkatan kadar penceraian di Amerika. Mana taknya. Perkenalan yang bermula di facebook membawa kepada mesej-mesej berbaur cinta. Ini belum lagi gambar-gambar ketika berpacaran yang di muat naik. Inilah akibat menyalah gunakan teknologi...Bagai mana dengan anda?Nak jadikan isteri no2, no3 @ no4 tak salah tapi ada cara-caranya...jangan sampai bercerai berai..Allah melaknat orang yang suka bercera...

Gelongsor Di Universiti

Percaya ke tak di Universiti pun ada gelongsor. Ini bukan photoshop tapi ini real punya. Gelongsor ni ada di Technical University of Munich, Germany. Macam mana? Korang suka tak naik gelongs...

Page 1 of 6812345Next
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More