Khamis, 31 Mac 2011

Dewan Muslimat Pas Kelantan

“Dulu kita mengaji ugama, di masjid di balaisah. Mengaji tentang haid, nifas dan sebagainya. Padanlah dengan dulu kita di balaisah dan pondok sahaja. Sekarang kita menongkat pemerintahan, masih juga mengaji dengan Nabi. Nabi dahulu diangkat ke langit untuk diberi amanah berat berpolitik. Rebah dan jatuh terlentang baginda membawa politik selama tiga puluh tahun.”

“Secara psikologi, orang perempuan lebih tinggi kasih-sayangnya. Mengandung, mengelek, mengendong anak, dan menghantar anak-anak ke sekolah serta universiti. Jangan sampai anak-anak yang kita sayang ini masuk neraka. Jangan sampai keluarga yang kita jaga ini menderhaka Tuhannya. Ia tidak mustahil kalau kita beri negara ini kepada orang yang tidak berfikir panjang ke akhirat, mereka mencorakkan anak-anak kita untuk masuk neraka.

Syurga neraka adalah perkara ghaib dan Quran memandu kepada perkara-perkara ghaib. Benda ghaib tidak dapat dilihat, tidak dapat dihidu tetapi Allah dah memandu kita melalui QuranNya. Apa yang Quran bawa adalah untuk semua, Melayu, Cina, India, Arab, Bangla sebab Islam rahmat untuk sekalian alam. Jadi kenapa perlu pilih nasionalis yang memilih kaum tertentu sahaja?”


sumber:dewan muslimat pas kelantan

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More