Ahad, 27 Mac 2011

Musykilah Agama

  • Upah orang baca Quran
    Anak yang soleh tidak akan mengupah orang lain untuk mendoakan ibu bapanya, sebaliknya dilakukan dengan rasa keinsafan dari dalam diri serta keinginan berbuat baik dan ehsan pada ibu bapa yang sudah meninggal dunia.

    Tiada syariat mengambil upah membaca al-Quran untuk simati. Jika anak-anak berhasrat membuat kebaikan kepada ibu bapa yang sudah tiada, sebaik-baiknya ialah melalui saranan hadis tadi yang mengesyorkan tiga perkara tadi.


  • Anak luar nikah boleh sertai korban
    Anak ini adalah suci dan tidak berdosa, amalannya diterima Allah jika menepati syarat sah ibadat. Yang bersalah ialah ibu dan lelaki yang bertanggungjawab dan bukan anak berkenaan.

    Rasululah SAW bersabda yang maksudnya: “Dilahirkan anak itu dalam keadaan fitrah (suci)” dan maksud firman Allah: “Tidaklah seorang daripada kamu menanggung dosa orang lain.”

    Justeru, tidak salah bagi anak ini turut serta menjadi sebahagian daripada peserta ibadat korban dan kehadirannya tidak akan menjejaskan mana-mana ibadat orang lain.


  • Tidak sempat tunai nazar umrah
    Dalil dari al-Quran dan hadis mengenai keharusan nazar, Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana.” (al-Insan: 7)

    Sabda Rasulullah SAW daripada Aisyah ra yang bermaksud: “Sesiapa yang bernazar untuk taat kepada Allah, maka taatilah akannya dan sesiapa yang bernazar untuk berbuat maksiat kepadanya, maka janganlah membuat maksiat kepadanya.” (riwayat Bukhari).

    Perkara yang dinazarkan wajib ditunaikan selepas hajat yang dicitakan itu sampai. Jika tidak dapat ditunaikan nazarnya, hendaklah ditebus nazar sepertimana menebus sumpah, sama ada memberi makan kepada 10 orang miskin dengan hidangan yang mengenyangkan mereka, memberi pakaian kepada 10 orang miskin atau membebaskan seorang hamba yang beriman.

    Jika ketiga-tiga ini tidak mampu dilakukan, hendaklah berpuasa tiga hari berturut-turut.

    Dalilnya, hadis yang diriwayatkan ‘Uqbah bin Amir daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda yang bermaksud: “Kafarah (menebus) nazar seperti kafarah (menebus) sumpah.” (riwayat Muslim)


  • Hukum sanding
    Sebahagian daripada amalan masyarakat kita yang disebut tadi berasal daripada budaya luar, sebahagiannya pula menganggap ia menjadi budaya Melayu. Apapun, sebaik-baiknya lakukan yang wajib dan sunnah saja seperti dituntut dalam agama.

    Jika ada rasa syubhah dan kurang jelas, elakkan saja mana-mana adat. Nabi Muhammad SAW mengajar kita dalam sabda baginda yang bermaksud: “yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, bagaimanapun antara kedua-dua tadi ada perkara yang tidak jelas dan meragukan. Barang siapa mengelakkan dirinya daripada perkara yang ragu ini, dia memelihara dirinya.”


  • Maskahwin hak wanita
    Barang keperluan rumah antara nafkah yang wajib suami sediakan selepas berkahwin, sedangkan mas kahwin ialah hak wanita yang wajib diberi ketika mengambil amanah seorang isteri.

    Jika isteri menghalalkan mas kahwin berkenaan, baru suami terlepas daripada membayarnya, jika tidak ia dianggap hutang yang masih wajib dilunaskan.

    Memang isteri tidak salah menuntut hak berkenaan, bahkan isteri harus mengingatkan suami mengenai tanggung jawab yang dia wajib laksanakan.


  • Punca batal wuduk suami isteri
    Hanafi pula mentafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan. Tafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah, katanya: bahawa Rasulullah SAW mencium atau mengucupnya, sedangkan baginda berpuasa, dan sabdanya: Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wuduk dan tidak membatalkan puasa (Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar). Justeru, pada Hanafi: Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak.

    Ada hadis lain diriwayatkan al-Nasa’i dan Ahmada, juga daripada Aisyah, katanya: Nabi mencium sebahagian daripada isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang dan tidak berwuduk.

    Lalu Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan ulama Syafie dan Hanafi dan berpandangan bahawa menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wuduk jika dengan tujuan ‘talazzuz’ (berlazat-lazat), atau mendapat kelazatan ketika bersentuhan. Begitulah rahmatnya perbezaan pandangan ulama yang semuanya benar, wallahualam.


  • Sunat azan bayi baru lahir
    Ia bukan wajib, sebaliknya sunat. Justeru, meninggalkannya bukan berdosa dan tidak perlu ditebus.

    Sunnah yang dituntut ialah mengazankan bayi sebaik saja dilahirkan.

    Ini supaya anak yang masih suci itu mendengar ucapan terbaik sebagai kalimah pertama yang didengarnya sebaik sampai ke dunia.

    Harapan ibu bapa apabila anak ini mendengar takbir ini dia akan menjadi hamba yang taat kepada Allah bila dewasa nanti dan dipelihara daripada gangguan syaitan.

    Tidak perlu lagi diazankan selepas beberapa bulan dilahirkan.


  • 0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More