SUBHANALLAH....

“Allah swt akan turun ke langit dunia pada setiap malam ketika akhir 1/3 malam dan berkata : Akulah Tuhan , Akulah Tuhan. Barang siapa yang berdoa kepadaKU akan aku penuhi doanya , Barang siapa yang meminta kepadaKu akan aku beri kepadanya ,barangsiapa yang memohon ampun kepadaKu , akan aku ampunkan dosanya.” (HR Imam Bukhari : 1145 , Muslim : 758 , Tirmizi : 239 )

ALLAHU AKBAR

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

indahnya Ciptaan ILAHI

♥♥♥Allah SWT berfirman,Katakanlah (Muhammad “Jika kamu benar-banar mencintai Allah,ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.”. [Ali Imran:31]

dosa2ku bagai buih dilautan..YA ALLAH AMPUNILAH segala dosa2 HAMBAMU ini YA RABB..

Ku ingin terbang bebas macam burung ini....

Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur di dalam mentaati Allah." (Hadis Riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya)

Jumaat, 28 Mei 2010

salam imtihan

Selamat berimtihan khususnya kepada semua warga Damanhur dan amnya kepada warga Al-azhar yang sedang bertarung yang boleh dikatakan semua madah pada sem kali ini kullu mukorror..
Ana doakan antum semua bitaufiq wannajah insya Allah..
"SALAM IMTIHAN MAJULAH DIRI UNTUK AGAMAMU"

Ahad, 23 Mei 2010

Facebook buat Palestin

Sumber:http://www.syaeirah.blogspot.com/


Cakap saja Facebook , saya gerenti anda semua especially yang sedang membaca entri ni tahu apakah menatang’nya Facebook tu malah saya juga percaya ada di antara anda yang sudahpun mempunyai akaun Facebook. Betul tak? Yang belum ada akaun Facebook tu, sila angkat tangan yer. Jadi senang sket Jabatan Perangkaan nak buat bancian nanti. Hahaha.. Gurau je.

Tapi bila ditanya mengenai latar belakang dan motif Facebook ni diwujudkan, sekali lagi saya gerenti hampir semua user Facebook terutamanya daripada Malaysia tidak mengetahuinya. Dan tidak ‘terlebih sudah’ jika saya katakan yang mereka tak pernah pun nak ambik tahu. Yang mereka tahu hanyalah add friend, approve request, main farmville dan segala macam yang ada kat FB tu.

Oleh itu, saja saya paparkan entri ni untuk berkongsi kepada anda semua lagi-lagi buat anda yang masih tak tahu mengenai Facebook ni dengan membaca apa yang saya sertakan kat bawah ni. Boleh kan?


Katakan "Tidak" pada Facebook


Setelah ana baca entri yang di tulis oleh ust Afifi mengenai fecebook ni,terus ana deactive fecebook ana kerana ana pun bersendapat dengan beliau.Inilah entri yang di tulis oleh ust Afifi:-
Assalamualaikum,
Bercakap tentang Facebook ni, macam2 kita ada dengar sebelum ni tentang boleh ke tidak kita nak join, pastu skrng ni sakan boikot bertempoh demi tanda menyayangi Nabi. Pikir punya pikir, Terlintas dalam fikiran ni macam mana peringkat Allah taala haramkan Arak dalam bentuk 4 peringkat yang dapat kita fahami dari 4 ayat, bnda ni mmg dah masyhur, tapi ana ceritakan pulak secara ringkas :


Peringkat 1 :

Surah An-Nahl ayat 67, yang membawa mafhum pada pohon tamar dan anggur itu kamu akan dapati kebaikan dan keburukan, tanpa mentahdidkan yang mana lebih banyak.

Peringkat 2 :
Surah Al-Baqoroh ayat 219, mula mentahdid keburukan yang ada padanya lebih banyak dari kebaikan, tapi tidak melarang pada mana2 waktu khusus.

Peringkat 3 :
Surah Al-Nisa' Ayat 43, yg mana di dlam ayat ini, Allah mula mengharamkan arak pada masa solat.

Peringkat 4 :
Surah Al-Ma'idah Ayat 90, pengharaman sekaligus oleh Allah taala, kerana ianya adalah najis dan salah satu daripada amalan syaitan.

Pengharaman dalam bentuk berperingkat ini disebabkan Allah taala memberi satu fatrah kepada masyarakat ketika itu untuk meninggalkan benda yang dah jadi macam darah daging diorang masa tu, mungkin dengan pengharaman sekaligus membawa kepada kesukaran buat mereka menjunjung perintah Allah tersebut.

----------------------------------------------------------------------------

K, yang ana nak samakan sekarang ni, dengan apa yang kita lakukan sekarang : pengharaman Facebook secara berperingkat (huhuhu) :

Peringkat 1:
Mula2 facebook dibuka, kita tahu dah ada keburukan dan kebaikan, tapi kita tak bincang pun hukumnya....

Peringkat 2:
Selepas hampir setahun, ulama' mula memberi pendapat tentang kemudorotan yang ada pada Facebook ni lebih banyak, tapi dengan khulasoh : takpe je, sebab kita gunakan dia untuk jalan dakwah .

Peringkat 3:
Apa yang berlaku sekarang, pengharaman bertempoh, sekadar 1,2 hari kerana menunjukkan cinta kita pada Nabi S.A.W.

Peringkat 4:
Ana harapkan ianya berlaku kpd kita umat Islam, tapi masih belum berlaku.

Dan mungkin 3 peringkat ni dah dtg disebabkan perangai manusia sekarang ni payah sgt nak tinggal tabiat ni, ye lah sblm ni dah biasa dgn friendster la, my space la dll...

Kesudahannya baru jer semalam lpas terbaca blog Ibnu Ir Fadzil (Link) ana amik keputusan, meletakkan ana dlm peringkat ke 4.... ana "deactive" terus facebook ana, (ruju' caranya dlm blog tu).

Ini beralasankan :
1) Ana bukan sayang Nabi 2,3 hari ni je, tapi dr dulu dan selama2nya.
2) Ana x guna pun .
3) Ana x dapat bg apa2 faedah pun dalam tu, dan ana pun tak dapat ambik apa2 faedah dr situ.

Jadi siapa yang cukup ketiga2 alasan ni, ana ajak jom la kita tutup terus, lagipun InsyaAllah kita boleh usahakan cara2 lain, lgpun kita bukan di tahap mudarat pun sampai brhajat pada laman ni. cuma ingin ana tekankan kat sini, bukan ana ltakkan hukum haram ke apa ke, cuma mlihat pada kita tutup tu lebih baik.... K lah

Sekadar cadangan.... Ana sudah, anda bila lagi???

Harapan : harapnya ada la nanti org islam yang boleh reka benda cmni.....

Ana juga nak ajak sahabat-sahabat yang ada fecebook boleh la join bersama ana..terpulanglah atas pandangan sahabat-sahabat semua..wa Allahu a'lam

Sabtu, 22 Mei 2010

Iklan


Kalau anda berminat boleh la hubungi ustaz haji Bukhari sebagaimana berikut: YM:-yie_damh@yahoo.com tel:-(+20119264049)...Harga di atas hanya untuk warga Egypt shj...Terimakasih

Rabu, 19 Mei 2010

Mencintai ISLAM apa maknanya?

Orang mudah mengungkap cinta tapi tak faham makna cinta.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

“Ada tiga jenis manusia yang di dalam dirinya terdapat manisnya iman. Iaitu, hendaknya Allah dan RasulNya lebih dicintai daripada selain keduanya; hendaknya mencintai seseorang hanya semata-mata kerana Allah, dan hendaknya membenci kekufuran sesudah Allah menyelamatkannya dari kekufuran itu, sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam api.”

Tidak ada lain yang tinggi rasa cinta kita melainkan perlu dicurah dan disalurkan pada cinta Allah dan RasulNya. Hatta mencintai seseorang pun atas kerana Allah. Apa maksud “kerana Allah”? Maksudnya tidak lain kerana mahu mentaati Allah, mahu mendapat kasih sayang Allah dan atas kerana menyayangi Allah jua.

Jika kita katakan “mencintai ibu ayah kerana Allah”, maka itu bermaksud Allah memerintahkan kita mencintai mereka dan kita mahu mentaatiNya. Juga atas maksud mencintai ibu ayah itu disukai oleh Allah, diredhai oleh Allah sehingga disebut dalam sebuah hadis,

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.”(at tirmizi)

Adapun jika ada yang mendakwa “aku mencintai sipolan itu kerana Allah”, sedangkan sipolan itu adalah ahli maksiat atau musuh islam jua, maka bagaimana boleh dikatakan mencintai kerana Allah?

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah. Allah berfirman,

“Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai Allah ialah agama Islam .” ( Ali Imran : 19 )

Maka mencintai Islam kerana Allah meredhainya. Kita ini berusaha mencintai apa yang diredhai Allah.

Namun, apa terjadi pada orang yang cuba untuk meredhai suatu yang tidak diredhai oleh Allah? Mereka masih mendakwa diri mencintai islam, masih mahu so called iluvislam, masih mahu mengatakan berjuang kerana Allah, masih mahu mendakwa tajdid dan kembali pada Quran dan Sunnah?

Lihat pada puak-puak yang mewujudkan kumpulan untuk berjuang membenarkan kalimah Allah digunakan untuk menafsir tuhan kristian yang mereka bertuhankan. Padahal membenar itu perbuatan meredhai. Bagaimana boleh meredhai kuffar menafsirkan sifat Allah yang bertentangan? Malah telah dilarang oleh Allah berkali-kali dalam al Quran, contohnya,

“Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga”. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya)”.(an Nisa: 171)

Jika Allah tidak redha, mengapa kita redha? Jika Allah melarang, mengapa kita membenarkan?

Begitu jua halnya jika perlakuan meruntuh batas-batas yang Allah perintah untuk dipelihara seperti ikhtilat. Siapa bilang di alam maya peraturan ikhtilat islam boleh dilanggar? Malah ada yang cuba untuk mempromosi kisah-kisah pertemuan jodoh di alam maya untuk bacaan sekalian anak muda mudi di dalam forum so called “mencintai islam”. Bertemu jodoh itu pertemuan untuk bernikah, diberikan tafsir berputar belit dengan istilah persahabatan dan ukhuwwah islam.

Pernikahan itu ibadat mulia menyempurnakan agama. Bukan boleh dibiar bebas anak-anak muslimat kita tanpa si lelaki merujuk wali-wali terlebih dahulu, mengikat khitbah (pertunangan) selepas itu baru berkenalan. Berkenalan juga berbatas. Mereka pula belum khitbah sudah masuk merodok usaha perkenalan lebih dari merisik, malah menafsirkan sebagai persahabatan silaturrahim ukhuwwah fillah dan segala macam. Sekali lagi ditekankan usaha berkenalan untuk tujuan bernikah adalah selepas khitbah, dan khitbah beradab itu dengan pengetahuan pihak keluarga terutamanya wali. Senang cerita, tidak ada “bertemu jodoh di alam maya”, semua pertemuan jodoh bermula selepas khitbah, dan tidak ada khitbah secara maya.Mereka tidak kisah, dilanggar tatasusila itu lalu masih mendakwa “mencintai Islam” padahal perlanggaran itu menjemput kemurkaan Allah.

Mencintai ISLAM apa maknanya? Maknanya kita bersungguh-sungguh menjadi muslim yang taat pada kehendak agama, mengejar dan meRINDUI pada keredhaan Allah yang ditunjuk tauladannya oleh sunnah Nabi s.a.w.

Biar kita mencintai dengan rasa RINDU yang bersungguh pada ketaatan, bukan pada omongan dan khayalan kosong lalu melanggar batas dan adab sambil diri benci pada peringatan dan menjauhinya serupa sifat puak kafir dan celaka:

“Oleh sebab itu berilah peringatan karena peringatan itu bermanfaat. Orang-orang yang takut kepada Allah akan mendapat pelajaran,orang-orang kafir dan celaka akan menjauhinya.” (Al-A’la: 9-11)

Isnin, 17 Mei 2010

Jenayah menjadi-jadi, hukum Allah penyelamat manusia

DARI sehari ke sehari, kita amat-amati jenayah semakin menjadi-jadi. Kes-kes yang dilaporkan luar biasa termasuk yang membabitkan keganasan rumah tangga. Ada suami mencurah asid ke muka isteri, mengelar kemaluan dan membunuh pasangan sendiri.

Kes bunuh menjadi kebiasaan. Mangsa termasuklah bayi yang dibiar mati dalam tong sampah. Kita menjadi bimbang dan bingung, apa sebenarnya telah menimpa negara kita yang didakwa pemimpin sebagai paling pesat pembangunannya malah menjadi contoh terbaik di kalangan negara-negara Islam.

Apabila disebut negara contoh, sewajarnya jenayah dalam negara terkawal tetapi perkembangan semasa membuktikan sebaliknya. Dari sehari ke sehari keadaan menjadi semakin buruk, oleh itu kita berpendapat adalah penting untuk semua pihak termasuk pemimpin negara bermuhasabah, melakukan semakan agar negara tidak terjerumus ke lembah hina. Kita tidak ingin apa yang kita bina bersama selama ini hancur berkecai disebabkan kealpaan dan kesombongan kita sendiri.

Kenapa jenayah menjadi-jadi? Kenapa orang tidak takut melakukan jenayah? Kenapa suami tergamak mencurah asid atau mengelar kemaluan isteri? Kenapa anggota polis boleh menembak (atau tertembak) seorang pelajar berusia 15 tahun? Kenapa orang boleh membunuh dan membuang bayi sesuka hati?

Jawapannya kerana hukam-hakam Allah SWT yang menciptakan manusia tidak tertegak di negara ini. Dalam hukum-hakam Allah ada kehidupan, itu jaminan-Nya tetapi kita tidak mengendahkannya. Kita berlaku zalim, menggubal dan menuruti hukum-hakam berasaskan nafsu-nafsi manusia. Apabila manusia berani menolak hukum-hakam Allah, mereka sudah menempa kebinasaan diri.

Hukum jenayah Islam terbahagi kepada hukum hudud, qisas dan ta’zir. Hukum qisas yang dari segi bahasanya bermaksud memotong dan dan dari segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w. kerana kesalahan-kesalahan melibatkan hak individu.

Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mata, hidung dan telinga.

Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.

Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya.” (Surah al-Maidah ayat 45)

Dengan tidak tertegaknya hukum-hakam Allah ini, masyarakat tidak menjadi gerun; tidak ada ketakutan bagi mereka melakukan jenayah. Cuba bayangkan bagaimana gentarnya anggota masyarakat untuk membunuh jika mereka tahu pengakhiran mereka dibunuh juga, seorang suami yang mencurah asid ke muka isterinya akan menerima pembalasan yang sama manakala yang mengelar kemaluan mangsa, akan dikelar juga kemaluannya.

Masyarakat juga perlu disedarkan akan mahalnya diat (denda) yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas. Kadar diat dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai. Kadar penuh diat 100 ekor unta; jika seekor unta RM3,000, nilaian diat adalah RM300,000!

Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qisas dan diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qisas bunuh dikenakan. Pemerintah tidak ada kuasa dalam pengampunan.

Demikianlah hukum-hakam Islam adalah untuk menjaga keselamatan semua; Islam menjaga lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, harta dan keturunan. Apabila itu terjaga, terselamatlah semua, bukankah kedatangan Rasulullah s.a.w membawa rahmat kepada seluruh alam. Jadi mengapa kita menolak hukum-hakam-Nya? Tidak sombong dan takaburkah kita?

Rabu, 12 Mei 2010

Final Exam

Exam ni lah penentu bagiku samada akan duduk kat mesir lagi atau malaysia akhir tahun nanti...
Jadual exam ku:-
TAKHALUF
25&26/5 (usul fiqh & fiqh maqorin)

THN4:-
30/5,(qodoya)
2/6,(fiqh syafi'e)
6/6,(ahadith ahkam)
9/6,(bahas qodoya)
13/6,(usul fiqh)
20/6,(fiqh maqorin)
27/6,(al-quran)

SYAFAWI:-
5/7 (al-quran,usul fiqh & fiqh muqorin)

Ya Allah Engkau berikanlah kejayaan kepada ku & sahabat-sahabatku akan kejayaan dunia & akhirat sebagaimana Engkau telah berikan kejayaan kepada hamba-hambaMu yang telah berjaya.
bitaufiq wannajah fi kullu imtihan ya Rab..Aminnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More