Ahad, 23 Mei 2010

Katakan "Tidak" pada Facebook


Setelah ana baca entri yang di tulis oleh ust Afifi mengenai fecebook ni,terus ana deactive fecebook ana kerana ana pun bersendapat dengan beliau.Inilah entri yang di tulis oleh ust Afifi:-
Assalamualaikum,
Bercakap tentang Facebook ni, macam2 kita ada dengar sebelum ni tentang boleh ke tidak kita nak join, pastu skrng ni sakan boikot bertempoh demi tanda menyayangi Nabi. Pikir punya pikir, Terlintas dalam fikiran ni macam mana peringkat Allah taala haramkan Arak dalam bentuk 4 peringkat yang dapat kita fahami dari 4 ayat, bnda ni mmg dah masyhur, tapi ana ceritakan pulak secara ringkas :


Peringkat 1 :

Surah An-Nahl ayat 67, yang membawa mafhum pada pohon tamar dan anggur itu kamu akan dapati kebaikan dan keburukan, tanpa mentahdidkan yang mana lebih banyak.

Peringkat 2 :
Surah Al-Baqoroh ayat 219, mula mentahdid keburukan yang ada padanya lebih banyak dari kebaikan, tapi tidak melarang pada mana2 waktu khusus.

Peringkat 3 :
Surah Al-Nisa' Ayat 43, yg mana di dlam ayat ini, Allah mula mengharamkan arak pada masa solat.

Peringkat 4 :
Surah Al-Ma'idah Ayat 90, pengharaman sekaligus oleh Allah taala, kerana ianya adalah najis dan salah satu daripada amalan syaitan.

Pengharaman dalam bentuk berperingkat ini disebabkan Allah taala memberi satu fatrah kepada masyarakat ketika itu untuk meninggalkan benda yang dah jadi macam darah daging diorang masa tu, mungkin dengan pengharaman sekaligus membawa kepada kesukaran buat mereka menjunjung perintah Allah tersebut.

----------------------------------------------------------------------------

K, yang ana nak samakan sekarang ni, dengan apa yang kita lakukan sekarang : pengharaman Facebook secara berperingkat (huhuhu) :

Peringkat 1:
Mula2 facebook dibuka, kita tahu dah ada keburukan dan kebaikan, tapi kita tak bincang pun hukumnya....

Peringkat 2:
Selepas hampir setahun, ulama' mula memberi pendapat tentang kemudorotan yang ada pada Facebook ni lebih banyak, tapi dengan khulasoh : takpe je, sebab kita gunakan dia untuk jalan dakwah .

Peringkat 3:
Apa yang berlaku sekarang, pengharaman bertempoh, sekadar 1,2 hari kerana menunjukkan cinta kita pada Nabi S.A.W.

Peringkat 4:
Ana harapkan ianya berlaku kpd kita umat Islam, tapi masih belum berlaku.

Dan mungkin 3 peringkat ni dah dtg disebabkan perangai manusia sekarang ni payah sgt nak tinggal tabiat ni, ye lah sblm ni dah biasa dgn friendster la, my space la dll...

Kesudahannya baru jer semalam lpas terbaca blog Ibnu Ir Fadzil (Link) ana amik keputusan, meletakkan ana dlm peringkat ke 4.... ana "deactive" terus facebook ana, (ruju' caranya dlm blog tu).

Ini beralasankan :
1) Ana bukan sayang Nabi 2,3 hari ni je, tapi dr dulu dan selama2nya.
2) Ana x guna pun .
3) Ana x dapat bg apa2 faedah pun dalam tu, dan ana pun tak dapat ambik apa2 faedah dr situ.

Jadi siapa yang cukup ketiga2 alasan ni, ana ajak jom la kita tutup terus, lagipun InsyaAllah kita boleh usahakan cara2 lain, lgpun kita bukan di tahap mudarat pun sampai brhajat pada laman ni. cuma ingin ana tekankan kat sini, bukan ana ltakkan hukum haram ke apa ke, cuma mlihat pada kita tutup tu lebih baik.... K lah

Sekadar cadangan.... Ana sudah, anda bila lagi???

Harapan : harapnya ada la nanti org islam yang boleh reka benda cmni.....

Ana juga nak ajak sahabat-sahabat yang ada fecebook boleh la join bersama ana..terpulanglah atas pandangan sahabat-sahabat semua..wa Allahu a'lam

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More