SUBHANALLAH....

“Allah swt akan turun ke langit dunia pada setiap malam ketika akhir 1/3 malam dan berkata : Akulah Tuhan , Akulah Tuhan. Barang siapa yang berdoa kepadaKU akan aku penuhi doanya , Barang siapa yang meminta kepadaKu akan aku beri kepadanya ,barangsiapa yang memohon ampun kepadaKu , akan aku ampunkan dosanya.” (HR Imam Bukhari : 1145 , Muslim : 758 , Tirmizi : 239 )

ALLAHU AKBAR

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

indahnya Ciptaan ILAHI

♥♥♥Allah SWT berfirman,Katakanlah (Muhammad “Jika kamu benar-banar mencintai Allah,ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.”. [Ali Imran:31]

dosa2ku bagai buih dilautan..YA ALLAH AMPUNILAH segala dosa2 HAMBAMU ini YA RABB..

Ku ingin terbang bebas macam burung ini....

Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur di dalam mentaati Allah." (Hadis Riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya)

Jumaat, 1 April 2011

jom beramal...

♥♥♥Sabda Rasulullah s.a.w
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1. Bismillahhirrahmann irrahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulliah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquataill ahbillah :
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah: jika menghadapi
musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah :
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

10 perkara yang sia-sia



Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka,
menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam
kategori sia-sia, iaitu:-

1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak
dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca
secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar
kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul-masjid.

4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak
mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan
tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian
ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.

6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan
seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan
itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi
tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa
memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan
meningkatkan budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran
kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

sumber: facebook

Dosa seorang hamba


Setiap manusia tidak lari dari melakukan dosa sama ada yang sengaja di lakukan tatkala nafsu menguasi minda dan jiwa atau lebih lagi yang tidak disengajakan kerana sifat lalai dan lupa.

Allah menciptakan manusia dan jin bukan untuk melahirkan hambaNya yang sifar dosa tetapi tujuan daripada penciptaan ini adalah untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Dia Yang Maha Mencipta.

Wahai hambaKu yang melampaui batas,janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya.Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ~al-Zumar :53

Oleh itu sahabatku,teruslah mengharap kasih sayangNya.Basahkan bibir dengan mengucap istighfar dan kembalilah kepadaNYa dengan taubat yang sebenar-benarnya..pintalah keampunan kerana rahmatNya sangat luas mengatasi dosa semua manusia di dunia.

Dan bersegeralah kamu dengan keampunan daripada Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi,disediakan bagi orang bertaqwa ~Ali Imran : 133

Siapa yang kenal Allah maka hatinya pasti lunak dan lembut, dan siapa yang jahil terhadapNYA, maka keras hatinya. Semakin buta dan bodoh seseorang itu terhadap ALLAH, maka semakin berani dia melanggar batasanNYA. Semakin seseorang berfikir tentang ALLAH semakin dia sedar kebesaran ALLAH, keluasan nikmat serta kekuasaanNYA...sebagai tanda kasih dan cinta pada ALLAH, apalah sangat mengorbankan masa tidur dimalam hari untuk memperhambakan diri padaNYA.

sumber:facebook tok lela

SEORANG LELAKI ARAB MENYAMAR UNTUK MEMASUKI RUMAH AKHAWAT

Iskandariah, 31 Mac - Sebuah rumah sewa di kawasan Assofirah yang di huni oleh seorang dan ditemani dua orang sahabatnya kerana ahli rumah yang berbaki masih belum sampai dari Malaysia setelah bercuti baru-baru ini.

Kejadian berlaku seawal jam 3.00 petang ketika Mangsa dan dua orang sahabatnya menunggu kehadiran ustaz untuk mengaji Al-Quran, kedengaran ketukan pintu rumah, kemudian kelihatan seorang lelaki arab berusia lingkungan 30-an meminta untuk memeriksa paip gas. Sahabat mangsa yang membuka pintu rumah tersebut mengizinkan masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke dapur.


ketika menghubungi mangsa tersebut, dimaklumkan pada minggu lepas Tuan rumah telah menukar dapur dengan menggantikan yang baru dan berjanji akan membeli sakhonah yang baru untuk menggantikan yang lama kerana melihat keadaan tidak selamat untuk digunakan. Mangsa tersebut menjangkakan lelaki arab tersebut datang untuk menggantikan sakhonah baru yang di janjikan dari tuan rumah pada minggu yang lalu.

Kemudian lelaki arab tersebut meminta air sabun untuk memeriksa paip gas tersebut, setelah itu, lelaki arab mengatakan paip gas tersebut bocor dan meminta sejumlah wang sebanyak LE100 untuk membeli barang alatan membaiki paip gas berkenaan.

Akhawat tersebut meragui kebocoran itu kerana tidak terdapat tanda-tanda kebocoran melalui deria bau serta pemeriksaan yang dibuat oleh lelaki arab tersebut tidak kelihatan ada kebocoran. Kemudiaan akhawat tersebut menghubungi tuan rumah untuk mendapatkan pertolongan. setelah itu, tuan rumah sendiri hendak bercakap dengan lelaki arab tersebut.Tuan rumah mula mempercayai lelaki arab tersebut dan menyarankan akhawat tersebut membayar sahaja, tetapi akhawat tersebut tetap tidak mahu menyerahkan wang itu dan meminta lelaki arab tersebut untuk datang membaiki pada hari lain dan akan membayar apabila sudah siap membaikinya.

Malangnya lelaki arab tersebut tetap tidak mahu keluar selagi tidak dapat wang tersebut dan mengatakan akan kembali semula apabila siap membeli barang alatan untuk membaiki paip gas itu.


Melihat keadaan yang agak tegang, akhawat tersebut memberi wang yang dikehendaki oleh lelaki arab itu kerana bimbang keadaan akan menjadi lebih buruk. Setelah itu, lelaki arab tersebut meminta lagi sejumlah wang sebanyak LE100 lagi kerana tidak cukup, akan tetapi akhawat tersebut tidak memenuhi kehendaknya.

Setelah itu, tanpa disedari oleh mangsa, lelaki arab itu telah berjaya mengambil telefon bimbitnya sebelum keluar rumah. Setelah mangsa menyedari kejadian itu, terus bergegas mengejar lelaki arab tersebut, akan tetapi tidak berjaya kerana sudah tidak nampak kelibat arab tersebut.

Sebentar kemudian tuan rumah bersama anaknya datang untuk memastikan keadaan rumah tersebut dalam keadaan baik, tetapi malangnya lelaki arab tersebut telah lari dengan sejumlah wang LE 100 dan sebuah telefon bimbit. Ini merupakan helah ataupun lakonan sahaja dari lelaki arab tersebut. Mangsa dan dua orang sahabatnya Alhamdulillah selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.

Tuan rumah tersebut menasihatkan supaya berhati-hati dan mengkhabarkan kepada mangsa keadaan di Mesir kini masih lagi tidak aman.

Berikutan kejadian ini, AJKT PMRAM Cawangan Iskandariah menasihatkan agar mahasiswi agar lebih berhati-hati ketika berada di dalam mahupun diluar rumah. Diingatkan supaya mengikuti pekeliling keselamatan yang telah dikeluarkan sebelum ini. Seboleh-bolehnya perlu ada tuan rumah atau musyrif sebelum mengizikan orang arab masuk ke dalam rumah anda.

Sebarang permasalahan atau kejadian yang berlaku dan mencurigakan, sila laporkan kepada Pengerusi DPMI Saudari Norliza Mat Salleh ditalian 011 205 3385. Semoga sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah Subhanahu Wataala.

sumber: DPMIskandariah

Syaitan Musuh Yang Nyata

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

SYAITAN bersumpah dengan Allah SWT yg mereka akan berusaha menyesatkan umat manusia sehingga hari kiamat. Ini berikutan dendam selepas dilaknati Allah SWT kerana enggan `tunduk' kepada Nabi Adam as.

Berikutan itu, Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan umatnya supaya berwaspada dengan peranan syaitan seperti di dalam hadis ini: "Pada diri anak Adam itu terdapat dua gerak rasa. Satu akan terbit daripada syaitan, manakala satu lagi daripada malaikat.

"Adapun yang terbit daripada syaitan itu ialah perasaan menakutkan dengan satu kejahatan yang akan menimpa serta menyuruh supaya kebenaran itu didustakan. Rasa yang terbit daripada malaikat pula ialah menjanjikan dengan kebaikan dan menyuruh supaya yang benar itu di benarkan.

"Barangsiapa mendapati pada dirinya gerak rasa atau lintasan hati
itu, hendaklah dia ketahui bahawa ia datang daripada Allah SWT dan kalau yang pertama tadi dirasainya, maka hendaklah dia memohon perlindungan Allah SWT daripada godaan syaitan."

Lalu baginda membaca ayat berikut yang bermaksud:
"Syaitan berjanji (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu melakukan kejahatan, sedangkan Allah menjanjikan kepada kamu keampunan drpnya dan kemuliaan."

Rasulullah SAW kemudian memberikan kaedah terbaik untuk mengelak hasutan syaitan iaitu: "Sesungguhnya syaitan mengalir di dalam badan anak Adam melalui saluran darahnya. Maka sempitkan saluran itu dengan berpuasa.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Syaitan merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Syaitan ialah musuh utama bagi seorang mukmin seperti yang kerap kali diulang oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Antaranya, dalam Surah Faatir ayat ke enam ;

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ
Maksudnya :
Sesungguhnya syaitan ialah musuh kepada kamu, maka jadikanlah dia musuh. Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.

Kita haruslah sedaya upaya berusaha menjauhi amalan-amalan yang diwarisi daripada syaitan atau perbuatan yang boleh menyebabkan kita menjadi pengikutnya. Walaupun kita berdepan dengan musuh yang tidak dapat dilihat, hadis-hadis Rasulullah SAW banyak mendedahkan hakikat sebenar syaitan dan cara-cara untuk menghindari tipu muslihatnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More