Jumaat, 1 April 2011

Syaitan Musuh Yang Nyata

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

SYAITAN bersumpah dengan Allah SWT yg mereka akan berusaha menyesatkan umat manusia sehingga hari kiamat. Ini berikutan dendam selepas dilaknati Allah SWT kerana enggan `tunduk' kepada Nabi Adam as.

Berikutan itu, Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan umatnya supaya berwaspada dengan peranan syaitan seperti di dalam hadis ini: "Pada diri anak Adam itu terdapat dua gerak rasa. Satu akan terbit daripada syaitan, manakala satu lagi daripada malaikat.

"Adapun yang terbit daripada syaitan itu ialah perasaan menakutkan dengan satu kejahatan yang akan menimpa serta menyuruh supaya kebenaran itu didustakan. Rasa yang terbit daripada malaikat pula ialah menjanjikan dengan kebaikan dan menyuruh supaya yang benar itu di benarkan.

"Barangsiapa mendapati pada dirinya gerak rasa atau lintasan hati
itu, hendaklah dia ketahui bahawa ia datang daripada Allah SWT dan kalau yang pertama tadi dirasainya, maka hendaklah dia memohon perlindungan Allah SWT daripada godaan syaitan."

Lalu baginda membaca ayat berikut yang bermaksud:
"Syaitan berjanji (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu melakukan kejahatan, sedangkan Allah menjanjikan kepada kamu keampunan drpnya dan kemuliaan."

Rasulullah SAW kemudian memberikan kaedah terbaik untuk mengelak hasutan syaitan iaitu: "Sesungguhnya syaitan mengalir di dalam badan anak Adam melalui saluran darahnya. Maka sempitkan saluran itu dengan berpuasa.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Syaitan merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Syaitan ialah musuh utama bagi seorang mukmin seperti yang kerap kali diulang oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Antaranya, dalam Surah Faatir ayat ke enam ;

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ
Maksudnya :
Sesungguhnya syaitan ialah musuh kepada kamu, maka jadikanlah dia musuh. Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.

Kita haruslah sedaya upaya berusaha menjauhi amalan-amalan yang diwarisi daripada syaitan atau perbuatan yang boleh menyebabkan kita menjadi pengikutnya. Walaupun kita berdepan dengan musuh yang tidak dapat dilihat, hadis-hadis Rasulullah SAW banyak mendedahkan hakikat sebenar syaitan dan cara-cara untuk menghindari tipu muslihatnya.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More