SUBHANALLAH....

“Allah swt akan turun ke langit dunia pada setiap malam ketika akhir 1/3 malam dan berkata : Akulah Tuhan , Akulah Tuhan. Barang siapa yang berdoa kepadaKU akan aku penuhi doanya , Barang siapa yang meminta kepadaKu akan aku beri kepadanya ,barangsiapa yang memohon ampun kepadaKu , akan aku ampunkan dosanya.” (HR Imam Bukhari : 1145 , Muslim : 758 , Tirmizi : 239 )

ALLAHU AKBAR

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

indahnya Ciptaan ILAHI

♥♥♥Allah SWT berfirman,Katakanlah (Muhammad “Jika kamu benar-banar mencintai Allah,ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.”. [Ali Imran:31]

dosa2ku bagai buih dilautan..YA ALLAH AMPUNILAH segala dosa2 HAMBAMU ini YA RABB..

Ku ingin terbang bebas macam burung ini....

Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur di dalam mentaati Allah." (Hadis Riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya)

Memaparkan catatan dengan label hukum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hukum. Papar semua catatan

Sabtu, 2 April 2011

Fatwa dan Hukum Menyambut April Fool

Dr.Yusuf al-Qardawi menyebut :Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Sheikh Atiyyah Saqr pula menyatakan :

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan darurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “darurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Darurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.

Sheikh Shalih Fauzan menyatakan :

Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.(hassan1663)

sumber:http://ibnuyunus.blogspot.com/2011/03/fatwa-dan-hukum-menyambut-april-fool.html

Rabu, 30 Mac 2011

Senaman poco-poco haram - Mufti Perak


IPOH, 30 Mac: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senama poco-poco diharamkan.

Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.

"Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.

Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.

Sebelum ini media sentiasa sahaja menyiarkan aktiviti Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sering melakukan senaman poco-poco ini khasnya di tempat awam.

Bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga pernah melakukan senaman ini di atas pentas bersama isteri dan pembesar negara yang lain. (gambar atas)

sumber:http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31589:-senaman-poco-poco-haram-mufti-perak&catid=1:utama&Itemid=50


Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

NONEBeliau berkata, selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.

Zambry berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.

Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

sumber:http://www.malaysiakini.com/news/160111

Selasa, 29 Mac 2011

Jenis-jenis darah kaum hawa

Allah telah menetapkan kepada kaum wanita beberapa jenis darah yang keluar dari kemaluan .. dan mempunyai hukum yang berbeza antara satu sama lain .. mengenali jenis-2 darah dan hukum ini adalah wajib kerana ia berkaitan dengan ibadah ..

Bagi seorang yang mengaku islam .. maka ia wajib mengetahui jenis-2 darah dan hukumnya kerana ia adalah fardhu ‘ain .. sesiapa yang tidak tahu membezakan jenis darah .. hukumnya adalah berdosa.

Antaranya seperti:-

-darah haid

-darah nifas

-darah wiladah :

-darah tolak

-darah fasak

Hukum scan bayi dalam kandungan

Soalan :

Adakah dibolehkan membuat scan kandungan ibu untuk mengetahui jantina bayi yang akan dilahirkan? Adakah dibulehkan ke dalam islam?

Jawapan
Tidak menjadi kesalahan melakukan scan kepada ibu2 yg sedang hamil dengan tujuan ingin mengetahui jantina bayi yang sedang berada di dalam kandungan dengan syarat amalan tersebut tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayi tersebut dan mestilah di lakukan oleh doktor wanita. Tidak harus dilakukan oleh doktor lelaki yang bukan mahram sekalipun suami ada bersama ketika scan dilakukan kerana scan ini tidak termasuk perkara dharurah.

Apabila keputusan scan telah di putuskan hendaklah kita faham bahawa keputusan tersebut tidak semestinya betul 100% kerana hanya Allah swt yang bersifat dengan amat mengetahui segala perkara yang ghaib.

Firman Allah swt yang bermaksud :
“Sesungguhnya hanya Allah swt yang amat mengetahui segala yang ghaib pada langit dan pada bumi”.

Artinya keputusan scan tersebut boleh jadi salah dan boleh jadi betul. Ada beberapa kes yang telah di laporkan berlaku kesalahan berkenaan keputusan jantina yang akan lahir ini. Apabila telah diketahui jantina bayi pula, kita mestilah redha dengan apa jua jantina yang dikandung itu kerana anak adalah merupakan nikmat yang sangat besar dan suatu amanah yang sangat berat. Amalan berduka apabila mengetahui jantina anak tidak sebagaimana yang diingini adalah salah disisi syara’ dan ini merupakan amalan jahiliyyah sebagaimana umat2 musrikin arab yang tidak suka apabila melahirkan anak perempuan sebagai contoh.

Jadi yang haramnya bukan terletak pada scan tersebut tetapi pada tindakan kita apabila mengetahui jantina anak samada masih didalam kandungan atau setelah dilahirkan.

Wallahua’lam..


sumber: Ustaz Azhar

Ahad, 27 Mac 2011

Musykilah Agama

  • Upah orang baca Quran
    Anak yang soleh tidak akan mengupah orang lain untuk mendoakan ibu bapanya, sebaliknya dilakukan dengan rasa keinsafan dari dalam diri serta keinginan berbuat baik dan ehsan pada ibu bapa yang sudah meninggal dunia.

    Tiada syariat mengambil upah membaca al-Quran untuk simati. Jika anak-anak berhasrat membuat kebaikan kepada ibu bapa yang sudah tiada, sebaik-baiknya ialah melalui saranan hadis tadi yang mengesyorkan tiga perkara tadi.


  • Anak luar nikah boleh sertai korban
    Anak ini adalah suci dan tidak berdosa, amalannya diterima Allah jika menepati syarat sah ibadat. Yang bersalah ialah ibu dan lelaki yang bertanggungjawab dan bukan anak berkenaan.

    Rasululah SAW bersabda yang maksudnya: “Dilahirkan anak itu dalam keadaan fitrah (suci)” dan maksud firman Allah: “Tidaklah seorang daripada kamu menanggung dosa orang lain.”

    Justeru, tidak salah bagi anak ini turut serta menjadi sebahagian daripada peserta ibadat korban dan kehadirannya tidak akan menjejaskan mana-mana ibadat orang lain.


  • Tidak sempat tunai nazar umrah
    Dalil dari al-Quran dan hadis mengenai keharusan nazar, Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana.” (al-Insan: 7)

    Sabda Rasulullah SAW daripada Aisyah ra yang bermaksud: “Sesiapa yang bernazar untuk taat kepada Allah, maka taatilah akannya dan sesiapa yang bernazar untuk berbuat maksiat kepadanya, maka janganlah membuat maksiat kepadanya.” (riwayat Bukhari).

    Perkara yang dinazarkan wajib ditunaikan selepas hajat yang dicitakan itu sampai. Jika tidak dapat ditunaikan nazarnya, hendaklah ditebus nazar sepertimana menebus sumpah, sama ada memberi makan kepada 10 orang miskin dengan hidangan yang mengenyangkan mereka, memberi pakaian kepada 10 orang miskin atau membebaskan seorang hamba yang beriman.

    Jika ketiga-tiga ini tidak mampu dilakukan, hendaklah berpuasa tiga hari berturut-turut.

    Dalilnya, hadis yang diriwayatkan ‘Uqbah bin Amir daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda yang bermaksud: “Kafarah (menebus) nazar seperti kafarah (menebus) sumpah.” (riwayat Muslim)


  • Hukum sanding
    Sebahagian daripada amalan masyarakat kita yang disebut tadi berasal daripada budaya luar, sebahagiannya pula menganggap ia menjadi budaya Melayu. Apapun, sebaik-baiknya lakukan yang wajib dan sunnah saja seperti dituntut dalam agama.

    Jika ada rasa syubhah dan kurang jelas, elakkan saja mana-mana adat. Nabi Muhammad SAW mengajar kita dalam sabda baginda yang bermaksud: “yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, bagaimanapun antara kedua-dua tadi ada perkara yang tidak jelas dan meragukan. Barang siapa mengelakkan dirinya daripada perkara yang ragu ini, dia memelihara dirinya.”


  • Maskahwin hak wanita
    Barang keperluan rumah antara nafkah yang wajib suami sediakan selepas berkahwin, sedangkan mas kahwin ialah hak wanita yang wajib diberi ketika mengambil amanah seorang isteri.

    Jika isteri menghalalkan mas kahwin berkenaan, baru suami terlepas daripada membayarnya, jika tidak ia dianggap hutang yang masih wajib dilunaskan.

    Memang isteri tidak salah menuntut hak berkenaan, bahkan isteri harus mengingatkan suami mengenai tanggung jawab yang dia wajib laksanakan.


  • Punca batal wuduk suami isteri
    Hanafi pula mentafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan. Tafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah, katanya: bahawa Rasulullah SAW mencium atau mengucupnya, sedangkan baginda berpuasa, dan sabdanya: Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wuduk dan tidak membatalkan puasa (Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar). Justeru, pada Hanafi: Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak.

    Ada hadis lain diriwayatkan al-Nasa’i dan Ahmada, juga daripada Aisyah, katanya: Nabi mencium sebahagian daripada isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang dan tidak berwuduk.

    Lalu Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan ulama Syafie dan Hanafi dan berpandangan bahawa menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wuduk jika dengan tujuan ‘talazzuz’ (berlazat-lazat), atau mendapat kelazatan ketika bersentuhan. Begitulah rahmatnya perbezaan pandangan ulama yang semuanya benar, wallahualam.


  • Sunat azan bayi baru lahir
    Ia bukan wajib, sebaliknya sunat. Justeru, meninggalkannya bukan berdosa dan tidak perlu ditebus.

    Sunnah yang dituntut ialah mengazankan bayi sebaik saja dilahirkan.

    Ini supaya anak yang masih suci itu mendengar ucapan terbaik sebagai kalimah pertama yang didengarnya sebaik sampai ke dunia.

    Harapan ibu bapa apabila anak ini mendengar takbir ini dia akan menjadi hamba yang taat kepada Allah bila dewasa nanti dan dipelihara daripada gangguan syaitan.

    Tidak perlu lagi diazankan selepas beberapa bulan dilahirkan.


  • Isnin, 21 Jun 2010

    Haid

    PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
    Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

    1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

    2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
    "Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)


    HURAIAN MASALAH :

    1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
    - Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

    2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
    - Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

    - Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

    3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
    -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
    -Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
    -Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
    -maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

    Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

    Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

    Eddah Lelaki

    kat bawah ni disertakan contoh:

    Arrow iddah pertama :
    Apabila suami yang ingin berkahwin dengan adik perempuan atau kakak isterinya selepas si suami bercerai hidup dengan isterinya. So....iddahnya: tumggu bekas isterinya habis iddah 3 kali suci/haid

    Arrow iddah kedua :
    Apabila seorang lelaki yang berkahwin 4....dan ingin kahwin lagi satu.So...dah tentu dia akan ceraikan isteri dia (salah satu dari yang 4 tu). Jadi...sebelum dia nak nikah kali yang kelima selepas bercerai hidup dengan salah satu isteri yang 4 tu...si laki ni perlu tunggu habis iddah isteri yang dia ceraikan tu 3 kali suci/haid...baru boleh nikah kali yang kelima

    Sabtu, 19 Jun 2010

    Fatwa Ayat Quran Rupa Manusia

    Masalah

    Apa hukum orang yang menulis ayat-ayat Quran dengan membuat secara lukisan bentuk rupa manusia atau binatang seperti tulisan” Bismillahirrahmanirrahim” berbentuk rupa orang yang duduk membaca tahiyyat di dalam sembahyang? Dan apakah hukum menggunakan tulisan-tulisan ini buat hiasan rumah?

    Fatwa

    Hukum menulis ayat Quran dengan membuat secara lukisan rupa manusia atau binatang adalah ditegah jika adalah lukisan itu dengan rupa yang hidup kerana berpandu kepada kitab Fathul Mai’n, juzuk 3 muka surat 362 yang berbunyi: ويحرم ولو على نحو ارض تصوير حيوان ...الخ. Hukum, menggunakan tulisan-tulisan ini buat hiasan rumah adalah ditegah juga.

    Jabatan Fatwa Negeri Kedah Darulaman


    sumber:sahabat raudhah

    Jumaat, 18 Jun 2010

    Apakah hukum kaum adam dan hawa memakai seluar jeans?

    Maka jawabnya tidak kisahlah seluar jeans atau apa2 pun, sekiranya seluar itu ketat sehingga apabila kaum wanita memakainya maka dapat kelihatan bentuk punggungnya sehinggalah bentuk peha dan sebagainya maka hukumnya haram.Tetapi jika kaum wanita memakai seluar yang hanya ketat di bahagian punggungnya sahaja maka tidak haram dengan syarat dia mestilah memakai baju yang labuh sehingga menutup bahagian punggungnya itu. Baju yang dipakai itu hendaklah labuh sehingga sama bawah dengan bentuk punggungnya itu atau sebaiknya lebih bawah dari bentuk punggungnya itu.

    Kaum lelaki pula yang memakai seluar ketat sehingga menampakkan bentuk punggungnya hukumnya adalah makruh.Tidak sama aurat lelaki dan wanita.Tetapi jika menampakkan bentuk alat sulitnya seperti yang berlaku pada seluar2 lumba basikal yang begitu ketat maka tidak sunyi hukumnya dari haram.

    hukum arak dan sewaktu dengannya

    Arak haram diminum walau setitik sekalipun haram kerana tujuan dijadikan arak itu untuk menghilangkan kawarasan akal, memabukkan, seronok dan sebagainya.

    Yang boleh minum sedikit tidak memabukkan ialah benda yang asal dibuat bukan untuk memabukkan maka boleh minum jika tidak kadar mabuk jika kadar mabuk maka haram.

    Tetapi minuman yang asalnya bukan untuk memabukkan harus tapi bila minum banyak maka haram, kalau minum sedikit maka diambil hukum asal iaitu harus. Contohnya air sirap, air sirap bukan minuman yang dijadikan untuk memabukkan jadi tidak mengapa minum segelas, 2 gelas, 3 gelas atau seumpamanya yang dalam kadar yang sedikit maka tidak haram tapi kalau minum dalam kadar yanag banyak contohnya minum sehingga 100 gelas sehingga membawa kepada mabuk maka jadilah haram.

    Sama juga benda yang suci, diminum sedikit tidak mabuk, diminum banyak mabuk. Benda yang suci diminum sedikit halal apabila diminum banyak jadi mabuk, jadi haram. Contohnya ubat batuk yang pada asalnya suci, halal diminum sedikit tapi bila diminum banyak menjadi mabuk maka haram.

    Ulama’-ulama’ telah sepakat bahawa arak ini adalah ibu segala yang keji-keji.

    Khamis, 17 Jun 2010

    Apakah hukum memakai minyak wangi bagi golongan muslimah ? Adakah tidak dibenarkan kerana boleh membawa fitnah pada laki2 ?

    Maka jawabnya minyak wangi ada dua jenis.

    Yang pertama minyak wangi yang bau kuat. Minyak wangi seperti ini haram hukumnya dipakai di luar rumah oleh kaum2 muslimah. Jika seseorang muslimah ini lalu di suatu tempat dan dapat pula dihidu oleh orang2 yang berada di situ bau minyak wangi yang dipakainya itu maka haram pakai minyak wangi bau yang kuat seperti ini.

    Yang kedua, minyak wangi yang perlahan atau tidak kuat baunya. Kaum2 muslimah hanya boleh pakai minyak wangi yang perlahan baunya, maksud bau yang tidak kuat di sini umpamanya apabila minyak wangi itu disapu di tangannya maka apabila dihidu di tangannya atau tempat yang disapu mintak wangi itu barulah dapat dihidu bau minyak wangi itu maka memakai minyak wangi seperti ini harus hukumnya.

    Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, ”Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita.”

    Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaiton dan membelakang dalam bentuk syaiton.”

    Para wanita menyerupai syaiton karena ia sebagai penyebab timbulnya fitnah bagi laki-laki. Oleh karena itu, hendaklah para wanita yang bertakwa kepada Allah menjaga dirinya dan menjaga kaum lelaki dari fitnah yang ditimbulkan karenanya.

    **Mohon disebarkan pada saudara2 kita yang lain, moga ilmu yang kita sebarkan ini menjadi saham untuk kehidupan kita di akhirat.

    Hukum makan kenduri tanpa jemputan

    Maka jawabnya tidak boleh makan kenduri jika tidak dijemput datang.Yang boleh kita pergi tempat yang tidak jemput makan tapi kita bagi duit ialah restoren atau kedai2 makan.

    Apabila berkaitan dengan kenduri maka hanya orang yang dijemput oleh tuan rumah sahaja yang boleh datang kenduri tersebut. Kerna itulah ulama’ menyatakan dalam kitab feqah, barangsiapa yang membawa kawan yang tidak dijemput maka hendaklah meminta izin daripada tuan rumah supaya kawan yang tidak dijemput itu dapat makan. Sekiranya tuan rumah tidak izinkan maka tidak boleh makan.

    Rabu, 21 April 2010

    hukum onani bagi mereka yang malang

    Permasalahan fitrah sebenarnya merupakan sesuatu yang menjadi perhatian besar bagi Islam namun kerana kegilaan, kecelakaan dan kedurjananya masyarakat Islam hari ini maka kita semua menerima balanya.

    “ Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).” (Surah Ar-Rum :30).


    Sudah beberapa kali saya ditanya mengenai masalah onani ini dan saya sudah menjelaskan kepada setiap individu secara peribadi tanpa menulis dikhalayak kerana ianya mengaibkan namun demi kerana sudah terlalu ramai memerlukan maka saya tampilkan penulisan ini bagi menjawab permasalahan ini.

    Manusia diciptakan secara fitrah yang memerlukan pasangan dan teman serta memerlukan kepuasan batin dari hubungan lain jantina dan ini disebut oleh Allah swt :

    “ Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya..” (Ar-Rum : 21).

    Sesungguhnya setiap lelaki bagi tua atau muda mereka diciptakan dengan mempunyai zakar sebagai alat untuk memenuhi fitrah batin mereka sebagaimana mulut dijadikan sebagai alat untuk makan bagi memenuhi fitrah manusia yang perlu makan dan minum demi meneruskan kehidupan maka demikianlah zakar yang diciptakan Allah swt demi sebagai anggota yang memerlukan faraj demi memenuhi keperluan batinnya secara fitrah.


    “ Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).”
    (Surah Ar-Rum :30).

    Tidaklah golongan yang menyalahi fitrah yang diciptakan Allah swt melainkan dia itu zalim dan melampaui batas manakala bagi mereka yang tidak terpenuhi fitrah yang diciptakan Allah maka menderitalah mereka dalam kesusahan.

    Golongan lelaki yang tidak mampu berkahwin di Malaysia ini begitu ramai sekali khususnya golongan remaja yang berumur di antara 17 hingga 25 tahun apabila waktu ini merupakan waktu kemuncak syahwat dan asmara yang secara fitrah memerlukan wanita dan kepuasan seks.

    Demikianlah juga wanita dalam tempoh sebegini mereka juga tidak dapat mengelak diri dari terjatuh ke lembah maksiat lantaran godaan nafsu dan fitrah yang memerlukan pasangan dan seks.

    Islam menyelesaikan masalah fitrah bagi lelaki dan wanita dalam soal seks ialah dengan mewujudkan ibadah nikah dan perkahwinan namun hal ini hanyalah tinggal teori sahaja sebabnya pelaksanaan nikah dan perkahwinan itu pada masa kini bukanlah lagi sesuatu yang mudah sebaliknya menjadi satu kerja gila yang menyerabutkan.

    “ Allah mengehendaki kesenangan kepada kamu dan tidak mengingini kesusahan menimpa kamu” (Al-Baqarah : 185).


    Perkahwinan di Malaysia sebagai contoh, memerlukan seorang lelaki itu mempunyai belanja dan wang yang banyak sehingga belanja kahwin sahaja boleh menjangkau sehingga RM 10 000 dan itu belum termasuk belanja kehidupan keluarga yang semakin hari semakin mahal.

    Tidak ramai yang mampu untuk bernikah kerana pernikahan itu sukar sekali baik kerana masalah kewangan, kerana masalah keluarga dan kerana masalah sukar mencari pasangan atau pelbagai lagi.

    Wanita Islam di Malaysia juga ramai yang sudah berumur lewat 28 tahun atau 30 an namun masih belum mempunyai pasangan dan belum bekeluarga lantaran tiada jodoh atau pun bermasalah keluarga seperti mempunyai ibubapa yang gila.


    “ Dan tidaklah kami menjadikan deen ini kepada kamu sebagai sesuatu yang menyusahkan” (Al-hajj : 78).


    Kembali pada topik asal, lalu akibat dari kesusahan untuk melepaskan nafsu dan memuaskan fitrah menurut kaedah yang asal iaitu bernikah maka ramai orang baik lelaki dan wanita mengambil jalan mudah dengan melakukan onani bagi menyelesaikan masalah mereka.


    “Allah mengehendaki kemudahan bagi kamu dan sesungguhnya diciptakan manusia itu dalam keadaan yang dhaif (lemah)” (Surah An-Nisa : 27).


    Onani ialah perbuatan mengeluarkan air mani bagi lelaki dengan mengunakan tangan dan inilah kaedah yang biasa dilakukan manakala bagi sesetengah golongan ialah mengunakan alatan seperti patung wanita yang diperbuat dengan getah seperti yang dijual di farmasi Eropah.

    Berdasar maklumat yang diperolehi dari pakar perubatan seperti Dr Ismail Thamby mereka menyebut onani dilakukan sambil mengunakan alatan pelican seperti sabun, gel dan lain-lain bagi mendatangkan kepuasan syahwat sementara sebagai melepaskan tekanan seksual.

    Manakala bagi wanita ialah dengan memasukan jari atau sesuatu alatan keras ke dalam faraj mereka bagi menimbulkan rangsangan pada faraj sehingga mencapai klimaks iaitu kepuasan syahwat.

    Hukum Onani bagi mereka yang tidak mampu bernikah dan takut terjatuh ke dalam maksiat ialah harus dan tidak berdosa. Bahkan kaedah fiqhiyah juga menyebut : الضرورات تبيح المحظورات
    “ Kemudharatan itu membolehkan apa yang terlarang” (lihat Qawaid fiqhiyah m/s 67 oleh Dr Abd Karim Zaidan).


    Inilah pendapat yang diriwayatkan dari Imam Ibn taimiyyah dan Ibn Qayyim serta dari Ibn Aqil bahkan pendapat ini diperkuatkan oleh Imam Ahmad dengan riwayat bahawa para sahabat terdahulu beronani dalam perang dan ketika musafir sebagai keharusan melakukan onani apabila terdesak dan perlu (lihat Al-bada’I wal fawa’id m/s 870 Jilid 2).

    Adapun apabila melakukan onani itu hanya kerana mencari keseronokan dan berhibur dengannya maka hukumnya ialah haram dan ditegah ini kerana ianya termasuk perbuatan yang keji dan kotor serta memudharatkan akal dan jiwa sehingga menjadikan diri dikuasai oleh syahwat dan dibimbangi terjebak kepada zina.

    Namun apabila syahwat itu terlalu mendesak dan mengoda maka tidaklah mengapa beronani dengan tangan atau apa jua alatan asalkan sekadar mencukupi untuk memuaskan syhawat demi mencegah zina.

    Sabda baginda : “ Sesungguhnya kamu diutuskan untuk memudahkan manusia dan bukan untuk mempersusahkan” (hadith sahih, Riwayat jamaah kecuali Muslim).

    Walaubagaimana pun terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam beronani iaitu :

    Hukum onani akan menjadi haram apabila seorang lelaki itu mengunakan gambar lucah, atau bayangan di otaknya akan perkara kotor atau berkhayal wanita kerana ini bukan lagi beronani demi mencegah zina sebaliknya ianya sudah bertujuan mencari kepuasan dan berseronok dan ini diharamkan.

    Tidak boleh berseronok dengan jalan yang haram.

    Adapun sebaliknya mereka yang terdesak cukup sahaja beronani tanpa perlu bayangan dan khayalan atau apa-apa modal yang haram kerana niatnya sekadar untuk mengurang tekanan seksual dan ini dibolehkan.

    Begitu juga wanita yang tidak mampu menahan desakan batin maka tidak mengapa mereka beronani dengan mengunakan tangan atau apa alatan yang tidak merbahaya asalkan dibuat setelah terdesak bukan dengan sengaja atau berniat mencari keseronokkan.

    Firman Allah swt :

    “Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (surah : at-taghabun :16).

    Juga diharamkan berkhayal kotor dan menonton filem kotor kerana Islam mengharamkan demikian. Sesungguhnya kelonggaran dibolehkan onani ini hanya apabila ianya terdesak dan demi mencegah zina.

    Menjawab golongan yang mengharamkan onani secara mutlak

    Mereka (para fuqaha) yang mengharamkan onani secara mutlak adalah kerana hujah mereka berdasarkan hadith Abdullah ibn Mas’ud yang baginda pernah bersabda :

    “ Wahai Para pemuda, barangsiapa yang mampu dikalangan kamu maka bernikahlah kerana sesungguhnya dengan nikah itu dapat menundukkan pandangan dan menyelamatkan kemaluan (kehormatan) dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa sesungguhnya bagi berpuasa itu satu perlindungan” (hadith sahih riwayat bukhari no. 5063 , Muslim no. 3389 nasaie dan Ahmad).

    Hadith ini dijadikan hujah bahawa bagi golongan yang tidak mampu bernikah maka hendaklah dia berpuasa dan menuruti pertunjuk sunnah dalam menghadapi suasana kesusahannya yang tidak mampu bernikah itu dengan berpuasa bukan dengan melakukan onani yang merupakan perbuatan kotor.

    Menjawab kepada hadith ini ialah :

    Pertama baginda menyebut perkataan ( الباءة) yang diterjemahkan oleh saya sebagai “mampu bernikah” secara lafaz umum namun sebenarnya menurut fuqaha perkataan “alba’ath” ini bermaksud kemampuan untuk berjima ‘ (bersetubuh) maka itulah yang dimaksudkan oleh baginda sebagai kemampuan untuk bernikah dalam hadith di atas (sila lihat fiqh sunnah m/s 105 Jilid 2).

    Baginda tidak pernah menjadikan atau menilai kemampuan untuk bernikah itu mesti berharta atau mempunyai RM 10 000 untuk belanja nikah baru boleh bernikah atau mesti mempunyai kerja tetap sebab takut si perempuan nantinya kena makan pasir sebab si suami tiada kerja.

    Ini kerana dalam hadith yang lain seperti hadith Sahl bin Said As-Sa’adi bahawa baginda pernah menikahkan seorang sahabat dengan maskahwin (mahar) hanya berupa beberapa ayat dari Al-Qur’an disebabkan sahabat tersebut terlalu miskin sehingga tidak punyai apa-apa untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin besi (sila lihat hadith sahih riwayat bukhari no. 5087 dan Muslim no. 3472 dan daruquthni dll).

    Maka inilah yang disebut dalam firman Allah :


    “Jika mereka itu fuqara (miskin) maka akan dikayakan oleh Allah dari rezeki-Nya..” (An-Nur : 24).


    Oleh yang demikian, apabila disimpulkan dalam hadith ini bahawa barangsiapa yang mampu bersetubuh maka hendaklah bernikah maka bukankah semua orang sekarang mampu bersetubuh kecuali mereka yang sakit dan yang punyai nafsu namun tidak mampu bersetubuh lantaran lemah ereksi atau punyai masalah kesihatan maka mereka itulah yang wajar berpuasa.

    Selain itu, sangat tidak dapat diterima bahawa bagi mereka yang gagah dan kukuh mampu bersetubuh dan kuat syahwatnya hanya disuruh berpuasa sedang di jalan-jalan dan sekitar penuh wanita dan godaan siang malam baik dalam televisyen, jalan-jalan tempat kerja dan tempat belajar dan sekeliling.

    Sungguh pun Islam menyuruh menundukkan pandangan, menjaga hati dan ditambah berpuasa namun dalam suasana hari ini tekanan dan desakan itu tetap akan menekan dan memberi kesan besar bagi jiwa lalu dalam hal ini ubat seperti onani diperlukan namun haruslah digunakan sekadar menutup dan menolak mudharat sahaja tanpa berlebih. Sabda baginda : “Sesungguhnya agama ini ialah mudah dan tidaklah yang (sengaja) menyusahkan dirinya dalam hal agama ini melainkan dia akan dikalahkan (tidak mampu)” (hadith sahih riwayat bukhari syarah ibn hajar jilid 1 m/s 93).

    Kesimpulan :

    Diperbolehkan barangsiapa yang terdesak dan perlu menurunkan tekanan syahwatnya untuk beronani dan ini dibuat dengan turut berusaha mempertingkatkan usahanya untuk membolehkan nikah demi mencapai perintah Allah.


    “ Tidaklah Allah meletakkan tanggungjawab pada seseorang melainkan dengan sekadar dengan kemampuannya” (Al-Baqarah : 286).

    Tidak boleh beronani jika ianya dibuat semata-mata untuk seronok dan mencari kepuasan kerana Islam mengharamkan perbuatan onani yang mencari keseronokkan kerana ianya mendekati zina dan kekejian.


    “ Adapun orang yang takut kepada kebesaran tuhannya dan menahan diri daripada hawa nafsunya maka syurgalah tempatnya” (An-Nazi’at : 40-41).


    Baik lelaki mahupun perempuan yang beronani demi terpaksa menenangkan syahwatnya hendaklah banyak mengawal diri dan berusaha mendekat diri kepada Allah swt sambil banyak berdoa kerana Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan memberikan ubatnya dan ubat syahwat ialah nikah.

    Bagi mereka yang berusaha untuk nikah namun tidak mampu kerana masalah kewangan, masalah keluarga akibat punyai ibu bapa yang bodoh dan gila lagi tidak memahami maka hendaklah mengadu kepada mereka yang alim dan mempunyai kelebihan moga dapat dibantu.

    " Bertanyalah kamu kepada orang yang mengerti jika kamu tidak mengetahui " (Surah An-Nahl : 43).

    “ Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar (dari kesusahan) dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangkai olehnya” (Surah Thalaq : 2-3).


    Segala puji hanyalah bagi Allah swt.

    Dipetik dari laman web:http://ustaz.blogspot.com/2005/08/hukum-onani-bagi-mereka-yang-malang.html


    Ahad, 18 April 2010

    jildu 'umairah/istimna/kebiasaan tersembunyi/onani

    Apakah hukum seseorang itu melakukan onani untuk melepaskan hawanafsu?
    Di sini ana berkongsi dengan sahabat-sahabat semua dari apa yang ana dok dengar dari seorang syaikh yang masyhur di tanah air yang mengatakan bahawa hukumnya adalah HARAM lagipula berdoasa besar.
    Telah tersebut di dalam hadith bahawa kena laknat, Imam Zahabi rahimahuAllah mengatakan bahawa onani adalah termasuk di dalam dosa-dosa besar, di sebut dalam kitabnya Al-kabair.
    Begitu juga yang dikatakan oleh Syeikh Ibnu Hajar Al-Hisami di dalam kitabnya Azzawaji, bahawa onani merupakan perkara yang di laknat di sisi jumhur ulama.
    "Manistatoya ma'syarassyabab manistato'a minkum alba'h falyatazawwaj" maksudnya: "hai orang muda, mana-mana kamu yang rasa nak berkahwin yang ada kemampuan, maka berkahwinlah"
    Setiap kita ada kesilapan,kesalahan dan pernah melakukan dosa baik secara langsung mahupun tak langsung. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha mengasihani.Tapi awas, Allah juga maha samsing terhadap hambanya yang melakukan apa yang dilarangNya..
    Kebiasaan buruk masturbasi/onani

    Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan
    Tanya :
    “Saya seorang pelajar muslim (selama ini) saya terjerat oleh kabiasaan onani/masturbasi. Saya diombang-ambingkan oleh dorongan hawa nafsu sampai berlebih-lebihan melakukannya. Akibatnya saya meninggalkan shalat dalam waktu yang lama. Saat ini, saya berusaha sekuat tenaga (untuk menghentikannya). Hanya saja, saya seringkali gagal. Terkadang setelah melakukan shalat witir di malam hari, pada saat tidur saya melakukannya. Apakah shalat yang saya kerjakan itu diterima ? Haruskah saya mengqadha shalat ? Lantas, apa hukum onani ? Perlu diketahui, saya melakukan onani biasanya setelah menonton televisi atau video.”

    Jawab :
    Onani/Masturbasi hukumnya haram dikarenakan merupakan istimta’ (meraih kesenangan/kenikmatan) dengan cara yang tidak Allah Subhanahu wa Ta’ala halalkan. Allah tidak membolehkan istimta’ dan penyaluran kenikmatan seksual kecuali pada istri atau budak wanita. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

    Yang artinya : “Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, [6] kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. [QS Al Mu'minuun: 5 - 6]

    Jadi, istimta’ apapun yang dilakukan bukan pada istri atau budak perempuan, maka tergolong bentuk kezaliman yang haram. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memberi petunjuk kepada para pemuda agar menikah untuk menghilangkan keliaran dan pengaruh negative syahwat.

    Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya : “Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian telah mampu menikah, maka hendaklah dia menikah karena nikah itu lebih menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Sedang barangsiapa yang belum mampu maka hendaknya dia berpuasa karena puasa itu akan menjadi tameng baginya”. [Hadits Riwayat Bukhari 4/106 dan Muslim no. 1400 dari Ibnu Mas'ud]

    Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi kita petunjuk mematahkan (godaan) syahwat dan menjauhkan diri dari bahayanya dengan dua cara : berpuasa untuk yang tidak mampu menikah, dan menikah untuk yang mampu. Petunjuk beliau ini menunjukkan bahwa tidak ada cara ketiga yang para pemuda diperbolehkan menggunakannya untuk menghilangkan (godaan) syahwat. Dengan begitu, maka onani/masturbasi haram hukumnya sehingga tidak boleh dilakukan dalam kondisi apapun menurut jumhur ulama.

    Wajib bagi anda untuk bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan tidak mengulangi kembali perbuatan seperti itu. Begitu pula, anda harus menjauhi hal-hal yang dapat mengobarkan syahwat anda, sebagaimana yang anda sebutkan bahwa anda menonton televisi dan video serta melihat acara-acara yang membangkitkan syahwat. Wajib bagi anda menjauhi acara-acara itu. Jangan memutar video atau televisi yang menampilkan acara-acara yang membangkitkan syahwat karena semua itu termasuk sebab-sebab yang mendatangkan keburukan.

    Seorang muslim seyogyanya (selalu) menutup pintu-pintu keburukan untuk dirinya dan membuka pintu-pintu kebaikan. Segala sesuatu yang mendatangkan keburukan dan fitnah pada diri anda, hendaknya anda jauhi. Di antara sarana fitnah yang terbesar adalah film dan drama seri yang menampilkan perempuan-perempuan penggoda dan adegan-adegan yang membakar syahwat. Jadi anda wajib menjauhi semua itu dan memutus jalannya kepada anda.

    Adapun tentang mengulangi shalat witir atau nafilah, itu tidak wajib bagi anda. Perbuatan dosa yang anda lakukan itu tidak membatalkan witir yang telah anda kerjakan. Jika anda mengerjakan shalat witir atau nafilah atau tahajjud, kemudian setelah itu anda melakukan onani, maka onani itulah yang diharamkan –anda berdosa karena melakukannya-, sedangkan ibadah yang anda kerjakan tidaklah batal karenanya. Hal itu karena suatu ibadah jika ditunaikan dengan tata cara yang sesuai syari’at, maka tidak akan batal/gugur kecuali oleh syirik atau murtad –kita berlindung kepada Allah dari keduanya-. Adapun dosa-dosa selain keduanya, maka tidak membatalkan amal shalih yang terlah dikerjakan, namun pelakunya tetap berdosa. [Al-Muntaqa min Fatawa Fadhilah Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan IV 273-274]

    Onani, kebiasaan yang tersembunyi

    Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

    Tanya :
    “Apa hukum melakukan kebiasaan tersembunyi (onani) ?”

    Jawab : “Melakukan kebiasaan tersembunyi (onani), yaitu mengeluarkan mani dengan tangan atau lainnya hukumnya adalah haram berdasarkan dalil Al-Qur’an dan Sunnah serta penelitian yang benar.

    Dalam Al-Qur’an dinyatakan :

    (yang artinya) : “Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, [6] kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. [7] Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. [QS Al Mu'minuun: 5 - 7]

    Siapa saja mengikuti dorongan syahwatnya bukan pada istrinya atau budaknya, maka ia telah “mencari yang di balik itu”, dan berarti ia melanggar batas berdasarkan ayat di atas.

    Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
    “Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera menikah, karena nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaknya berpuasa, karena puasa itu dapat membentenginya” [Hadits Riwayat Bukhari 4/106 dan Muslim no. 1400 dari Ibnu Mas'ud]

    Pada hadits ini Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan orang yang tidak mampu menikah agar berpuasa. Kalau sekiranya melakukan onani itu boleh, tentu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menganjurkannya. Oleh karena beliau tidak menganjurkannya, padahal mudah dilakukan, maka secara pasti dapat diketahui bahwa melakukan onani itu tidak boleh.

    Penelitian yang benar pun telah membuktikan banyak bahaya yang timbul akibat kebiasaan tersembunyi itu, sebagaimana telah dijelaskan oleh para dokter. Ada bahayanya yang kembali kepada tubuh dan kepada system reproduksi, kepada fikiran dan juga kepada sikap. Bahkan dapat menghambat pernikahan yang sesungguhnya. Sebab apabila seseorang telah dapat memenuhi kebutuhan biologisnya dengan cara seperti itu, maka boleh jadi ia tidak menghiraukan pernikahan.

    [As ilah muhimmah ajaba ‘alaiha Ibnu Utsaimin, hal. 9, disalin dari buku Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram]

    Kebiasan jelek beronani/masturbasi
    Tanya :
    Syaikh Abdul Aziz bin Baz ditanya : “Ada seseorang yang berkata ; Apabila seorang lelaki perjaka melakukan onani, apakah hal itu bisa disebut zina dan apa hukumnya ?”

    Jawab :
    Ini yang disebut oleh sebagian orang “kebiasaan tersembunyi” dan disebut pula “jildu ‘umairah” dan ‘‘istimna” (onani). Jumhur ulama mengharamkannya, dan inilah yang benar, sebab Allah Subhanahu wa Ta’ala ketika menyebutkan orang-orang Mu’min dan sifat-sifatnya.

    (yang artinya) : “Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, [6] kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. [7] Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. [QS Al Mu'minuun: 5 - 7]

    Al-‘Adiy artinya orang yang zhalim yang melanggar aturan-aturan Allah.

    Di dalam ayat di atas Allah memberitakan bahwa barangsiapa yang tidak bersetubuh dengan istrinya dan melakukan onani, maka berarti ia telah melampaui batas ; dan tidak syak lagi bahwa onani itu melanggar batasan Allah.

    Maka dari itu, para ulama mengambil kesimpulan dari ayat di atas, bahwa kebiasaan tersembunyi (onani) itu haram hukumnya. Kebiasaan rahasia itu adalah mengeluarkan sperma dengan tangan di saat syahwat bergejolak. Perbuatan ini tidak boleh ia lakukan, karena mengandung banyak bahaya sebagaimana dijelaskan oleh para dokter kesehatan.

    Bahkan ada sebagian ulama yang menulis kitab tentang masalah ini, di dalamnya dikumpulkan bahaya-bahaya kebiasan buruk tersebut. Kewajiban anda, wahai penanya, adalah mewaspadainya dan menjauhi kebiasaan buruk itu, karena sangat banyak mengandung bahaya yang sudah tidak diragukan lagi, dan juga betentangan dengan makna yang gamblang dari ayat Al-Qur’an dan menyalahi apa yang dihalalkan oleh Allah bagi hamba-hambaNya.

    Maka ia wajib segera meninggalkan dan mewaspadainya. Dan bagi siapa saja yang dorongan syahwatnya terasa makin dahsyat dan merasa khawatir terhadap dirinya (perbuatan yang tercela) hendaknya segera menikah, dan jika belum mampu hendaknya berpuasa, sebagaimana arahan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. (artinya) : “Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera menikah, karena nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendakanya berpuasa, karena puasa itu dapat membentenginya” [Muttafaq ‘Alaih]

    Didalam hadits ini beliau tidak mengatakan : “Barangsiapa yang belum mampu, maka lakukanlah onani, atau hendaklah ia mengeluarkan spermanya”, akan tetapi beliau mengatakan : “Dan barangsiapa yang belum mampu hendaknya berpuasa, karena puasa itu dapat membentenginya”

    Pada hadits tadi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan dua hal, yaitu :
    Pertama.
    Segera menikah bagi yang mampu.
    Kedua.
    Meredam nafsu syahwat dengan melakukan puasa bagi orang yang belum mampu menikah, sebab puasa itu dapat melemahkan godaan dan bisikan syetan.

    Maka hendaklah anda, wahai pemuda, beretika dengan etika agama dan bersungguh-sungguh di dalam berupaya memelihara kehormatan diri anda dengan nikah syar’i sekalipun harus dengan berhutang atau meminjam dana. Insya Allah, Dia akan memberimu kecukupan untuk melunasinya.

    Menikah itu merupakan amal shalih dan orang yang menikah pasti mendapat pertolongan, sebagaimana Rasulullah tegaskan di dalam haditsnya. (yang artinya) : “Ada tiga orang yang pasti (berhak) mendapat pertolongan Allah Azza wa Jalla : Al-Mukatab (budak yang berupaya memerdekakan diri) yang hendak menunaikan tebusan darinya. Lelaki yang menikah karena ingin menjaga kesucian dan kehormatan dirinya, dan mujahid (pejuang) di jalan Allah” [Diriwayatkan oleh At-Turmudzi, Nasa’i dan Ibnu Majah]

    [Fatawa Syaikh Bin Baz, dimuat dalam Majalah Al-Buhuts, edisi 26 hal 129-130, disalin dari. Kitab Al-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram]

    Berhubung banyak yang menanyakan tentang hukum beronani di bulan puasa atau saat berpuasa, maka berikut fatwa dari dua Ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jama’ah masa ini berkaitan dengan masalah tersebut.
    Hukum Beronani di Bulan Ramadhan

    Oleh: Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullaah

    Soal:

    Apa hukumnya orang yang beronani di bulan Ramadhan, apakah ia dikenai sanksi sebagaimana sanksi yang dikenakan kepada orang yang melakukan jimak dengan istrinya (di siang hari di bulan Ramadhan)?

    Asy-Syaikh Muqbil menjawab:

    Ia berdosa, namun tidak ada kafarah (denda) atasnya. Ia berdosa karena Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda dalam sebuah hadits yang beliau riwayatkan dari Rabbnya:

    “Ia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya karena Aku.”

    Ia tidak wajib mengqadhanya, karena qadha tidak ditunaikan kecuali dengan adanya dalil, sedangkan dalil-dalil yang ada berlaku bagi orang yang safar (bepergian) dan orang yang sakit, bila ia berbuka.

    Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

    Maka barangsiapa di antara kalian sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.” (Al-Baqarah: 184)

    Demikian pula dengan wanita yang haidh, ia harus mengqadha puasanya berdasarkan hadits ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha dalam kitab Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim. Wanita yang menyusui dan wanita hamil mengqadha puasa bila mereka berbuka berdasarkan hadits dari Anas bin Malik Al-Ka’bi, dan mengqadha puasa didasarkan pada ayat tersebut di muka. Wallaahu a’lam. (Ijaabatu as-Saail, soal no. 101)

    (Dinukil dari إجابة السائل (Asy-Syaikh Muqbil Menjawab Masalah Wanita) karya Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i, hal. 31-32; penerjemah: Abu ‘Abdillah Salim; editor: Abu Faruq Ayip Syafruddin; penerbit: Penerbit An-Najiyah, cet ke-1, Rajab 1428H/Agustus 2007M untuk http://almuslimah.co.nr)
    Apakah Onani Membatalkan Puasa?

    Oleh: Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-’Utsaimin rahimahullaah

    Soal:

    Jika seseorang yang sedang berpuasa melakukan masturbasi (onani), apakah perbuatan ini membatalkan puasanya? Apakah ia wajib untuk membayar kaffaarah?

    Jawab:

    Jika seseorang yang sedang berpuasa melakukan masturbasi hingga ejakulasi (mengeluarkan mani), maka puasanya batal dan ia wajib mengqadha puasa untuk hari ketika ia melakukan masturbasi.

    Tidak ada kaffaarah atasnya, karena kaffaarah tidak diwajibkan kecuali untuk jimaa’, namun ia harus bertaubat atas apa yang telah ia lakukan.

    (Fataawa Arkaanul Islaam, Darussalam, vol. 2, hal. 661)

    (Diterjemahkan dari http://fatwaislam.com/fis/index.cfm?scn=fd&ID=702 untuk http://almuslimah.wordpress.com)

    Dari fatwa di atas nampak ada perbedaan pendapat antara Syaikh Muqbil dan Syaikh Al Utsaimin -Rahimahullah ajma’in-, nampak bagi ana fatwa dari Al Allamah Muqbil bin Hadi Al Wadi’ lebih kuat, yaitu tidak adanya qadha bagi orang yang beronani, namun dia berdosa. Hal ini karena untuk penetapan diperlukannya qadha memerlukan dalil khusus dan tidak ditemukan dalil mengenai kewajiban mengqadha puasa akibat beronani. Ini pendapat pribadi ana, Wallahu ‘alam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More