Masyarakat umpama ikan di dalam kolam. Pemimpin politik umpama pemancing. Umpan umpama cerita atau isu yang direka.Matlamat mereka adalah untuk melihat umpan mana yang dapat membuatkan ikan didalam kolam berkocak dengan kuat. Isu yang dibuat sekiranya benar tetap dikira benar tetapi jika tidak benar dan semata-mata dicipta untuk menghuru harakan minda masyarakat itu dinamakan fitnah. Terkadang benda yang paling kita suka merupakan fitnah terbesar dan benda yang paling kita benci merupakan kebenaran yang hakiki.Ini bermakna dari mana datangnya sumber berita dan menganalisis semua berita yang diterima teramat penting untuk menilai kesahihannya. Jangan menilai berita mengikut populariti pengirim atau sensasinya tajuk berita. Permainan politik sebegini bukan lagi jenis politik “tangible” tetapi “intangible” dan paling sukar untuk difahami oleh orang yang jenis lurus bendul. Seseorang itu perlu mempunyai info yg banyak-berilmu dan minda yang tidak bias. Inilah yang sukarnya untuk warga kampung yang begitu limited dengan sumber ilmu. Tambahan pula tabiat warga Malaysia yang malas membaca dan mengkaji. Warga Malaysia lebih gemarkan berita hiburan, sensasi, mistik, misteri. Lihat top hits di TKO cukuplah….. Kelemahan inilah yang digunakan ahli politik untuk bermain dengan minda masyarakat demi survival politik mereka. Masih ingat pilihanraya 1999 ketika itu Mahathir bergelut dengan isu liwat1 dimana orang melayu sudah bersatu untuk menjatuhkan beliau kerana emosi dan kaum cina dan India berpecah parti kerana kekalutan ekonomi. Mahathir memainkan cerita 13 Mei di TV setiap hari dan ternyata cerita itu benar2 memberi response positive kepada kaum cina/india dan akhirnya hanya negeri yang ramai melayu sahaja BN kalah. Begitu juga Bush memainkan terma ‘pengganas Islam’ sejak 1990 sehingga terpaksa melakukan aksi lakonan panas 911. Belum pun sempat Bush menuduh sesiapapun penyebabnya, tiba2 muncul pula seorang watak ‘TIM OSAMA’ dengan membuat pengakuan selama 3minit yang beliau dengan rantaian Al-Qaedalah yang bertanggungjawab kpd peristiwa 911. Bush berjaya mencipta watak penjahat dihati non-muslim dan TIM OSAMA menjadi watak pejuang dihati muslim. Sedangkan sebelum itu umat Islam berbangga dengan Gerakan Taliban dan Mujahidin sebagai pejuang jihad. Dengan cerita baru ini, watak pejuang sebenar Mujahidin dan Taliban dilihat mati walau gerakan mereka cukup aktif di bumi Afghan sehingga kini. Cerita pengakuan ALQaeda dgn watak rekaan itulah yang dibawa oleh Bush ke PBB dengan kuasa veto untuk mendapat mandat untukmemerangi AlQaeda kononnya hingga kelubang cacing di bumi Afghanistan. Tujuan mereka sebenarnya ADALAH untuk menjatuhkan pemerintahan Islam Taliban dan membunuh pejuang Mujahidin dan bukan memburu TIM OSAMA pun. Hasilnya cukup positive, Kaum SEKULAR Berjaya memerintah bumi Afgan dgn naik Hamid Karzai, Umat Islam dirogol/bunuh, Kanak2 Islam menjadi yatim dan di extradisikan menjadi Kristian mengikut keluarga angkat DAN PALING PENTING nama Islam menjadi busuk dengan terma pengganas. Bush sudah menjadi world super-hero dan yang lebih hebat lagi, U-SAmiri yang kononnya hebat dengan teknologi canggih mengambil masa 20 tahun untuk mencari TIM OSAMA(1991-2011). Cerita bodoh yang dibawa USAmiri inipun masih coleh dipercayai oleh umat Islam kerana minda mereka yang bias dan taksub dengan U-SAmiri. Otak umat Islam sudah dibasuh putih oleh filem Hollywood. OBAMA pula berhadapan dengan krisis ekonomi dan kepimpinan yang dilihat tidak agresif kepada Islam. Populariti beliau menurun. Beliau juga perlu menonjol sebagai superhero. Tiba-tiba mudah pula untuk CIA berjumpa dengan TIM OSAMA setelah puas mencari selama 20 tahun lantas berjaya membunuhnya. Hiruk pikuk sedunia dengan yang anti- Islam melompat gembira, dan yang Islam pula mahu membalas dendam. OBAMA dilihat bukan sahaja mahu mengekalkan jawatan Presidennya, malah mahu mecetuskan satu peperangan global yang menjadikan umat Islam sebagai puncanya. OBAMA sekarang sudah menanam ‘dendam buta’ dihati umat Islam diatas kematian kononnya pemimpin mereka dan di hari mendatang beliau pasti akan membuat cerita baru yang menjadi ‘catalyst’ untuk memudahkan mencetuskan WW3. Seluruh Bumi Arab sudah tidak gagah/kuat lagi. Sistem Demokrasi tajaan U-SAmiri berjaya memecahbelahkan dan melemahkan umat Islam disana. Mereka sudah tidak bersatu dan mereka memang tidak boleh diharap untuk membela Islam. Benar kata hadis hanya Panji –panji hitam dari Timur yang akan membela Islam. Segala cerita akan bermula pada Olimpik London 2012? USA benar benar menjadi negara UNCLE SAMiri, Negara Dajjal.wallahualam
Seperti yg kita berimankan kepada Quran dan Hadis, di akhir zaman terlalu banyak fitnah, maka kita sekarang berhadapan dengan banyak berita yang merupakan fitnah samaada dari orang yang kita suka ataupun tidak.
Kitab Al-Taudhih
-
Kitab Al-Taudhih (KASTURI)
Harga: RM70.00
Postage SM RM6/SS RM10
Whatsapp +6011-14922333
Kos Pos bagi buku, adalah seperti berikut,
1 buku = SM RM6/SS R...
8 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.