Selasa, 17 Mei 2011

Mengenal Haidh

Haidh dari sudut bahasa ialah mengalir (السَّيْلاَن)

Dari sudut istilah
دَمُ جِبْلَةِ يَخْرُجُ مِنْ أَقْصَى رَحِمِ الْمَرْأَةِ فِي حَالِ الصِّحَّةِ فِي أَوْقَاتِ مَخْصُوصَةِ

Ertinya darah perangai yang keluar dari bahagian atas rahim perempuan pada ketika sihat badan pada waktu-waktu yang tertentu

Darah yang keluar dari kemaluan kaum wanita terbahagi tiga

1. Darah haidh: Darah yang keluar daripada perempuan pada waktu sihat

2. Darah nifas: Darah yang keluar selepas bersalin

3. Darah istihadhah / penyakit: Darah yang keluar bukan pada masa haidh dan nifas.

Dalil haidh firman الله al-Baqarah ayat 222

Dalil darah Haidh

Maksudnya: Dan mereka itu bertanya kepada engkau ya Muhammad tentang haidh, katakanlah kepada mereka ia adalah darah yang cemar maka tinggalkanlah bersetubuh dengan segala perempuan yang berhaidh dan jangan kamu hampiri mereka itu dengan setubuh sehinga suci mereka itu daripadanya, setelah suci mereka itu maka datangilah mereka itu kerana jimak pada tempat yang menyuruh اللهsesesunguhnya الله mengasihi orang yang banyak bertaubat

Dan sabda nabi (ألنبي صلى الله عليه وسلم)
هَذَا شَيْءٌ كَتَبَهُ اللهُ عَلَى بَنَاتِ آدَمَ

Maksudnya: Ini (haidh) suatu yang telah اللهtetapkan ke atas anak adam yang perempuan
Hukum mempelajari tentang haidh

Menjadi kewajipan ke atas wanita islam mengetahui hukum berkenaan dengan haidh dan mengenal warna darah haidh. Seorang wanita wajib keluar untuk mempelajari hukum-hukum haidh, nifas dan istihadah apabila suaminya tidak mampu menerangkan permasalahannya. Dan haram atas suami menegah isterinya daripada keluar melainkan ia dapat memberi jawapan apabila ditanya. Pada ketika itu si isteri tidak boleh keluar tampa keizinan daripada suaminya.
Warna darah haidh

Mengikut ulama-ulama mazhab Syafie terdapat lima warna darah haidh

1. Hitam

2. Merah

3. Warna antara keemasan dan merah (perang)

4. Kuning

5. Keruh iaitu antara warna kuning dan putih
Warna kuning dan keruh

Darah berwarna kuning dan keruh yang keluar bukan pada waktu haidh tidak diangap haidh. Bersalahan jika ia keluar pada waktu haidh maka ia dikira sebagai haidh. Ini merupakan pendapat yang sohih didalam mazhab Syafie.


sumber:ustazazharidrus

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More