Rakyat yang tertutup hatinya untuk menerima Islam secara SYUMUL, mereka lebih suka menerima Islam secara budaya datuk nenek mereka iaitu Islam yang diterapkan oleh kaum kolonial seluruh dunia. Penjajah Perancis dan Inggeris di Timur Tengah, iaitu Islam tiruan atau Islam kacukan. Yang mencampur adukkan Islam yang turun dari langit (Allah) dengan Islam cara penjajah. Dalam bentuk beriman separuh separuh saja. Sebagaimana Iman golongan Yahudi dan Nasara yg dimurkai Allah.
Allah SWT dengan penuh hikmah dan bijaksanaNya mewajibkan kita mengulangi bacaan "ملك يوم الدين" setiap hari, mulai dari so0lat fardhu hingga solat sunat, hatta dalam solat jenazah pun, mesti mengulanginya bacaan "ملك يوم الدين", yang dalam bahasa melayu bererti; Tuhan yang berkuasa penuh pada hari pembalasan.
Sepatutnya, kalau di pandang dari segi zahir, perlu disebut "ملك يوم الجزاء" kerana perkataan الجزاء itulah bermaksud pembalasan. Tapi Allah SWT gunakan "yaumi ddin" kerana perkataan 'الدين' ada dua makna, iaitu hari pembalasan dan hari agama. Sebabnya munkin kerana pembalasan di hari akhirat kelak adalah dibuat berdasrkan kepada agama. Berdasarkan Al- Quran dan Al- Sunnah, bukan berdasarkan mana mana akta, undang undang atau mana mana perlembagaan pun didunia ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.