Isnin, 14 Jun 2010

Biar orang kata mukaku hodoh


"Biar Muka Buruk Asal Akhlak Cantik.." itulah tajuk dalam buku SOLUSI yang telah ana baca..Cukup baik dan sesuai dengan isu masalah belia sekarang..Khususnya belia Islam di Malaysia.. Maksudnya biarlah muka kita tidak cantik tetapi iman dan taqwa kita pada Allah cantik, itu sudah cukup menutupi keburukkan muka kita daripada mereka yang memiliki muka yang cantik tetapi akhlak dan taqwa pada Allah tiada.

Kerana ada seorang muslimah telah bertanya kepada editor majalah SOLUSI, yang mengatakan dia selalu rendah diri sebab mempunyai wajah yang tidak cantik, dan selalu menjadi ejekan orang lain dan dia juga sering mengasingkan diri dari kawan-kawan yang lain.


Sesungguhnya kecantikan bukan pada paras rupa tetapi kecantikan adalah berdasarkan akhlak yang ada dalam diri..itulah kecantikan azali..jangan kita salah tafsir..kecantikan wajah hanya pada waktu yang singkat..tetapi kecantikan yang kekal adalah akhlak.jangan kita menilai kecantikan pada wajah...


Jika kita menilai kecantikan pada wajah maka kita adalah dalam golongan yang tidak cerdik..kerana kita telah menilai sesuatu yang tidak kekal..jadilah orang yang cerdik dan insaflah...


"sesungguhnya kecantikan sebenar adalah kecantikan akhlak dan taqwa kita pada Allah..jika buruk amalan kita..sedarlah SEBENARNYA muka kita juga turut buruk di pandangan ALLAH..
janganlah kita menutupi muka buruk itu dengan solekkan..kerana pasti solekan tebal
juga tidak akan dapat menutupinya...hanya akhlak dan rasa takut kita
untuk melakukan kemungkaran, itulah kecantikan yang kekal abadi yang membawa
ke syurga yang abdai...Sesungghnya syurga hanya untuk hambaNya yang mempunyai kecantikan
akhlak dan taqwa..."


Jangan biarkan hati lalai dengan kecantikan dunia...kenalilah TUHAN
pasti anda merasai nikmatnya...insaflah duhai hati..

sumber:http://sahabatraudhah.blogspot.com/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More