SUBHANALLAH....

“Allah swt akan turun ke langit dunia pada setiap malam ketika akhir 1/3 malam dan berkata : Akulah Tuhan , Akulah Tuhan. Barang siapa yang berdoa kepadaKU akan aku penuhi doanya , Barang siapa yang meminta kepadaKu akan aku beri kepadanya ,barangsiapa yang memohon ampun kepadaKu , akan aku ampunkan dosanya.” (HR Imam Bukhari : 1145 , Muslim : 758 , Tirmizi : 239 )

ALLAHU AKBAR

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

indahnya Ciptaan ILAHI

♥♥♥Allah SWT berfirman,Katakanlah (Muhammad “Jika kamu benar-banar mencintai Allah,ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.”. [Ali Imran:31]

dosa2ku bagai buih dilautan..YA ALLAH AMPUNILAH segala dosa2 HAMBAMU ini YA RABB..

Ku ingin terbang bebas macam burung ini....

Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur di dalam mentaati Allah." (Hadis Riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya)

Khamis, 28 April 2011

kelebiha beristighfar

Dari Ibnu Abbas ra, Rasulullah saw bersabda yg bermaksud,
"Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, Allah jadikan baginya kesukaan dari tiap-tiap kesusahan dan Allah jadikan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan dan Dia rezekikan kepadanya dari jurusan yang dia tidak sangka-sangka." - Abu Daud -

Alangkah peliknya, hamba yang tidak mengambil berat mengenai istighfar. Mengapa? Apakah kerana amalnya sudah cukup untuk menghapus kejahatannya, atau hatinya sudah mencapai tahap keikhlasan yang murni?

Apakah ilmu yang dimiliki mampu mendekatkan dirinya kepada Allah? Apakah sudah lahir akhlak mulia di mata manusia sehingga kedudukannya bagaikan permata berkilauan di tengah-tengah mereka?

Sedangkan Nabi SAW dan sahabat yang sudah berada pada tahap ketinggian dan kemuliaan di sisi Allah menyediakan masa, membuat pengakuan taubat pada penghujung malam pada waktu sahur. Tidakkah hamba lalai dan sedikit ilmu itu lebih memerlukan taubat untuk menghidupkan kembali jiwa mereka

jual beli


Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda "Dua orang yang saling berjual beli punya hak untuk saling memilih selama mereka tidak saling berpisah, maka jika keduianya saling jujur dalam jual beli dan menerangkan keadaan barang-barangnya (dari aib dan cacat), maka akan diberikan barokah jual beli bagi keduanya, dan apabila keduanya saling berdusta dan saling menyembunyikan aibnya maka akan dicabut barokah jual beli dari keduanya"
(Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Nasa'i, dan shahihkan oleh Syaikh Al Bany dalam shahih Jami no. 2886)

Isnin, 25 April 2011

11 jenis manusia yang didoa oleh malaikat


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

sumber:http://mqtkmalaysia.blogspot.com/

♥ RUFAIDAH JURURAWAT MUSLIM PERTAMA ♥




Apabila ditanya siapa ikon kejururawatan dunia yang terunggul, tentu kita akan terpanggil untuk mengingati nama Florence Nightingale yang hidup dari tahun 1794 hingga 1875. Tetapi tahukah kalian sebenarnya dunia kejururawatan tercicir satu nama yang lebih awal menempa kecemerlangan? Srikandi yang dimaksudkan adalah Rufaidah binti Sa'ad al-Aslami.

Rufaidah binti Sa'ad diiktiraf sebagai jururawat muslimah yang pertama dalam Islam, berasal daripada suku Bani Aslam dan merupakan sebahagian daripada konfederasi suku Khazraj di Madinah. Wanita itu dilahirkan di Madinah sebelum hijrah Rasulullah s.a.w dan merupakan antara wanita Ansar yang mengalu-alukan kedatangan baginda ke kota tersebut. Beliau juga turut termasuk dalam golongan pertama daripada kaum Ansar yang memeluk Islam.

~ Berkemahiran Tinggi ~

Ayahnya merupakan seorang tabib (doktor) dan Rufaidah mempelajari ilmu kejururawatan ketika bekerja membantu ayahnya. Tidak hairanlah sekiranya Rufaidah dalam beberapa sumber sejarah, dinyatakan sebagai wanita yang mempunyai sifat dan ciri-ciri yang baik sebagai seorang jururawat. Punya sifat kepimpinan dan pengurusan yang baik, beliau berkemampuan mengendalikan tugas walaupun dalam keadaan dan masa yang tidak menentu atau kecemasan.

Rufaidah mempunyai kemahiran klinikal tinggi dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu mengajar jururawat lain yang bekerja bersama-samanya. Beliau tidak menghadkan tugasnya dalam situasi klinikal sahaja, malah turut turun ke padang melihat sendiri keadaan masyarakat untuk menyelesaikan masalah sesuatu penyakit dari akar umbi.

Sumbangan wanita ini tidak terhad kepada merawat orang sakit sahaja. Sifat cakna yang dimilikinya membuatkan Rufaidah bukan sekadar jururawat biasa. Beliau juga bertindak sebagai seorang pekerja sosial yang gemar mengambil tahu dan menyelesaikan masalah masyarakat. Tenaganya banyak disalurkan kepada kerja-kerja kebajikan dan tanggungjawab sosial dalam komuniti. Pelbagai golongan muslim telah didekati Rufaidah sama ada yatim piatu mahupun orang kurang upaya. Mengajar anak-anak yang buta huruf juga menjadi sebahagian daripada rutin dalam jadual hidup wanita istimewa ini.

~ Merawat Sa'ad bin Mu'adz ~

Rufaidah telah mewakafkan dirinya untuk membantu para mujahidin. Ketika Kota Madinah dalam proses perkembangan kemajuan, Rufaidah mengabdikan diri merawat kaum muslimin yang sakit. Sebuah khemah dibina di luar Masjid Nabawi ketika suasana damai. Dan ketika Perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar, Rufaidah sentiasa bersedia di barisan belakang sebagai sukarelawan dan merawat tentera Islam yang tercedera. Nabi Muhammad s.a.w sendiri memerintahkan perajurit yang cedera dirawat oleh Rufaidah.

Contohnya sewaktu Perang Khandaq, Sa'ad bin Mu'adz yang cedera telah dihantar kek khemah perubatan yang telah dibina. Pahlawan berani itu telah dirawat oleh Rufaidah. Dengan kepakaran yang dimiliki, Rufaidah telah berjaya mencabut anak panah yang terpacak di lengan Sa'ad. Rasulullah s.a.w pernah melawat Sa'ad beberapa kali ketika sedang menjalani rawatan di khemah pesakit itu. Namun hayat Sa'ad tidak lama. beliau meninggal dunia ketika Perang Bani Quraizah berlaku.

Rufaidah telah melatih sekumpulan sahabiah sebagai jururawat yang sentiasa bersedia untuk menghadapi peperangan. Apabila Rasulullah s.a.w sedang sedia menuju ke lokasi Perang Khaibar, Rufaidah dan rakan-rakannya pergi bertemu Rasulullah s.a.w. Mereka meminta kebenaran untuk turut serta menyertai rombongan para mujahidin itu ke medan perang.

Lalu Rasulullah s.a.w pun memperkenankan permintaan mereka. Dengan penuh semangat dan keazaman yang tinggi, kumpulan jururawat tersebut telah menjalankan tugas dengan baik sehinggakan Rasulullah s.a.w mengurniakan sebahagian harta rampasan kepada mereka. Bahagian yang diterima oleh Rufaidah sama banyak jumlahnya dengan seorang mujahid yang turun berjihad ke medan perang.

~ Personaliti Empati ~

Personalitinya yang terpuji dan empati mampu mengurangkan penderitaan pesakit selain ubat-ubatan yang diberi. Tidak dinafikan, sentuhan tangan insan juga memainkan peranan penting dalam kejururawatan, tetapi malangnya aspek itu semakin dilupakan dek kemajuan material tamadun. Semangatnya menjadi inspirasi kepada kerjaya kejururawatan buat dunia Islam.

Sejarah Islam juga mencatat beberapa nama yang berkerja bersama Rufaidah seperti Ummu Ammara, Aminah, Ummu Aiman, Ummu Sulaim dan Hindun. Selain itu, antara jururawat Islam lain yang terkenal adalah Ku'ayibah, Aminah binti Abi Qays al-Ghifariyah, Umm 'Atiyyah al-Ansariyah, Nusaibah binti Ka'ab al-Maziniyyah dan Rubayyi' binti Muawwiz.

Nilai uban...


Sabda Nabi saw, “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (HR. Ibnu Hibban)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More