SUBHANALLAH....

“Allah swt akan turun ke langit dunia pada setiap malam ketika akhir 1/3 malam dan berkata : Akulah Tuhan , Akulah Tuhan. Barang siapa yang berdoa kepadaKU akan aku penuhi doanya , Barang siapa yang meminta kepadaKu akan aku beri kepadanya ,barangsiapa yang memohon ampun kepadaKu , akan aku ampunkan dosanya.” (HR Imam Bukhari : 1145 , Muslim : 758 , Tirmizi : 239 )

ALLAHU AKBAR

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

indahnya Ciptaan ILAHI

♥♥♥Allah SWT berfirman,Katakanlah (Muhammad “Jika kamu benar-banar mencintai Allah,ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.”. [Ali Imran:31]

dosa2ku bagai buih dilautan..YA ALLAH AMPUNILAH segala dosa2 HAMBAMU ini YA RABB..

Ku ingin terbang bebas macam burung ini....

Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur di dalam mentaati Allah." (Hadis Riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya)

Sabtu, 2 April 2011

Janji Allah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Allah berfirman..
“Dia memberikan hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa diberi hikmah, sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal yang sihat.” -(Surah al-Baqarah, 2:269)

“Dialah yang menurunkan Kitab (al-Quran) kepadamu (Muhammad). Diantaranya ada ayat-ayat muhkamat, itulah pokok-pokok kitab (al-Quran) dan lainnya mutasyabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, mereka mengikut yang mutasyabihat untuk mencari-cari fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya kecuali Allah. Dan orang-orang yang ilmunya mendalam berkata, “kami beriman kepadanya (al-Quran), semuanya dari sisi Tuhan kami.” Tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang yang berakal. -(Surah ali-Imran, 3:7)

“Tetapi orang-orang yang ilmunya mendalam di antara mereka, dan orang-orang yang beriman, mereka beriman kepada (al-Quran) yang diturunkan kepadamu (Muhammad), dan kepada (kitab-kitab) yang diturunkan sebelummu, begitu pula mereka yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat dan beriman kepada Allah dan hari kemudian. Kepada mereka akan Kami berikan pahala yang besar.” -(Surah an-Nisa’, 4:162)

“Katakanlah (Muhammad), “Berimanlah kamu kepadanya (al-Quran) atau tidak usah beriman (sama saja bagi Allah). Sesungguhnya orang yg telah diberi pengetahuan sebelumnya, apabila (al-Quran) dibacakan kepada mereka, mereka menyungkurkan wajah, bersujud.”-(Surah al-Isra’, 17:107)

“Dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu meyakini bahawa (al-Quran) itu benar dari Tuhanmu lalu mereka beriman dan hati mereka tunduk kepadaNya. Dan sungguh, Allah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus.” -(Surah al-Haj, 22:54)

“Allah menyatakan bahawa tidak ada tuhan selain Dia; (demikian pula) para malaikat dan orang berilmu yang menegakkan keadilan, tidak ada tuhan selain Dia, Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.” -(Surah ali-Imran, 3:18)

“Dan demikianlah Kami menjelaskan berulang-ulang ayat-ayat Kami agar orang-orang musyrik mengatakan, “Engkau telah mempelajari ayat-ayat itu (dari Ahli Kitab),” dan agar Kami menjelaskan al-Quran itu kepada orang-orang yang mengetahui.” -(Surah al-An’am, 6:105)

“Dan orang-orang yang diberi ilmu dan keimanan berkata (kepada orang-orang kafir), “Sungguh, kamu telah berdiam (dalam kubur) menurut perintah Allah, sampai hari kebangkitan. Maka inilah hari kebangkitan itu, tetapi (dahulu) kamu tidak menyakini(nya).” -(Surah ar-Rum, 30:56)

Semua ini adalah dalil-dalil untuk tarbiyyah.. semuanya menunjukkan tarbiyyah akan membawa kita menuju kepada Allah.. ilmu akan menambahkan keyakinan kita.. orang berpengetahuan akan mengikut suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya kerana dia seharusnya lebih ‘alim akan apa yang bakal menimpanya sekiranya berbuat dengan sebaliknya lantaran ilmu yang dipunyainya.. oleh itu.. dalam memahami dan menghayati islam.. kita seharusnya menggarab ilmu sebanyak mungkin.. seluruhnya adalah ilmu Allah.. setiap ilmu itu mendekatkan kita kepada Allah sekiranya kita belajar itu kerana Allah.. insyaAllah..‬

6 mati dan berpuluh cedera

Waktu: Selepas Solat Jumaat, 1 April 2011.
Tunjuk perasaan menuntut kebebasan bersuara dan
perubahan sistem pemerintahan semakin memuncak di
kebanyakan bandar dan pekan di seluruh negara-negara
Arab. Yang terbesar ialah di Syria, Jordan dan Yaman.

Di Damshiq sahaja, enam demonstran mati dan berpuluh
cedera di tangan anggota keamanan negara.

Sumber إذاعة الشرق لبنان

Mesir Bergegar



Jam 3.35 pm semalam, Damanhur bergegar sedikit, kesan gempa bumi 5.9 Scala Ritcher yang berlaku di Greece..

Jumaat, 1 April 2011

RON 97 Naik 20 Sen Tengah Malam Ini (Jumaat)

Hadiah dari kerajaan BN buat Rakyat Malaysia yg di sayanginya...:( PETALING JAYA: Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen - menjadikan harganya RM2.70 seliter selepas tengah malam Jumaat. Harga RON97 sekarang ialah RM2.50 seliter....

7 golongan yang berada di bawah naungan Allah


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan
melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu:

♥Imam (pemimpin) yang adil.

♥Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah.

♥Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid.

♥Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.

♥Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”

♥Seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangankanannya

♥Seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."

~(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More