SUBHANALLAH....

“Allah swt akan turun ke langit dunia pada setiap malam ketika akhir 1/3 malam dan berkata : Akulah Tuhan , Akulah Tuhan. Barang siapa yang berdoa kepadaKU akan aku penuhi doanya , Barang siapa yang meminta kepadaKu akan aku beri kepadanya ,barangsiapa yang memohon ampun kepadaKu , akan aku ampunkan dosanya.” (HR Imam Bukhari : 1145 , Muslim : 758 , Tirmizi : 239 )

ALLAHU AKBAR

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

indahnya Ciptaan ILAHI

♥♥♥Allah SWT berfirman,Katakanlah (Muhammad “Jika kamu benar-banar mencintai Allah,ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.”. [Ali Imran:31]

dosa2ku bagai buih dilautan..YA ALLAH AMPUNILAH segala dosa2 HAMBAMU ini YA RABB..

Ku ingin terbang bebas macam burung ini....

Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur di dalam mentaati Allah." (Hadis Riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya)

Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Ahad, 10 April 2011

Rahsia Solat Dari Sudut Sains Dan Kesihatan


We All ❤ Love ❤ Allah


بِسْـــــــــــــــــمِ اﷲِ ارَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani



FIRMAN ALLAH S.W.T


Maka tidak diberi pengetahuan kepada kamu ( wahai manusia ) melainkan sedikit.
( Al-Isra’:85 )

Beroleh kejayaanlah orang-orang yang beriman,iaitu mereka yang khusu’ dalam solatnya.
( Al-Mukminun:1-2 )

Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat,kerana amal yang baik yang kamu sediakan untuk diri kamu , nanti kamu dapati ganjarannya di sisi Allah.
( Al-Baqarah:110 )

Sesungguhnya manusia itu bersifat kedekut dan kikir,mengeluh apabila kesusahan menimpanya,dan kikir apabila mendapat keuntungan,kecuali mereka yang menunaikan solat.
( Al-Ma’aarij:19-23 )


FEADAH SOLAT KEPADA KESIHATAN...


HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:

AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.


ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.



KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.


SURAH AL-ISRA'

85. Maka tidak diberi pengetahuan kepada kamu ( wahai manusia ) melainkan sedikit.



SUMBER

http://tinyurl.com/3lmc5fk

Sabtu, 2 April 2011

Al-Quran Penyembuh Penyakit


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan keizinanNya jua dapat kita berjumpa di alam siber - satu alam zahir yang hanya transparent (zahir) bagi pemilik internet. Rencana atau koleksi tazkirah ini insyallah boleh dijadikan sumber rawatan di tengah-tengah kesakitan rohani yang dialami oleh umat dewasa ini.

Isi kandungan tazkirah ini bukanlah berdasarkan pendapat sendiri malahan saya petik dari pelbagai sumber termasuk Al-Quran, Hadith serta kita-kitab ulamak serta petikan kuliyah yang dihadiri. Dalam Islam sebenarnya sudah tercerna lengkap dengan pelbagai rumusan dan cara rawatan bagi mengatasi masalah kegawatan jiwa dan sebagainya. Ini tidak didapati dalam agama-agama lain yang sibuk bertungkus lumus mencipta teori dan ism untuk mengubat jiwa seperti kaedah yoga, menelan pil, dadah, menonton wayang/tv/video, berkreasi di hutan lipur, memanjat gunung, mengadakan konsert dan pelbagai aktiviti rakan dsb; padahal itu hanya menyesat dan menambahkan kerosakan jiwa yang lebih gawat.

Jalan keluar bagi semua kekalutan ini ialah melalui Islam yang syumul dan lengkap dari awal hingga akhir dunia. Nabi Muhammad saw sudah menggariskan mereka yang berpegang dengan 2 pusaka yang ditinggalkannya tidak akan sesat selama-lamanya. Kedua-dua sumber itu ialah Al-Quran dan Hadith.

Jelas, bahawa Al-Quranulkarim adalah alat penyembuh dan pencuci roh teragung yang mampu menggilap semula jiwa manusia untuk kembali ke jalan lurus yang diredhai Allah. Inilah ubat yang hampir pupus dan dilupakan oleh masyarakat modern hari ini sehingga mereka mencari ubat-ubat lain yang bukan menjadi penawar malah menghancurkan kemanusiaan itu sendiri. Ubat yang dijumpai adalah racun pada hakikatnya.

Tazkirah kali ini akan memfokuskan tentang perlunya kita (terutama diri saya sendiri) supaya bermuzakarah dengan Al-Quran sehingga tilawah Al-Quran menjadi budaya yang mampu merubah atau meruntun perjalanan hidup sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan rasulNya.

Kepentingan Al-Quran:
• "Sesungguhnya hati-hati berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya bagaimana untuk mensucikannya, ya Rasulullah? Baginda menjawab, dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati." - Hadith
• "Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith
• "Ahli Quran ialah Ahlullah"
• "Bacalah Al-Quran. Kamu diberi pahala dengan setiap bilangan huruf yang dibaca." - Ibnu Mas'ud
• "Tiap-tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As
• "Rumah yang dibacakan Al-Quran nescaya lapanglah penghuninya, luas kebajikan, masuklah malaikat dan keluarlah syaitan. Rumah yang tidak dibacakan Al-Quran, sempitlah penghuninya, sedikitlah kebajikan, keluarlah malaikat dan masuklah syaitan" - Abu Hurairah

Zaman ini, hati manusia sentiasa terdedah dengan kekotoran disebabkan maksiat yang dilakukan. Setiap maksiat membawa kepada dosa dan setiap dosa akan menambah setompok titik hitam di dalam hati nurani dan menjadikan ia gelap hingga sukar melihat jalan kebenaran. Apabila tompok-tompok hitam sudah memenuhi sebahagian besar hati, maka yang benar (haq) dilihat sebagai salah (batil) dan yang salah (bathil) dipandang sebagai benar (haq). Maka ketika itu kompas hidup sudah tidak berfungsi lagi. Syaitan bermaharajalela menunggang diri membawa ke mana saja yang dihajatinya. Hati kita juga tidak terlepas daripada kekotoran ini dan memerlukan penyucian sebagai persiapan untuk berdepan dengan malaikat Munkar-Nakir dan lebih-lebih lagi hebat semasa berdepan dengan Allah Rabbul-Jalil di hari kiamat nanti. Salah satu cara menyuci hati ialah dengan membaca Al-Quran.

Islam dari dulu lagi menganjurkan umatnya supaya membaca Al-Quran, menganalisa atau meneliti kandungannya serta mengamalkan apa yang dibaca. Generasi awal sungguh gemar dan giat membaca, malah ada yang mengkhatamkan 30 Juz Al-Quran setiap hari, seminggu sekali atau sebulan 2 atau 3 kali. Sungguhpun begitu mereka tetap bergiat dengan kerja-kerja dunia serta maju di dalam pelbagai bidang kehidupan. Musuh Islam memandang potensi yang ada di dalam Al-Quran dan cuba menghalang umat Islam daripada membacanya. Lantas direka pelbagai cara media massa (audio dan video) untuk melalaikan mereka. Akhbar, majalah hiburan, radio, televisyen, video, filem, komputer dan akhir-akhir ini internet direka dan dieksploit untuk merosakkan budaya Islamik yang diterapkan oleh Al-Quran. Ternyata strategi mereka mengena. Akhir-akhir ini kita lihat umat Islam dilekakan dengan TV, radio, komputer, tayangan gambar, majalah hiburan dan sebagainya. Umat Islam semakin renggang dengan Al-Quran. Akhbar harian menjadi ketagihan. Mereka mampu membaca akhbar dari kulit ke kulit dua hingga tiga kali sehari tapi tidak mampu membaca walaupun sehelai atau satu ayat daripada Al-Quran. Mereka mampu duduk berjam-jam di depan set TV tapi tak mampu menghadap tok guru mengajar Al-Quran. Inilah penyakit masyarakat Islam hari ini.

Kita perlu kembali kepada Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan hidup. Kalau tidak mampu membaca huruf Jawi, perlulah terlebih dulu mempelajarinya. Amat malang generasi kini yang bukan saja buta Al-Quran tetapi buta huruf Jawi yang menjadi perantaraan Al-Quran. Anak-anak murid dulu memang diasuh dan diajar dengan tulisan Jawi tapi malangnya sejak di'haram'kan pendidikan jawi di sekolah oleh seorang 'talibarut' musuh, ramai di antara kita sekarang tidak dapat membaca kita-kitab lama yang bertulisan Jawi. Malang sekali disebabkan tidak mengenal huruf Jawi, lantas Al-Quran diperjauhi dan dipermusuhi.

Ada beberapa perkara yang harus diperhati semasa membaca Al-Quran. Di antaranya:
• suci dari hadas (besar atau kecil)
• duduk menghadap kiblat
• dibaca dengan tertib, tartil dan bertajwid
• memelihara hak-hak ayat
• disunatkan menangis semasa membaca terutama apabila sampai ayat ancaman dan amaran
• dinyaringkan supaya sekurang-kurangnya kedengaran oleh dirinya sendiri
Antara amalan-amalan batin yang perlu diperhatikan:
• merasakan keagungan Al-Quran dan memikirkan maknanya satu persatu
• menghadirkan kebesaran Allah di dalam hati
• khusyuk semasa membaca
• fahamkan makna yang dibaca
• berfikiran tenang

Di samping itu, jika dapat jadikan wirid harian/mingguan membaca surah-surah utama seperti Surah Yasin, Al-Mulk, Al-Waqiah, Ad-Dukhan dan sebagainya.

Apa yang istimewa dalam tilawah ialah sungguhpun berulang-ulang kali dibaca ayat-ayatnya, seseorang tidak berasa jemu malahan semakin terasa akan kehebatan dan kelazatannya seolah-olah sedang berkomunikasi dengan Allah. Amat benarlah firman Allah "Sesungguhnya orang yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah hatinya menjadi takut gementar dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Allah, bertambahlah keimanannya dan mereka bertawakkal kepada Allah."

Pada peringkat permulaan mungkin agaknya sukar untuk membaca dan mengkhatamkan Al-Quran. Sungguhpun begitu jangan pula tinggalkan langsung sesuai dengan kata orang tua-tua 'kalau tak mampu buat semua, jangan pula tinggalkan semua'. Mulakanlah sedikit demi sedikit. Insyaallah apabila kelazatan membaca sudah menebal, kemampuan untuk membacanya akan bertambah. Insyallah doa dan hajat kita akan dimakbulkan Allah. Hati akan berjinak-jinak dengan kalimah Allah dan berusaha mendengarnya melalui kaset-kaset atau CD Al-Quran yang terdapat di pasaran. Malahan dalam internet terdapat banyak tapak yang menyediakan ruangan Al-Quran secara audio. Mendengar Al-Quran juga diberikan pahala kerana Nabi saw pernah bersabda "Barangsiapa mendengar suatu ayat dari Kitab Allah (Al-Quran), nescaya ayat itu menjadi nur baginya pada hari kiamat."

Marilah sama-sama kita mengubah cara hidup kita yang berhobikan hiburan dan material semata-mata kepada hobi mendengar dan membaca Al-Quran. Kurangkan masa membaca akhbar dan gantikan masa tersebut dengan membaca Al-Quran. Semoga hendaknya Allah matikan kita di dalam iman dan menghembuskan nafas terakhir dengan bibir yang masih basah berkumat-kamit melafazkan ayat-ayat suci Al-Quran. Amin.

sumber:http://fiqsan4.blogspot.com/2009/12/al-quran-penyembuh-penyakit_12.html

Selasa, 29 Mac 2011

balasan makan haram

Ingatlah .. segala makanan yang masuk ke dalam perut kita boleh memberi kesan yang baik atau buruk .. umpamanya makan haram .. maka Allah tidak menerima segala amalan kita .. walaupun solat itu sah .. tapi tidak diangkat kelangit ..

sabda nabi .. setiap daging yang tumbuh dari hasil yang haram .. maka api nerakalah yang lebih layak untuknya .. na’uzubillah .. jauhilah kita & keluarga & saudara dan mereka yang mengaku saudara kita dalam islam dari memakan dari sumber yang haram.

Ahad, 25 Julai 2010

FAEDAH PUASA

* Dapat membersihkan rohani dan jasmani kerana dengannya akan lahir kesedaran dan keinsafan, timbul keadilan dan perasaan timbangrasa kepada orang lain. Hidup jiwanya dengan ibadah dan hidup peri kemanusiaan sejati.* Puasa merupakan sekolah yang terbesar untuk mendidik budi pekerti mukmin melalui latihan khusus untuk memiliki sifat-sifat terpuji.* Puasa mendidik mukmin supaya memiliki sifat sabar. Manusia akan mengalami saat kehancuran dalam kehidupan mereka sekiranya tidak mengamalkan sifat sabar.
* Puasa menjadi penawar kepada penyakit-penyakit fizikal dan rohani.* Puasa dapat menghidupkan kekuatan fikiran dan basariah (penglihatan matahati) kerana kekenyangan boleh menyebabkan kelesuan dan lemah fikiran. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Sesiapa yang lapar maka tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."* Ibadah puasa dapat memupuk sifat kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia. Orang kaya dapat menyelami derita kelaparan, dengan itu dia akan berbuat baik kepada fakir miskin yang akhirnya akan mewujudkan masyarakat penyayang dan bersatu padu.* Puasa dapat mengajar mukmin berdisiplin dan berperaturan.* Puasa mengajar mukmin supaya sentiasa bersifat amanah dan mengingati Allah s.w.t sama ada di tempat terang atau tersembunyi kerana Allah s.w.t sentiasa melihat,mendengar dan mengetahui ada yang makhluknya kerjakan.* Puasa merupakan perisai yang boleh menghalang seseorang itu daripada melakukan dosa selagi ia tidak meroboh perisai tersebut.* Puasa dapat memberi kesan untuk mengurangkan berat badan.* Puasa dapat menjimatkan perbelanjaan mukmin setiap hari.* Puasa dapat menyingkirkan segala racun yang sudah lama terkumpul dalam diri seseorang. Oleh sebab itu puasa bolehlah dianggap sebagai servis tahunan bagi badan manusia.

Isnin, 28 Jun 2010

Kelebihan bersin

Bersin merupakan mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat asing ke dalam tubuh. Ketika bersin, udara kotor keluar dengan keras melalui hidung dan mulut berkecepatan sekitar 161 km/jam.Dalam Syarh Riyadhus Shalihin, Syekh Utsaimin mengutarakan, bersin dapat menggiatkan otak dan meringankan tubuh. ~ Untuk itu, setelah bersin, sejatinya membaca hamdalah sebagai bukti syukur kepada Allah SWT. Rasul bersabda, "Jika salah seorang di antara kalian bersin, ucapkan 'alhamdulillah' (segala pujian bagi Allah). Dan hendaklah orang yang mendengarnya mendoakan dengan ucapan yarhamukallah (semoga Allah merahmatimu). Dan orang yang bersih tadi membaca doa yahdikumullahu wa yushlihu balakum (semoga Allah memberikan hidayah dan memperbaiki keadaanmu)." (HR Bukhari).

Ahad, 13 Jun 2010

Tip dan rahsia kecantikan (Tambah kecantikan anda dengan meningkatkan imej diri)

Sumber:http://mindataqwa.blogspot.com/

Diciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Anda sebenarnya cantik. Tambahkan kecantikan anda dengan meningkatkan imej diri. saya akan berkongsi teknik-teknik bagi menambahkan kecantikan yang sedia ada pada diri anda. Caranya adalah mudah dan memberikan kesan yang amat luarbiasa.


1) Kecantikan kulit dan rupa paras.

Kecantikan kulit dan paras muka akan terserlah jika ianya dipancarkan dari kecantikan dalaman. Kecantikan dalaman adalah rasa ketenangan yang dimiliki oleh seseorang.Kegelisahan menyebabkan kesan yang muram pada wajah anda. Wajah yang mencerut dan seperti mencuka menjadikan diri anda tidak elok. Wajah dan tenang dan santai amat senang dipandang orang untuk ditatapi.Orang yang selalu gelisah dan berdukacita akan menyebabkan masalah pada kulit iaitu mudah berkedut dan mudah mendapat penyakit kulit seperti panau,kurap dan alahan pada kulit.

Hanya dengan memperbanyakkan mengingati Allah hati akan jadi tenang tenteram.Inilah wajah ahli syurga yang bersinar-sinar akan terpancar di wajah anda . Ketaatan pada Allah dengan melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya akan memancarkan sinar pada wajah anda dengan begitu bersinar. Ianya dapat menambahkan rupa paras kecantikan anda.

a) Sentiasa kekal gembira kerana rasa bersyukur atas nikmat yang dikurniakan.Keredhaan anda menjadikan anda begitu gembira kerana kesediaan menerima apa yang telah ditetapkan pada anda. Untuk anda gembira maka anda juga hendaklah sentiasa mengembirakan orang lain. Wajah orang gembira sungguh menawan dan dikagumi. Lihatlah bagaimana penghibur perlu menunjukkan wajah gembira untuk membuat anda gembira.

b) Berfikiran positif akan menguatkan pendirian anda dan membolehkan anda mengawal perasaan anda dari gelisah dan dukacita. Orang yang optimis memiliki wajah yang gemilang dan cantik. Darah semangatnya mengalir lalu memancarkan pada wajah mereka. Stabilkan emosi anda. Jauhi dari sikap busuk hati, dengki, sombong. Miliki sifat mahmudah untuk mencantikkan dalaman diri anda. Orang yang hati baik memang dipandang cantik pada wajahya.

Bagi kebersihan luaran pula ialah sentiasa menjaga kebersihan diri tubuh badan ,mulut,gigi, rambut. Kecantikan juga terletak pada bauan . Jika badan dan pakaian bersih , tambah pula dengan haruman dan wangian maka akan melengkapkan kecantikan anda. Berwangianlah terutama berada di rumah kerana kecantikan ahli syurga adalah kerana mereka sentiasa bersalut sentiasa dengan haruman syurga.

c) Kawal perasaan marah. Orang yang selalu marah akan menyebabkan kehodohan pada wajahnya. Ianya juga akan merosakkan sistem badan seperti jantung dan hati.

d) Selalu tersenyum dan bercakap dengan iringan senyuman akan menyerlahkan kecantikan anda. Kita akan sering tertarik pada seseorang yang bercakap dengan wajah yang tersenyum. Ini menunjukkan mereka suka dengan kita. Senyuman akan mencantikkan wajah seseorang 100 kali ganda.

e) Jaga kesihatan anda. Dengan pemakanan yang betul dan tabiat bersenam akan menyegarkan tubuh badan anda. Kesegaran akan sentiasa menyerlahkan kecantikan anda. Jika anda sering sakit ianya akan memberikan kesan pada penampilan diri anda.

f) Banyakkan makan buah-buah, sayuran dan air meneral juga air beralkali. Kita terdiri daripada 70% air. Badan kita selalu kehilangan air yang akan menjejaskan kesegaran sel dan kulit. Minum air 8 gelas atau lebih untuk mengekalkan kesegaran anda. Kurangkan minuman dan makanan yang masam kerana ianya akan menyebabkan anda cepat tua.Kekalkan keremajaan anda dengan bahan-bahan yang beralkali seperti sayuran hijau dan buah-buahan.Vitamin untuk kecantikan adalah seperti E , D ,C dan B

g) Kekalkan tubuh badan ikut kesesuaian ketinggiann anda. Gunakan sistem BMI iaitu ukuran yang telah ditetapkan oleh sumber kesihatan iaitu berat unggul yang sesuai. Berat unggul akan menambahkan kecantikan fizikal anda

h) Memakai pakaian yang sesuai iaitu tidak terlalu ketat dan terlalu longgar.

i) Jaga adab diri. Bercakap dengan tutur kata yang lemah lembut dan tidak bercakap kuat dan kasar dan berperangai sopan akan menyerlahkan kecantikan personaliti anda. Orang yang berakhlak mulia memang cantik dipandang. Inilah yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Beliau adalah orang yag cantik kerana akhlaknya amat mulia. Diri anda akan dipandang cantik jika anda seoarang yang berakhlak mulia.

j) Postur yang betul sewaktu berdiri hendaklah sentiasa tegak, anggun, dan berjalanlah dengan gaya yang sopan. Begitu juga cara anda menampilkan mimik muka, pergerakan tangan dan badan yang menarik.

Isnin, 28 Disember 2009

Hangat dan Hebat

Kini anda boleh menambah ketinggian, Walaupun selepas akil baligh!

Tahukan anda bahawa 95% individu tinggi di dunia ini mempunyai ibubapa yang lebih pendek, dan mereka membesar melepasi ketinggian ibubapa mereka?Anda boleh mempengaruhi tumbesaran anda tak kira baka mahupun ciri fizikal keturunan anda, atau apa sahaja yang dikatakan orang mengenai alat menambah ketinggian ini.

Tahukah anda?

Menurut kajian tumbesaran manusia Doktor Ichiro Kawaguchi dari Tokyo Research Laboratory of the National Health Department dan Doktor A. Kawata dari Universiti Kyoto, tumbesaran ketinggian manusia tidak berpandukan faktor baka semata-mata.

Ianya dipengaruhi oleh kesan hormon-hormon tertentu ke atas tumbesaran 26 tulang badan dan bahagian rawan (cartilageneous) pada 62 tulang bahagian anggota bawah badan. Rangsangan kelenjar pituitari akan menambah pengeluaran hormon yang akan menggalakkan pertumbuhan bahagian cartilageneous tetulang anggota bawah badan, seterusnya mengakibatkan penambahan ketinggian.

Menurut terbitan Journal of Nurse Health Science [2002 Aug:4(3 Suppl):A4], kajian percubaan ke atas refleksologi kaki mendapati ianya meningkatkan kadar rembesan kelenjar pituitari yang meggalakkan ketinggian iaitu hormon pertumbuhan manusia. Didapati refleksologi kaki meningkatkan 'endorphin' (penderia keseronokan) serta mengurangkan kesakitan dan kekhuatiran di kalangan individu pelbagai umur.

Mengapa Anda Perlu Menambah Ketinggian?

Bagi sesetengah orang, ketinggian tidak dianggap begitu penting atau langsung tidak mereka hiraukan. Barangkali mereka telah mencapai ketinggian badan yang mencukupi atau bahkan lebih tinggi berbanding dengan orang yang di sekitar mereka dan mereka tidak pernah merasai perasaan menjadi orang yang bertubuh rendah.

Kajian membuktikan bahawa individu yang bertubuh rendah kurang berpeluang menjalin hubungan romantis, mempunyai bilangan anak yang kecil, dan pada amnya menerima gaji yang rendah. Mereka juga sukar mencari fesyen pakaian dewasa. Wanita yang bertubuh rendah sering berkata mereka tidak dipandang serius berbanding rakan mereka yang lebih tinggi. Individu yang rendah wajar menerima hak dan keistimewaan sebagaimana yang dinikmati individu lain. Kami berharap dapat menbantu anda dalam hal ini.

Kajian Juga Menunjukkan:

Tubuh yang tinggi membuatkan seseorang itu kelihatan lebih berwibawa, anggun serta berketrampilan.

Pelbagai jenis profesion (spt juruterbang, pramugari, tentera, polis, wartawan, model, artis, atlet olahraga tertentu, dll) mensyaratkan ketinggian badan yang minimum pada tahap tertentu. Tubuh badan yang rendah mempunyai peluang yang agak kecil dalam memilih pekerjaan.

Lelaki bertubuh tinggi lebih mudah mendapatkan penghormatan & perhatian oleh wanita atau lelaki lain.

Seorang yang bertubuh tinggi akan kelihatan lebih dewasa. Si adik yang bertubuh lebih tinggi dari kakaknya sering dianggap sebagai kakak.

Dan banyak kelebihan yang lain bagi orang yang memiliki ketinggian yang ideal.

Mungkin Anda sering tertanya-tanya, adakah ketinggian tubuh badan anda ketika ini bersesuaian dengan berat badan anda? Apakah anda ketika ini berharap untuk memiliki tubuh badan yang tinggi serta ideal? Pastinya ada banyak kemudahan-kemudahan akan anda perolehi, baik dari segi pekerjaan, percintaan & masa depan yang lebih cerah dan bahagia.

Carta Berat Badan & Ketinggian Yang Ideal

LELAKI

WANITA

158 cm 51-64 kg

150 cm 44-55 kg

160 cm 52-66 kg

153 cm 45-57 kg

163 cm 54-69 kg

155 cm 47-59 kg

165 cm 55-70 kg

158 cm 48-61 kg

168 cm 57-71 kg

160 cm 49-63 kg

170 cm 59-73 kg

163 cm 50-64 kg

173 cm 61-75 kg

165 cm 52-66 kg

175 cm 63-77 kg

168 cm 53-67 kg

178 cm 64-79 kg

170 cm 55-70 kg

180 cm 66-81 kg

173 cm 57-73 kg

183 cm 68-84 kg

175 cm 59-75 kg

185 cm 70-86 kg

178 cm 61-77 kg

188 cm 72-88 kg

180 cm 63-79 kg

THE BODY MASS INDEX (BMI)
Index Berat Badan

(Merupakan kaedah untuk mengenalpasti berat badan yang sihat)
BMI Formula BMI( kg/m² ) =berat dalam kilogram / tinggi dalam meter²

Contoh : Berat badan 50 kg dengan tinggi badan 160 cm = 50 kg /(1.6 X 1.6) = 19.53 BMI

Nilai BMI

Status

<18.5

Underweight

18.5 - 22.9

Normal

23 - 25.9

Overweight

26

Obesiti

Jika anda tidak memenuhi standard yang tertera diatas, janganlah bersusah hati, berfikirlah secara positif dan perkuatkan keinginan anda untuk menjadi lebih tinggi. Anda telah pun menemui kaedah semulajadi, berkesan, selamat & murah bagi masalah ketinggian anda.

Rabu, 16 Disember 2009

Keputihan pada wanita

assalamualaikum...
umumnya setiap wanita mempunyai masalah mengenai keputihan...

apakah yg dimaksudkan dgn keputihan menurut islam???
apakah pula yg dimaksudkan dgn kelembapan dari faraj???
adakah ia dikira najis dan tergolong dlm perkara-perkara yg membatalkan wudu'?(ini kerana salah satu perkara yg membatalkan wudu' adalah keluar sesuatu melalui 2 jalan).

adakah lendiran jernih yg keluar dr faraj wanita itu dikatakan sebagai keputihan menurut pandangan islam?
atau adakah ia dikategorikan sebagai kelembapan dr faraj?
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Islam memberikan perhatian khusus berhubung kebersihan bagi seorang Muslim. Tidak ada agama yang menjadikan urusan kebersihan di antara sepenting-penting perkara di dalam agama kecuali Islam. Kebersihan yang dituntut tidak hanya semata bersihnya pakaian, anggota dan tempat ibadat serta selamat tubuh daripada hadas kecil dan besar tetapi Islam juga menitik beratkan kebersihan batin seperti ikhlas, jauh dari hasad, dengki, bongkak dan sebagainya sebagai pelengkap ajaran Islam yang maha sempurna. Perintah ke atas setiap Muslim agar bersih dalam setiap ibadat sebagai isyarat sentiasa bersih di dalam semua perkara. Bersih adalah mengagungkan Allah, bersih adalah khusyuknya jiwa, bersih adalah kerukunan hati, bersih adalah kemurnian jiwa pemiliknya bersih adalah... bersih adalah...



Allah menjadikan kebersihan sebagai salah satu prasyarat untuk mendapat kasih sayang Allah. Firman Allah Taala di dalam surah al-Baqarah ayat 222;



إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri.



Pujian Allah kepada Ahli Quba’ di dalam surah at-Taubah ayat 108;



رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ

Maksudnya: Orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).



Seorang Muslim mesti menjadi contoh kepada segala kecantikan, kesempurnaan dan kebersihan dalam kehidupan seharian. Lambang kepada kebersihan zahir dan batin sebagaimana pesanan baginda kepada sekelompok daripada sahabat di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Ahmad, Hakim dan Baihaqi;



إِنَّكُمْ قَادِمُونَ عَلَى إِخْوَانِكُمْ فَأَصْلِحُوا رِحَالَكُمْ وَأَصْلِحُوا لِبَاسَكُمْ حَتَّى تَكُونُوا كَأَنَّكُمْ شَامَةٌ فِي النَّاسِ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفُحْشَ وَلَا التَّفَحُّشَ



Maksudnya: Sesungguhnya akan kamu masuk bertemu saudara kamu, maka indahkan kenderaan kamu, elokkan pakaian kamu sehingga kamu seperti tahi lalat (jelas terlihat) di hadapan orang ramai. Sesungguhnya Allah tidak menyukai dosa-dosa pada perbuatan dan perkataan dan sengaja melakukan dosa.



Bahkan tuntutan kecantikan menjadi terlebih utama apabila ada keterikatannya dengan sah atau tidaknya sesuatu ibadat yang dilakukan. Sabda Nabi J sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ibn Majah;



لَا يَقْبَلُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ صَدَقَةً مِنْ غُلُولٍ وَلَا صَلَاةً بِغَيْرِ طُهُورٍ

Maksudnya: Allah tidak menerima sedekah daripada jalan haram dan tidak menerima solat tanpa bersuci.



APA ITU KEPUTIHAN?



Keputihan: Sebatian yang di rembes oleh sistem peranakan wanita



Maka daripada definisi tersebut dapat difahami keputihan yang keluar dari sistem peranakan wanita terdiri daripada;



1) Lembapan faraj: Sedikit lembapan yang didapati oleh seorang wanita apabila meletakkan kain di farajnya.



2) Al-Qassah al-Baido’: Berkata Imam al-Zailaie t: Sesuatu yang seperti benang putih(bertali) yang keluar dari kemaluan wanita pada hari terakhir haidnya. Sebagai tanda wanita itu telah suci.



Sebahagian ulama mengatakan: Air putih yang keluar pada akhir tempoh haid.



3) Mazi: Lendir lembut yang likat yang keluar dari qubul tanpa memancut ketika bersyahwat.



4) Wadi: Lendir lembut putih yang keluar setelah kencing atau keletihan.



5) Mani: Lendir likat yang keluar dari kemaluan ketika kemuncak syahwat. Mani wanita kuning dan lembut.



Semua ini merupakan istilah khusus di kalangan fuqaha berhubung lendir selain darah yang keluar dari sistem peranakan wanita. Di dalam bahasa awam ia dipanggil keputihan. Berkenaan mazi, wadi dan mani tidak dibahaskan di sini kerana sifat dan kriteria air tersebut dapat dikenali dan dibezakan di antara satu sama lain dan hukum mengenai keduanya jelas di sisi kita.



Perbahasan hanya menjurus yang pertama dan kedua (lembapan faraj & Al-Qassah Al-Baido’) kerana ini yang dimaksudkan dengan keputihan di dalam bahasa orang ramai.



KEADAAN KEPUTIHAN YANG KELUAR DARI SEORANG WANITA



Terdapat tiga keadaan keputihan yang keluar dari sistem peranakan seorang wanita;



1) Normal: Faraj mengeluarkan lendir tidak berwarna dan tidak berbau. Ia berfungsi sebagai pelindung semula jadi dengan cara mengurangkan geseran dinding faraj ketika berjalan dan ketika saat melakukan hubungan seks. Dalam keadaan normal lendir ini dominan dan tidak berlebihan, hanya sekadar untuk menjaga ekosistem faraj. Lendir jenis ini tidak keluar dari sistem peranakan wanita dan tidak dipermasalahkan oleh para wanita. Ia seumpama air liur yang sentiasa berada di dalam mulut.



2) Normal: Keadaannya sepertimana yang pertama. Akan tetapi kadarnya agak berlebihan sehingga ianya meleleh keluar dari sistem peranakan seorang wanita. Ini yang dinamakan keputihan mengikut bahasa awam dan dipermasalahkan oleh para wanita mengenai hukum berkenaannya. Keputihan ini keluar pada ketika;



- Tanda suci dari haid.

- Keluar sebelum kedatangan haid.

- Keluar ketika hamil.

- Keluar ketika waktu subur.

- Ketika persetubuhan dan naik syahwat. (Keputihan ini dikeluarkan dari bibir faraj)

- Mencantumkan di antara benih lelaki dan wanita dan sebagai pembekal makanan kepada benih lelaki yang berada di dalam rahim. (Keputihan ini dikeluarkan oleh pangkal rahim)

- Keluar ketika dalam kemurungan atau kegembiraan teramat sangat.

- Selepas menopaus.



3) Tidak normal: Keadaan ini berlaku apabila keputihan yang keluar terlalu banyak dan berlaku perubahan pada warna, bau dan rasa gatal. Lendir menjadi kekuningan sehingga kehijauan, rasa gatal, luka bibir faraj, terlalu kental dan berbau. Keadaan ini memerlukan rawatan doktor.



Dari sini dapat difahami bahawa keputihan adalah lembapan faraj yang dimaksudkan oleh fuqaha di dalam kitab-kitab mereka. Lembapan faraj yang normal seumpama peluh pada kulit kita masing-masing. Apabila lembapan ini di rembes secara berlebihan oleh badan, maka awam menamakannya sebagai keputihan.



Adapun keputihan yang keluar sebagai petanda sucinya wanita daripada haid disebut di dalam istilah khusus fuqaha sebagai Al-Qassoh Al-Baido’. Setiap wanita dapat mengetahui dirinya telah tamat tempoh haid dengan dua keadaan; Sama ada dengan keluarnya keputihan atau kering dari darah haid dengan cara dimasukkan kapas ke dalam kemaluan dan kapas itu tidak dicemari dengan darah haid. Ini berdasarkan hadis Saidatina Aisyah g yang diriwayatkan oleh Bukhari:



كُنَّ نِسَاءٌ يَبْعَثْنَ إِلَى عَائِشَةَ بِالدُّرَجَةِ فِيهَا الْكُرْسُفُ فِيهِ الصُّفْرَةُ فَتَقُولُ لَا تَعْجَلْنَ حَتَّى تَرَيْنَ الْقَصَّةَ الْبَيْضَاءَ

Maksudnya: Sekumpulan wanita pergi bertemu dengan Saidatina Aisyah dengan kapas yang terdapat kekuningan padanya. Maka berkata Saidatina Aisyah: Jangan kalian gopoh, sehinggalah kalian melihat lendir putih.



Ibn Hajar menyebut di dalam Fath Bari: Al-Qassah ialah air putih yang dikeluarkan oleh rahim apabila berakhir tempoh haid.



Berkata Imam Malik: Aku pernah bertanya wanita mengenai lendir putih tersebut. Ia merupakan perkara yang makruf yang para wanita mengetahuinya ketika bersih daripada haid.



KAWASAN YANG MENGELUARKAN KEPUTIHAN


Terdapat empat tempat yang mengeluarkan keputihan bagi wanita;



1) Vulva (Bibir faraj)

2) Vagina (Faraj)

3) Cervix (Pangkal Rahim)

4) Uterus (Rahim).




Kawasan yang paling banyak mengeluarkan keputihan yang berlebihan jika berlaku perubahan hormon ialah pangkal rahim dan faraj.



PERANAN KEPUTIHAN NORMAL KEPADA WANITA



Keputihan yang normal berperanan sebagai;



1) Melembap

2) Membersihkan

3) Penyediaan medium pH yg sesuai utk badan dan peranakan

4) Cairan semula jadi yang membantu ketika berlaku persetubuhan.

5) Membersihkan sistem peranakan dan membuang sel-sel lama dan mengganti dengan yang baru.



Di dalam Subul as-Salam menukilkan ucapan para doktor: Sesungguhnya air putih ini (Al-Qassah) yang datang setelah haid sebagai melembutkan dinding rahim. Dinding rahim dibalut dan melembut dengan air ini sebagai persediaan menyambut benih baru setelah membuang benih lama yang tidak disenyawakan. Mereka berkata: Ia sebagai katil dan hamparan kepada tetamu yang ditunggu.



Berbaki persoalan untuk dijawab:



1) Adakah keputihan itu membatalkan wuduk

2) Adakah keputihan itu najis



PERKARA MEMBATALKAN WUDUK



Terdapat 4 perkara yang membatalkan wuduk di dalam Mazhab kita Imam Syafie;



1) Keluar sesuatu dari qubul atau dubur kecuali mani

2) Hilang akal kecuali tidur tetap papan punggung

3) Sentuh kulit lelaki dan wanita tanpa lapik

4) Menyentuh kemaluan anak Adam dengan telapak tangan.



- Apakah qubul bagi seorang wanita?



Jelas kepada kita semua tanpa diperjelaskan qubul wanita berbeza dengan qubul bagi seorang lelaki. Penjelasan berkenaan ini penting agar tidak meletakkan hukum yang berlainan pada tempat yang sama.



Berkata al-Khatib Syarbini: Para Fuqaha menggunakan bahasa “keluar dari dua jalan” sekadar mengikut kebiasaan kerana hakikatnya bagi wanita terdapat tiga jalan. Dua di qubul dan satu di dubur.



Dua saluran qubul yang dimaksudkan bagi wanita ialah saluran peranakan dan saluran kencing.



- Apakah semua yang keluar dari qubul membatalkan wuduk?



Para Fuqaha membahagikan benda yang keluar dari qubul dan dubur dengan;



1) Kebiasaan keluar melalui jalan tersebut seumpama tahi, air kencing, angin, mazi dan wadi. Adapun keluar mani tidak membatalkan wuduk.



2) Jarang-jarang keluar dari qubul dan dubur seumpama batu, cacing, kencing tidak lawas dan istihadah.





Pada pandangan Syafieyah batal wuduk jika keluar sesuatu dari qubul atau dubur sama ada benda yang menjadi kebiasaan keluar dari situ atau tidak. Hanya sanya terdapat perbincangan Ulama selain Syafieyyah pada benda yang tidak menjadi kebiasaan yang keluar dari qubul atau dubur seumpama batu, cacing dan seumpamanya. Maka dapat disimpulkan di sini, keputihan yang keluar merupakan salah satu di antara perkara yang membatalkan wuduk.



ADAKAH KEPUTIHAN ITU NAJIS?



Berselisih ulama pada hukum keputihan berdasarkan definisi yang diberikan oleh mereka berhubung keputihan: Air yang berada di antara mazi dan peluh.



1) Kelompok yang mengatakan unsur peluh lebih banyak di dalam keputihan mengatakan ia bersih. Ini kerana peluh bersih dan tidak najis. Ini berdasarkan hadis Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh Muslim:



عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ دَخَلَ عَلَيْنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ عِنْدَنَا فَعَرِقَ وَجَاءَتْ أُمِّي بِقَارُورَةٍ فَجَعَلَتْ تَسْلِتُ الْعَرَقَ فِيهَا فَاسْتَيْقَظَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا أُمَّ سُلَيْمٍ مَا هَذَا الَّذِي تَصْنَعِينَ قَالَتْ هَذَا عَرَقُكَ نَجْعَلُهُ فِي طِيبِنَا وَهُوَ مِنْ أَطْيَبِ الطِّيبِ

Maksudnya: Baginda Nabi masuk kepada kami dan tidur qailulah. Baginda berpeluh ketika tidur. Maka ibu ku datang dengan membawa bekas lalu menadah peluh baginda ke dalam bekas tersebut. Baginda Nabi terjaga dan berkata: Wahai Umma Sulaim, apa yang sedang engkau lakukan. Dia menjawab: Ini peluh mu. Kami ingin menjadikannya ia minyak wangi kami dan ia merupakan sebaik-baik wangian.



2) Kelompok yang mengatakan unsur mazi lebih banyak di dalam keputihan mengatakan ia najis. Ini berdasarkan hadis Sayidina Ali yang diriwayatkan oleh Muslim:



عَنْ عَلِيٍّ قَالَ كُنْتُ رَجُلًا مَذَّاءً وَكُنْتُ أَسْتَحْيِي أَنْ أَسْأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمَكَانِ ابْنَتِهِ فَأَمَرْتُ الْمِقْدَادَ بْنَ الْأَسْوَدِ فَسَأَلَهُ فَقَالَ يَغْسِلُ ذَكَرَهُ وَيَتَوَضَّأُ



Maksudnya: Aku lelaki yang sentiasa keluar air mazi. Aku malu untuk bertanya baginda Nabi J kerana aku menantu baginda. Aku meminta al-Miqdad bin Aswab untuk bertanya baginda. Baginda menjawab: Hendaklah dia membasuh kemaluannya dan berwuduk.



Dari hadis ini jelas menunjukkan mazi najis dan membatalkan wuduk.



Kelompok yang mengatakan lembapan/keputihan menyamai peluh lebih kuat. Maka daripada apa yang telah disebutkan dapat disimpulkan sebagaimana yang disebut di dalam Nihayah al-Muhtaj & Tuhfah al-Muhtaj (dua kitab muktabar di dalam Mazhab Syafie):



Keputihan itu terdapat tiga jenis:



1) Bersih. Iaitu yang berada di tempat yang terzahir ketika duduk bagi seorang wanita. Kawasan yang wajib dibasuh ketika mandi junub dan istinjak.

(Keputihan yang datang dari bibir faraj /vulva).

2) Najis. Keluar dari dalam faraj. Iaitu kawasan yang melebihi kadar yang boleh dicapai oleh zakar.

(Keputihan yang datang dari pangkal rahim/cervic dan rahim/uterus)

3) Bersih mengikut pendapat terkuat. Dari kawasan yang mampu dicapai oleh zakar.

(Keputihan yang datang dari faraj/vagina. Panjang vagina dalam 7-9 cm).



Di sini dapat kita memahami kaedah ulama yang mengatakan setiap benda yang mengalir di dalam tubuh benda hidup hukumnya najis. Seumpama darah, muntah, kencing dan lain-lain.



- Kemungkinan ada yang mempersoalkan, kenapa dihukum bersih keputihan/lembapan yang datang dari kawasan yang boleh dicapai oleh zakar sedangkan ia termasuk kawasan di dalam tubuh manusia?. Penulis tambah di sini fatwa Ibn Hajar al-Haitami di dalam kitabnya al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah berhubung masalah tersebut:



“Soalan: Keputihan/lembapan yang secara nas mengatakan ianya bersih, apakah termasuk keputihan yang didapati ketika berjimak yang kadang-kadang ianya keluar, ataupun ia tidak termasuk kategori bersih?



Jawapan: Secara jelas sesungguhnya lembapan faraj haiwan (termasuk manusia) yang bersih, juga bersih jika ia berada di zahir. Iaitu yang didapati di antara dua bibir faraj. Sama hukum bersih sama ada masih di bibir faraj atau yang telah berpindah.

Berlainan hukumnya lembapan yang datang dari dalam iaitu yang datang dari belakang bibir faraj. Ianya najis akan tetapi tidak dikatakan najis kecuali setelah berpindah dari tempat asalnya (dalam faraj). Ini kerana setiap yang masih berada di dalam rongga tidak dihukumkan dengan najis kecuali setelah berpisah dari tempat tersebut.



Bertitik tolak daripada situ tidak dikatakan najis zakar individu yang bersetubuh kerana asal normal keadaan tidak akan meleleh keluar lembapan dari dalam faraj. Jika diyakini keluar lembapan itu ketika jimak maka najislah bibir faraj dan zakar yang menyetubuhinya. Maka lembapan yang keluar ketika jimak;



1) Diyakini datang dari zahir

2) Syak sama ada datang dari zahir atau dari dalam. Kedua-dua keadaan ini dihukumkan ia bersih



Jika diyakini ia datang dari dalam maka lembapan itu najis.”



KESIMPULAN



1) Keputihan yang keluar tidak semestinya penyakit. Keputihan yang normal atau tidak dapat diketahui oleh wanita itu sendiri

2) Keputihan/lembapan yang berada di bibir faraj bersih sama ada terpisah dari bibir faraj atau tidak. Ia menyamai peluh di anggota badan. Ini pendapat terkuat di kalangan Syafieyah.

3) Keputihan yang datang dari kawasan dalam faraj tidak dihukumkan najis kecuali terpisah dari kawasan asalnya.

4) Jika meragui sama ada lembapan/keputihan dari bibir faraj atau dalam faraj, maka hukumnya bersih.

5) Jika pasti lembapan/keputihan dari dalam faraj sepakat ulama syafieyah mengatakan ia najis.

6) Keputihan yang keluar dari dalam rongga peranakan sehingga membasahkan pakaian dalam membatalkan wuduk kecuali pakaian dalam dilembapkan oleh lendir dari bibir faraj. Ini tidak membatalkan wuduk.



Nota hujung: Dikatakan di antara punca masalah keputihan (tidak normal) yang berlebihan sehingga keputihan yang keluar menjadi kekuningan sehingga kehijauan dan berbau busuk yang menimpa para wanita adalah disebabkan memakan kubis bulat atau kuahnya. Kesannya boleh membawa kegatalan, rasa sakit, tidak selesa dan jangkitan kuman kepada kemaluan wanita tersebut. Jika masalah ini serius ia boleh membawa kepada penyakit kanser pangkal rahim, kemandulan dan Migrain.



Allahu A’lam


Isnin, 1 Jun 2009

Bahaya merokok

Berhenti Merokok
Apakah baiknya berhenti merokok?
• Pernafasan bertambah baik
• Stamina meningkat
• Lebih sihat
• Lebih diterima oleh masyarakat
• Mengurangkan bahaya merokok terhadap kesihatan
• Melindungi orang lain dari bahaya merokok
• Menjimatkan wang• Melindungi persekitaran
Mengapa susah untuk berhenti?
• Nikotine dalam tembakau menyebabkan ketagihan
• Kesan merokok yang menyeronokkan (contoh : merasa lebih segar dan tidak mengantuk) adalah kesan serta merta tetapi tidak lama (lebih segar , degupan jantung bertambah)
• Merasa letih dan murung apabila tidak merokok• Merasa gelisah dengan gejala gian yang lain
• Mengatasi gian dan keinginan merokok


Bagaimana cara berhenti merokok?
• Menyedari anda mepunyai masalah.
• Membuat keputusan.
• Menetapkan tarikh berhenti merokok.
• Elakkan pengaruh untuk merokok.
• Minta bantuan dari rakan anda.
• Cari aktiviti yang lebih baik untuk dilakukan.
• Rancang hari hari tidak merokok anda.
• Bina keyakinan diri.
• Buat peringatan bertulis mengingatkan anda untuk berhenti merokok / diari berhenti merokok.

• Direktori berhenti merokok (Klinik kerajaan - www.infosihat.gov.my, Laman web Malaysia - www.notobacco.org).
Petua mengatasi keinginan merokok.
• Tarik nafas panjang
• Minum air
• Membuat kerja lain
• Mengunyah sesuatu (seperti gula getah)
• Mandi
• Basuh tangan
• Senaman ringan ( contoh : regangan)
• Sembahyang / meditasi
SASARAN INDUSTRI TEMBAKAU
Pengenalan
• Seramai 8,000 perokok diseluruh dunia mati setiap hari akibat penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.
• Untuk mengekalkan keuntungan, industri tembakau perlu mencari perokok baru bagi menggantikan mereka yang telah mati.
• Usia muda merupakan sasaran yang tepat.
• Sekiranya remaja mula merokok, peluang untuk mereka terus mengekalkan tabiat merokok sehingga dewasa adalah tinggi.
Apakah matlamat industri tembakau?
Menipu dan memutarbelitkan masyarakat supaya merokok. Terutamanya kanak-kanak dan belia. Belia yang ketagihan merokok, akan menggantikan perokok dewasa yang telah berhenti merokok atau meninggal dunia.
Bagaimana industri tembakau mempengaruhi anda supaya merokok?
Strategi industri tembakau adalah seperti berikut :
• Lebih matang dan dewasa
• Canggih
• Riang
• Bergaya
• Tenang
• Diterima ramai
Menjadikan rokok :
• Mudah diperolehi
• Boleh dibeli dengan harga yang murah
• Boleh dibeli dengan satu batang rokok sahaja
Meyakinkan bahawa rokok boleh membantu anda :
• Menikmati keseronokan yang lebih
• Merasa lebih tenang
Menyembunyikan fakta sebenar bahawa rokok :
• Mendatangkan ketagihan
• Membahayakan kesihatan anda
• Menyebabkan kematian lebih awal dari sepatutnya
Melalui promosi rokok, menarik belia menghadiri :
• Konsert / panggung wayang
• Majlis / perjumpaan sosial
• Papan iklan
• Media bercetak/ media elektronik
Bagaimana untuk mengelak dari dipengaruhi industri tembakau?
Jika ya, anda perlu memperkasakan diri anda
• Bagaimana?
• Disini, disenaraikan kaedah bagaimana menyalurkan kemarahan anda
o Jadilah penggerak "Anti-Tembakau" di kalangan remaja
o Suarakan pendapat anda
o Ketahuilah, sekiranya anda bersatu menentang pengaruh industri
o Berinteraksilah atas talian (on-line)
FAKTA MENGENAI TEMBAKAU DAN MEROKOK
Mengapa tembakau dan merokok menjadi isu utama?
• Tembakau adalah satu-satunya bahan pengguna yang dibenarkan di sisi-sisi undang-undang tetapi boleh mendatangkan ketagihan dan membunuh separuh dari penghisapnya
• Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun
• Lebih kurang 63 dari bahan kimia tersebut boleh menyebabkan barah
Apakah jenis-jenis bahan merokok dari tembakau?
Merokok boleh dalam bentuk berikut :
• Rokok
• Cerut
• Tembakau paip
• Seesha
Adakah terdapat data mengenai kesan merokok di Malaysia?
• Lebih kurang 50% lelaki Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perokok
• Lebih kurang 20% remaja adalah perokok
• 85 % remaja akhirnya menjadi ketagih kepada rokok
• Dianggarkan 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan dengan merokok
Apakah yang menyebabkan ketagihan rokok?
• Rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti juga heroin dan kokain
• Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan
Mengapa merokok merbahaya?
Merokok merbahaya kerana :
• Tembakau mempunyai hubungkait yang rapat sebagai penyebab penyakit seperti barah dan penyakit jantung
• Boleh terjebak dalam penyalahgunaan dadah
Bagaimana merokok itu membahayakan?
• Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 jenis bahan kimia beracun
• Lebih kurang 63 dari bahan kimia di atas boleh menyebabkan barah
Adakah kesan buruk merokok hanya tertumpu kepada perokok atau juga orang lain?
Ya, orang lain boleh menjadi perokok pasif secara tidak langsung jika :
• Terhidu asap yang keluar dari perokok. Kesan yang tidak diingini adalah sama iaitu penyakit lelah, penyakit jantung dsb.
Apakah bahan kimia yang merbahaya dalam asap rokok?
Daripada 4000 bahan beracun dalam asap rokok, yang biasa dikenali adalah seperti berikut :
• Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
• Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
• Napthylamine (ubat gegat)
• Arsenik (racun anai-anai)
• Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
• Kadmium (terdapat dalam bateri)
• DDT (Ubat nyamuk)
• Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
• Butane (gas yang boleh membunuh)
• Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
• Hydrogen cyanide (racun)
• Toluene (bahan pelarut)
• Carbon Monoxide (gas beracun)
Apakah penyakit yang membawa maut dan dikaitkan dengan tabiat merokok?
• Penyakit saluran pernafasan: lebih 10-20 kali ganda
• Barah paru-paru: lebih 10-15 kali ganda
• Barah paydara: lebih 11 kali ganda
• Barah hidung dan tekak: lebih 5-15 kali ganda
• Barah mulut: lebih 3-15 kali ganda
• Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda
• Sakit Jantung: lebih 1.5-3 kali ganda
• Barah Buah Pinggang: lebih 1.5-3 kali ganda
• Ulser Perut: lebih 2 kali ganda
• Angin Ahmar: lebih 2-3 kali ganda
Adakah perokok pasif kurang bahaya?
Tidak, ianya lebih merbahaya kerana :
• Berbanding dengan asap yang dihisap oleh perokok, asap yang disedut oleh perokok pasif mengandungi :
o 2 kali ganda nikotin
o 3 kali ganda tar
o 5 kali ganda karbon monoksida
o 50 kali ganda bahan kimia merbahaya
Adakah undang-undang dan peraturan berkaitan merokok?
Ya, adalah menjadi kesalahan jenayah bagi remaja untuk merokok, membeli rokok atau memiliki bahan yang dihasilkan dari tembakau. Merokok adalah dilarang di tempat-tempat awam seperti berikut :
• Sekolah
• Hospital dan klinik
• Bangunan-bangunan kerajaan
• Lif
• Kapalterbang
Bila merokok dianggap sebagai ketagihan?
• Seseorang mengalami rasa tidak selesa dan ketagih untuk merokok apabila tidak merokok
• Di antara tanda-tanda ketagihan adalah :
o Tanda fizikal :
 Gelisah
 Menggeletar
 Degupan jantung lebih laju
 Pernafasan cetek / tidak dalam
o Corak pemikiran :
 Gian untuk menghisap rokok
 Berasa risau, gelisah dan bimbang
 Tidak boleh menumpukan perhatian
o Corak Emosi :
 Mudah marah
 Mudah runsing
 Rasa bimbang
 Gelisah
o Pola kelakuan :
 Kehadiran ke sekolah merosot dan kurang disiplin
 Tercicir dari sekolah
 Perubahan sikap dan tingkah laku
 Terlibat dalam kegiatan jenayah seperti mencuri untuk membiayai tabiat merokok
BERKATA "TIDAK" KEPADA MEROKOK
Mengapa anda perlu berkata "Tidak"?
Adalah penting berkata "Tidak" kepada merokok sebelum ia menjadi tabiat atau menjadi ketagih.
Bagaimana anda berkata tidak kepada merokok?
• Jika semua rakan anda merokok dan anda tidak mahu seperti mereka, adalah susah untuk mengatakan "tidak", tetapi menjadi orang yang tidak merokok adalah hak anda.
• Tiada seorang pun yang mahu disisihkan, tetapi kesihatan anda adalah lebih penting.
• Strategi yang berlainan mungkin sesuai untuk orang yang berlainan.
• Sesetengah orang merasa mudah menyatakan tidak tanpa memberi penjelasan. Orang lain pula berpendapat memberi penjelasan lebih baik (cth."Saya tidak mahu merokok" atau "Pakcik saya mati disebabkan merokok")
• Jika anda tidak selesa untuk berkata tidak kepada kawan-kawan anda, minta ibubapa anda atau orang dewasa lain membantu anda mengatakan tidak.
• Mungkin seorang remaja boleh berkata "Bapa saya tidak membenarkan saya merokok" "Jurulatih bolasepak saya akan membuang saya dari pasukan jika saya merokok" .
• Yang penting anda perlu bertegas bila berkata "tidak" tanpa melukai hati/perasaan orang lain.
Bagaimana anda bertegas diri?
• Nyatakan pendirian anda. Beritahu mereka bahawa anda tidak berhajat untuk merokok.
• Nyatakan alasan anda. Beritahu mereka alasan anda mengapa tidak merokok.(contoh: merokok membahayakan kesihatan saya).
• Saling memahami. Biarlah orang lain tahu yang anda memahami perasaan orang lain.
Bagaimana anda menyampaikan keputusan anda?
• Gunakan kemahiran tanpa lisan yang betul. (ekspresi muka, gaya badan dsb.)
• Berikut beberapa panduan/petua untuk anda menjadi lebih tegas.
o Kelantangan suara. Jangan berbisik atau bercakap tidak jelas. Bercakap dengan nada suara yang jelas dan meyakinkan.
o Kontak mata. Jangan memandang ke tempat lain apabila bercakap dengan seseorang. Pandang terus ke mata seseorang semasa bercakap
o Ekspresi muka . Pastikan ekspresi muka anda bersesuian dengan apa yang anda perkatakan.(contoh jangan senyum ketika anda hendak memberitahu yang anda marah).
o Jarak. Tentukan jarak yang sesuai apabila anda bercakap dengan seseorang. (sebagai contoh, berada dijarak yang jauh jika anda hendak beredar atau berada dijarak yang dekat untuk menimbulkan kemesraan.
Bagaimana mengatakan "Tidak"?
Teknik Contoh
• "Tidak" yang mudah • "Tidak" atau "Tidak, terima kasih."
• Beritahu yang benar • "Tidak, terima kasih, saya tidak merokok"
• Beri alasan • "Tidak, terima kasih, saya perlu pergi segera ke tempat lain."
• Menukar subjek perbualan • Katakan "tidak" dan teruskan bercakap perkara lain
• "Tidak, terima kasih. Hey. Anda tengok perlawanan malam tadi tak?"
MITOS DAN FAKTA-FAKTA BERKENAAN MEROKOK
Mengapa remaja merokok?
Terdapat banyak sebab remaja merokok dan ianya diklasifikasikan mengikut :
Peribadi :
• Ingin tahu atau ingin mencuba
• Ingin membuktikan dirinya sudah matang untuk merokok
• Merasa rendah diri
• Mempercayai mitos merokok
• Memberontak
Sosial :
• Tekanan rakan sebaya
• Dicabar oleh kawan-kawan supaya merokok
• Mencontohi ibu bapa /penjaga atau saudara mara yang merokok
• Mencontohi idola popular yang juga perokok
Persekitaran :
• Pengaruh media (contoh : iklan)
• Mudah diperolehi
• Boleh dibeli
Mitos dan kebenaran mengenai merokok
Mitos Kebenaran/kenyataan
• Merokok tidaklah membahayakan seperti mana yang didakwa sesetengah orang • Kebanyakan pakar kesihatan bersetuju bahawa merokok adalah salah satu penyebab kematian dan ketidakupayaan yang serius di Malaysia.

• Berhenti merokok adalah mudah • Ramai yang gagal untuk berhenti merokok walaupun setengah dari perokok telah cuba berhenti sekurang-kurangnya sekali.

• Saya tidak perlu bimbang tentang akibat buruk merokok sehingga apabila saya tua.
• Merokok adalah sesuatu yang memberi kesan kepada anda sekarang.
• Ianya memberikan kesan fizikal kepada anda dengan :
o Mengurangkan keupayaan anda dalam menjalankan aktiviti-aktiviti berat
o Meningkatkan paras karbon monoksida di dalam badan anda
o Mengubah warna gigi dan jari anda dan mengurangkan deria rasa anda
o Menyebabkan anda barbau asap rokok
o Membelanjakan wang sebanyak RM500 setahun jika anda merokok 40 batang seminggu
• Merokok menjadikan saya dewasa. • Remaja yang tidak merokok didapati lebih matang.
• Merokok membolehkan saya mendapat kawan • Remaja yang tidak merokok akan mendapat lebih ramai kawan kerana sebahagian besarnya kebanyakan remaja tidak merokok.
• Merokok memberikan saya inspirasi • Ramai remaja yang merokok lebih mudah terlibat dalam kegiatan negatif yang berbahaya dan menyalahi undang-undang
• Merokok nampak macho dan bergaya • Merokok menjadi semakin kurang diterima masyarakat. Tempat awam adalah kawasan larangan merokok. dan telah dilarang di kebanyakan tempat awam di Malaysia. Merokok juga menggalakkan penuaan.
• Curut lebih selamat dari rokok • Curut tidak mempunyai penapis dan meningkatkan kesan kesihatan yang negatif walaupun ia tidak disedut sehingga ke dalam paru-paru.
• Tembakau yang tidak dibakar adalah lebih selamat • Tembakau yang tidak dibakar ialah semua jenis tembakau yang di kunyah, dihidu atau dihisap. Ia meningkatkan risiko mendapat barah mulut dan tekak.
AKIBAT MEROKOK
Bagaimana merokok mendatangkan kesan ke atas tubuh badan anda?
• Mempunyai kedua-dua kesan jangka pendek dan jangka panjang
• Bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok boleh merosakkan beberapa organ dalam tubuh badan kita
Apakah kesan-kesan jangka pendek?

Otak
-
Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya
Telinga - Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak
Mata - Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan
Mulut - Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak
- Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut
- Gigi menjadi kuning
Hidung - Mengurangkan deria bau
Kulit - Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut
Paru-paru - Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan

Apakah kesan-kesan jangka panjang?
• Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
• Penyakit Jantung
• Angin Ahmar / Strok
• Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
• Penyakit mulut dan gusi
• Ulser (perut, peptic)
• Osteoporosis
• Kemandulan (tidak boleh hamil)
• Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
• Mati pucuk
Selain membahayakan kesihatan diri, apakah keburukan merokok yang lain?
Merokok juga boleh mencemarkan persekitaran
• Puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan persekitaran seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes
• Menyebabkan pencemaran udara
• Perokok pasif (Menyedut/menghidu asap rokok dari orang lain yang merokok), juga boleh menyebabkan penyakit lelah di kalangan kanak-kanak
• Menyumbang sebanyak 25% kepada kes kebakaran

luar biasa baik

Tongkat Ali : Sedap tapi memberi kesan.

Siapa tak kenal Tongkat Ali? Tongkat Ali adalah minuman yang popular pada waktu ini. Dahulu semua tak tau macam mana rasenya tongkat ali. Tetapi setelah di komersialkan ianya menjadi minuman kegemaran ramai. Di mana-mana kita akan jumpa minuman tongkat ali. Sampaikan kat vending machine pun ada tongkat ali.



Ada yang menjadikan tongkat ali sebagai minuman harian. Minuman rutin. Segalanya mesti dengan tongkat ali. Tetapi ader pelbagai cerita aku dengar mengenai keburukan mengamalkan minuman tongkat ali. Cerita pertama adalah dari saudara aku sendiri. Dua tahun lepas Tongkat Ali adalah minuman utamanya setiap masa. Dari pagi, Petang sampai ke malam mesti kena tongkat ali. Kalau berjalan pun mencari tongkat ali. Baik secawan tongkat ali ataupun tongkat ali di dalam tin.

Minggu lepas aku jumpa dengan dia. Seperti biasa lepak minum dia mesti order tongkat ali. Tetapi sekarang tidak lagi. Aku pun pelik. Kenapa dia tak minum tongkat ali lagi. Rupa-rupanya, semasa dia mengamalkan minuman tongkat ali, kepala sering terasa pening. Pergi cek dengan doktor, dia ada darah tinggi. Doktor menasihatkan agar dia tidak mengamalkan minuman tongkat ali. Sekarang dia tidak mengamalkan lagi minuman tongkat ali. Apa keputusannya? Segala sakit pening semuanya hilang. Darah tinggi pun dah berkurangan.

Cerita kedua, datangnya dari member aku sendiri. Dia di masukkan ke hospital kerana buah pinggangya tidak berfungsi dengan baik. Sebelah daripada buah pinggangnya tidak berfungsi dengan normal. Dia sering sakit-sakit kepala yang kronik dan sakit belakang. Sehinggakan kecing berdarah. Bila doktor tanya, bagaimana pemakanan harian dia. Dia makan seperti biasa sahaja. Doktor tanya lagi, adakah dia minum tongkat ali? Dia menjawab, tongkat ali adalah minuman rutin hariannya. Dia mengamalkannya sejak 2 tahun lalu. Nasihat yang sama dari doktor seperti cerita pertama, kurangkan dan jangan amalkan minuman tongkat ali setiap masa.

Doktor juga menerangkan, sebenarnya tongkat ali tidak elok di buat minuman rutin harian. Ia sebenarnya minuman untuk ubat-ubatan seperti orang dulu-dulu lakukan. Dia juga tidak menggalakkan pengambilan minuman tongkat ali secara berterusan. Bukan tak boleh minum, tetapi tidak kerap. Sekali sekala itu di benarkan. Jadi di sebalik kesedapan tongakt ali yang mampu memberikan tenaga, ada juga kelemahannya dan ianya tidak elok untuk kesihatan kita. Jadi timbang-timbang dan fikir-fikirkanlah.

Sabtu, 23 Mei 2009

KEMANISAN GULA

Apakah sebenarnya gula?

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!


Adakah badan kita perlukan gula?

Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?

1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser

DUBUR
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah

HAMIL
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein

TUBUH
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer

Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?

Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;
>Glukosa
>Fruktosa
>Laktosa
>Maltosa
>Sukrosa
>Sirap Glukosa
>Sirap maple
>Molases
>Sirap hitam
>Sirap kencana
>Dektrosa
>Sorbitol

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?

1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8) Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!

Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?

Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis
yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Robert Kuok,Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.
Semasa saya di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak mesti mau manis punya, disogok pula iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.
Untuk kata-kata akhir edisi kali ini, saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi selangkah! Kurangkan manis dalam minuman dan makanan, tambahkan manis dalam senyuman dan pergaulan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More