Rabu, 6 April 2011

Dunia Semakin Ke Penghujungnya






Arus globalisasi kini semakin melewati pelbagai kancah kemusnahan. Rata-rata apa yang berlaku seluruh dunia kini seakan memberi satu isyarat betapa dunia sekarang kian memacu perubahan dan sudah sampai ke penghujungnya. Fenomena ini secara tidak langsung akan memperlihatkan sejauh mana keprihatinan manusia dengan pelbagai kejadian yang berlaku akhir-akhir ini.

Tunisia


Tidak ketinggalan juga , peristiwa kebangkitan rakyat di Tunisia yang menjadi perintis betapa ampuhnya suara rakyat. Mereka yang dizalimi mengatur langkah untuk bangun daripada terus dijadikan boneka kepada pemerintah yang kehidupannya bertuhankan keseronokkan dan kekayaan semata-mata.

Segala hasil daripada rakyat dipergunakan demi kepentingan sendiri sehinggakan peratus penganggur terus meningkat.

Revolusi Mesir


Begitu juga pergolakkan yang telah berlaku di Mesir , hampir 30 tahun Hosni Mubarak menerajui kepimpinan dan selama tempoh tersebut rakyat Mesir mengalami pelbagai tekanan demi tekanan. Penyelewengan dan konspirasi pengaruhnya membuatkan semangat anak-anak muda Mesir membuak-buak dalam membela nasib mereka. Tidak sanggup lagi dijadikan hamba kepada seorang diktator.

Oleh kerana yang demikian, keinginan rakyat yang mahukan kepimpinan untuk tunduk pada suara rakyat akhirnya tercapai juga.

Ketika manusia leka dengan kenikmatan dunia, Allah datangkan tanda sebagai isyarat agar manusia tidak terpesong jauh daripada landasan sebenar. Pelbagai lagi peristiwa dan kejadian akhir-akhir ini, telah membuka minda dan pemikiran ramai pihak betapa umur dunia ini semakin tua.

Bukan itu sahaja, masyarakat Muslim kini semakin berani untuk memperjuangkan hak dan maruah tanpa sekelumit gentar berdepan musuh sepertimana yang berlaku di Libya.

Pergolakan Libya

Ketika pergolakkan Mesir masih lagi bersisa, perkhabaran di Libya menyusul.Kepimpinan Muammar Gadafi menjadi pertikaian. Maka berlakulah siri peperangan antara rakyat pemerintah. Kezalimannya lebih menyerlah apabila orang awam juga menjadi korban akibat pertelingkahan tersebut.

Rakyat Libya mengatur stratergi menakluki beberapa kawasan dan kubu kuat pertahanan pemimpin itu. Namun sehingga kini , sukar untuk dijangka pengakhirannya apabila wujudnya pihak yang ketiga mula campur tangan. Kehendak rakyat agar beliau berundur semakin lesu dan kini bumi Libya dihidangkan muntahan peluru dan bidik tembakan saban waktu.

Tsunami Jepun


Variasi kemusnahan alam, suatu ketika dahulu pernah menggemparkan dunia kini berulang kembali . Sekali lagi tsunami melanda Jepun dengan meragut ribuan nyawa di negara tersebut selepas kejadian yang sama berlaku di Acheh, Indonesia.

Pelbagai andaian telah ditafsirkan oleh manusia, namun apakah manusia sekadar bahawa percaturan Allah mengatasi segalanya. Gegaran yang berlaku dengan 8.9 magnitud pada skala ritcher dan ombak setinggi 10 meter memusnahkan beberapa bandar disekitar kawasan pantai Perairan timur lautan Miyagi dan Pulau Honshu yang jumlah penduduknya sekitar 30 juta orang.

Akibat kejadian tersebut kerosakkan berlaku dibandar itu dengan terputusnya bekalan elektrik dan ditenggelami air pada beberapa kawasan.

Banjir Di Thailand

Banjir yang melanda Thailand baru-baru ini juga merupakan salah satu bukti kekuasaan Allah SWT.Bencana tersebut meragut 21 nyawa dan ribuan nyawa terkandas. Hampir sejuta penduduk di wilayah tersebut mengalami musibah yang berlarutan sehingga seminggu.

Sentimen Anti Islam

Kesan daripada peristiwa 11 September 2001 yang lalu, memberi tamparan hebat kepada umat Islam di Amerika. Kadar diskriminasi ditempat kerja yang meningkat 150 peratus dengan melibatkan etika pemakaian dan jadual solat manakala pemuda-pemuda Islam pula dijadikan bahan cacian dan hinaan kawasan setempat. Sentimen anti Islam mula meningkat membabitkan beberapa kes-kes diskriminasi persekutuan, hak hartanah dan pelbagai lagi.

Dunia Semakin Ke Penghujungnya


Kita semakin hari didedahkan dengan isu globalisasi yang begitu meruncing, namun bagaimana pula dengan senstiviti kita selaku mahasiswa Islam. Apakah cukup sekadar mengetahui? Adakah memadai dengan hanya sekadar berpeluk tubuh? Peristiwa yang telah berlaku bukan hanya untuk diketahui bahkan mengajak kita berfikir apakah persediaan kita menghadapi hari mendatang.

Ketahuilah, dunia semakin kepada ke penghujungnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More