Rabu, 30 Disember 2009

Apa Erti Tanda Tangan Anda

Makna tanda tangan ni wan amik kat majalah wanita keluaran April 2006, majalah lame..iainya ditulis oleh Dr.Hm Tuah Iskandar A-Haj

ape yg ditafsir ini kate beliau " tidak wajib betul malah harus salah"sekadar suke-suke dan juga untuk melahirkn peribadi yang lebih unggul dan tuntas. kita mampu mengubahnya



Satu garisan di bawah tanda tangan
anda seorang yang sangat yakin dan ada personaliti yang hebat. bagaimanapun, anda agak selfish tapi percaya dengan kebahagian dalam hidup sgt perlu.

Dua titik di bawah tanda tangan
anda romantik. mudah bertukar pasangan sebagaimana mudahnya menukar pakaian. anda memilih kecantikan dan anda sentiasa berusaha kelihatan cantik. anda mudah menarik perhatian orang mendampingi anda.

Satu titik di bawah tandatangan
anda kelihatan mudah dan tenang, tetapi cepat hilang kepercayaan apabila mendapati orang telah mengkhianati anda

Tiada garisan atau titik di bawah tandatangan
anda enjoy dengan hidup anda, ikut cara dan gaya anda sendiri. anda kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain.

Tandatangan yang tiada kaitan dengan nama
anda sentiasa berusaha supaya smart, suke berselindung dan jarang mengambil pandangan orang sebagai panduan hidup. anda amat yakin dengan kebolehan diri sendiri.

Tandatangan berasakan ejaan nama tetapi sukar nampak
anda cerdik tetapi kurang mahu berfikir. anda menukar pandangan dan idea begitu cepat.

Tandatangan huruf satu-satu, tidak bersambung
anda seorang yang prihatin, tidak mementingkan diri sendiri, sanggup berkrban ape saje untuk orang lain, anda seorang pemikir dan mudah serik

Tandatangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
anda seorang yang sangat baik. anda bolehh seimbangkan diri dengan apa jua keadaan atau siapa juga yang anda berurusan. anda tegas dengan pendapat sendiri dan ada semangat yang tinggi.


apa yang ditafsirkan diatas "tidak wajib betul harus salah", sekadar salah satu usaha untuk membina personaliti unggul. jika ia betul dan ada benarnya serta baik, teruskan, jika ia betul dan tidak baik bersamalah menghapuskan dan cuba usaha untuk perbaiki untuk jadi lebih baik.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More