Jumaat, 16 Oktober 2009

BUKAN BEGITU CARANYA.....

Walau bagaimanapun bak kata orang muda sekarang,dunia dah berubah, begitulah dengan perubahan yang berlaku pada pengetahuaan dan kegunaan tafsiran dari tarikh lahir. Kaedah tarikh lahir adalah menyamai kaedah penyelidikan lain seperti kaedah psikologi dan sosiologi tentang kelakuan manusia tetapi kaedah ini menggunakan tarikh lahir sebagai satu parameter rujukan kajian.



Boleh sahaja anda menggunakan apa juga parameter kajian sepertia bentuk kening , tahi lalat dan sebagainya. Tetapi kebanyakan kajian perlu berubah mengikut budaya dan peredaran zaman. Begitu juga dengan kaedah tarikh lahir yang popular sejak berkurung lagi di Negara kita ini dan ia perlu berubah seperti berikut;
Tarikh lahir bukan untuk menjatuhkan hukuman tetapi mengenali potensi yang bakal dihadapi untuk dibuat strategi pembetulan, pencegahan atau peningkatan.
Di dalam hal ini, ramai orang merujuk kepada tarikh lahir untuk melihat tarikh lahir mereka atau pasangan untuk mengetahui sama ada mereka itu serasi atau tidak, kaya atau tidak dan seumpamanya. Perkara sedemikian sebenarnya tidak lagi betul dan relevan kerana jika kita menggunakan tarikh lahir cara sedemikian, ia seolah kita menjatuhkan hukum atas nasib kita dan tentunya ini dilarang di dalam agama islam.
Di dalam agama, kita dibenarkan mengkaji apa jua perkara namun kita dilarang sama sekali menggunakannya menyalahi prinsip tauhid. Contohnya, jika tarikh lahir 23 Februari 1977 dikatakan orang sebagai kurang berjaya dalam kewangan kerana terdapatnya banyaknya angka 3, maka dakwaan sedemikian adalah salah.
Ini adalah kerana individu tersebut mempunyai potensi untuk berjaya dalam hidupnya jika mereka menggunakan potensi bernombor 564 yang sering ditemui pada individu yang bekerja di institusi kewangan.

Permainan emosi
Begitu juga tentang perihal keserasian jodoh pasangan. Jika dahulu, pengiraan dan tafsiran dari orang tua-tua dahulu boleh menentukan pasangan itu serasi atau tidak tetapi kini, ia tidak relevan kerana pada zaman sekarang. Sebab, kita sudah terlalu banyak terdedah dengan pelbagai anasir negative serta pilihan dan wanita zaman ini lebih berada di dunia luar seperti mana kaum lelaki.
Oleh itu, permainan emosi kini adalah lebih tinggi berbanding dahulu. Keserasian kini ada turun naiknya seperti mana dalam perjalanan kehidupan dan perniagaan ada turun naiknya. Kaedah zaman dahulu kurang dapat membentangkan faktor turun naiknya sesuatu perkara itu dengan secara lebih terperinci terutamanya jalan penyelesaian apabila berlakunya penurunan prestasi untuk sesuatu.
Berbalik kepada perseolan keserasian, apa yang dilihat dari tarikh lahir adalah untuk mencari cara untuk serasikan diri kita dan pasangan dan sebaliknya pasangan mencari cara untuk serasikan dirinya kepada kita.
Kegunaan tarikh lahir adalah bukan untuk menilik nasib sama ada untung atau rugi pada satu masa hadapan, tetapi adalah untuk mengenal pasti potensi untung dan rugi supaya kita boleh buat persediaan. Contohnya, mengikut kajian mendapati tahun 2010 nanti ramai orang bakal menghadapi masalah kewanga berdasarkan tarikh lahir ramai individu untuk tahun 2010.
Tujuan kajian sedemikian bukan untuk menakutkan atau menilik nasib, tetapi adalah sebagai satu petunjuk untuk kita melakukan penyiasatan tentang kemungkinan puncanya dan seterusnya membuat persediaan sewajarnya seperti membuat simpanan tunai lebih awal dari sekarang. Jika ia berlaku, anda telah pun ada persediaan. Jika tidak berlaku, persediaan anda itu boleh dipraktikkan berterusan.
Namun, adalah lebih baik jika anda dapat mempelajari kaedah tarikh lahir dan jam lahir secara asas pun sudah memadai. Ini adalah kerana apabila anda mendapatkan nasihat daripada orang tentang tafsiran tarikh lahir, kebanyakan pakar sekadar menceritakan tafsiran secara umum kerana mereka tidak mengenali perjalanan atau latar belakang sebenar anda. Adalah yang mengetahui diri anda sendiri dan anda dapat membuat hubung kait di antara tafsiran dan latar belakang anda lebih mendalam.



0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More