SUBHANALLAH....

“Allah swt akan turun ke langit dunia pada setiap malam ketika akhir 1/3 malam dan berkata : Akulah Tuhan , Akulah Tuhan. Barang siapa yang berdoa kepadaKU akan aku penuhi doanya , Barang siapa yang meminta kepadaKu akan aku beri kepadanya ,barangsiapa yang memohon ampun kepadaKu , akan aku ampunkan dosanya.” (HR Imam Bukhari : 1145 , Muslim : 758 , Tirmizi : 239 )

ALLAHU AKBAR

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

indahnya Ciptaan ILAHI

♥♥♥Allah SWT berfirman,Katakanlah (Muhammad “Jika kamu benar-banar mencintai Allah,ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.”. [Ali Imran:31]

dosa2ku bagai buih dilautan..YA ALLAH AMPUNILAH segala dosa2 HAMBAMU ini YA RABB..

Ku ingin terbang bebas macam burung ini....

Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur di dalam mentaati Allah." (Hadis Riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya)

Isnin, 18 April 2011

Tipu Dayanya terhadap Anak Adam

Selanjutnya, iblis melakukan tipu daya kepada salah seorang putera Adam, dan demikian terus mempermainkannya, sampai ia tega membu- nuh saudaranya sendiri, membuat murka ayahnya dan berbuat maksiat kepada Tuhannya. Dengan demikian ia membuat Sunnah yang buruk terhadap keturunan Adam dalam hal pembunuhan jiwa. Dan disebutkan dalamAsh-Shahih^ bahwa Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, "Tidaklah suatu jiwa pun dibunuh secara zalim kecuali atas anak Adam yang pertama menanggung darah pembunuhannya, sebab dia adalah orang yang pertama kali memberikan Sunnah pembunuhan." Maka, si iblis itu melakukan tipu daya kepada pembunuh tersebut agar memutuskan tali silaturrahim, berbuat durhaka kepada kedua orangtuanya, menimbulkan murka Tuhannya, dan berbuat zalim kepada dirinya sendiri, lalu ia mencampakkannya pada siksa yang berat serta mengharamkannya dirinya dari pahala yang besar.
*) Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (3335), Muslim (1677) dari Ibnu Mas'ud

************************
Au'zubillahiminashsyaitonirrajim
"Aku berlindung dengan Allah dari Syaitan yang direjam'
"Demi Allah, seandainya Dia tidak membahagiakan hamba-Nya dengan memberi taufiq, -
dan sungguh demi Allah, Dia begitu Maha Penyayang kepada hamba-Nya-
tentu tak seharipun iman bisa bertahan di hatinya,
sebab begitu banyak penyakit dan godaan yang mendera,
bahkan sampai tak terhingga.
Sungguh, kalau bukan taufiq dan kasih sayang-Nya,

jiwa takkan mau meninggalkan syahwatnya,
takkan takut terhadap bara neraka yang menyala,
tidak pula terhadap suatu hari,
di mana ia akan menghadap Tuhannya,
di situ ia akan diputuskan secara adil,
dan sungguh Dia tidak berbuat zalim kepada hamba-Nya.

9 jenis anak-anak syaitan

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

"Persamaan syaitan, apabila ia berkata kepada manusia, 'Jangan percaya'; kemudian apabila dia tidak percaya, ia berkata, 'Sesungguhnya aku berlepas diri daripada kamu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Pemelihara semua alam.'"
(Al-Hasyr, 59:16)



Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH…)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


firman Allah Ta’ala, artinya, “Dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.”
(QS. al-Baqarah: 168).




TIPS:
  • Perlindungan pertama: Menahan pandangan, ucapan, makan, dan berinteraksi dengan manusia secara berlebihan. Hal ini dilarang kerana syaitan masuk bersamaan dengan sikap berlebihan ini. Dan kerana pandangan merupakan salah satu panah Iblis.
  • Perlindungan kedua: Membaca dua surat al-Mu’awwidzatain (surat al-Falaq dan an-Nas). Sesungguhnya kedua surat ini (al-Falaq dan an-Nas) memiliki pengaruh yang dahsyat dalam menjaga atau melindungi seorang hamba yang ikhlas dari kejahatan syaitan dan tipu dayanya yang lemah. Sebagaimana yang disebutkan dalam hadits, “Tidaklah berlindung orang-orang yang meminta perlindungan dengan yang lebih utama dari keduanya” (Surat al-Falaq dan Surat an-Nas)”. (HR. Abu Daud, dishahihkan oleh al-Albani).
Keselamatan kamu adalah IKHLAS semata-mata... insya'Allah

Iblis berkata:
" Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang IKHLAS",

Al-Hijr, 15 : 39-40.





sumber:http://mqtkmalaysia.blogspot.com/search/label/9%20jenis%20anak-anak%20syaitan

Wasiat Terakhir..


لا إله إلا الله محمد رسول الله~ ♥
.........
اللهم صلي على سيدينا محمد
............
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

:Dan 10 AMANAHT TERAKHIR RASULULLAH S.A.W",

1.Menjaga Jiwa dan harTa SeTiap org MUSLIM Sebagai amanahT yang Suci",

2.Jangan Kamu SakiTi Sesiapapun agar orang lain tidak menyakiTimu".

3.:Dan mengingati hari kemaTian dan hari pembalasan segala amal2 perbuaTan".

4.Jangan bersubhaT denga riba' yang haram dcc ALLAH S.W.T",

5.Berwaspadalah Terhadap godaan setan demi keselamaTan ISLAM walaupun
Didalam hal2 yang kecil".

6.Menjaga Keharmonian ISLAM Bersama ~ ♥ ~ SamaSelama~lamanya",

7.Mencegah zina yang terkutuk dan yang diharamkan oleh ALLAH S.W.T yang Maha Kaya",

8.:Dan Berusahalah untuk menyempurnakan Rukun2 ISLAM ♥ ",

9.Mengukuhkan,Mengekalkan IkaTan SILATURRAHIM Sesama ISLAM
(SEMUA UMMAT ISLAM BERSAUDARA SELAMA2NYA),

10.BERPEGANG TEGUHLAH KEPADA AL-QURAN DAN HADITH2",

AmanahT ini Telah disampaikan pada Tarikh 9Zulhijjah pada Tahun 10hijriah
dilembah uranah, gunung Arafah".

Tetapkan daku dalam ISLAM


♥Ya Allah, hidupkanlah aku dalam Islam, jadikan aku hambaMu yang ikhlas dan
tetapkanlah hatiku ini dalam keimanan dan agamaMu, dan jikalau kematian itu lebih baik padaku, matikan aku dalam iman...
آمِيّنْ..آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ

Orang-orang yang beriman hendaklah bersabar ketika ditimpa penyakit atau apa-apa cubaan berupa kesakitan atau penderitaan, kerana sebenarnya dia adalah rahmat dari Allah swt. Apa pun kita disuruh berikhtiar dan berdoa. Nabi saw pernanh berdoa, “ Ya Allah janganlah Engkau cubai aku dengan cubaan melainkan dengan cubaan yang baik.”

Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya. Hadis Riwayat Bukhari.

Ahad, 17 April 2011

Coretan Untuk Bakal Isteri..


Assalamualaikum wrt. wbt. Untukmu, Bakal isteriku.. Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku ya...ng hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan “Kau tercipta untukku.” Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu. Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini. Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.” Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbi tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.” Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri. Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi. “Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku. Dariku, Bakal suamimu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More