SUBHANALLAH....

“Allah swt akan turun ke langit dunia pada setiap malam ketika akhir 1/3 malam dan berkata : Akulah Tuhan , Akulah Tuhan. Barang siapa yang berdoa kepadaKU akan aku penuhi doanya , Barang siapa yang meminta kepadaKu akan aku beri kepadanya ,barangsiapa yang memohon ampun kepadaKu , akan aku ampunkan dosanya.” (HR Imam Bukhari : 1145 , Muslim : 758 , Tirmizi : 239 )

ALLAHU AKBAR

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

indahnya Ciptaan ILAHI

♥♥♥Allah SWT berfirman,Katakanlah (Muhammad “Jika kamu benar-banar mencintai Allah,ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.”. [Ali Imran:31]

dosa2ku bagai buih dilautan..YA ALLAH AMPUNILAH segala dosa2 HAMBAMU ini YA RABB..

Ku ingin terbang bebas macam burung ini....

Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur di dalam mentaati Allah." (Hadis Riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya)

Ahad, 27 Mac 2011

Tiada sial dan majal dalam Islam

APA guna dipanggil kemajuan dan kemodenan sekiranya pemikiran, akhlak, cara hidup dan sifat mulia kemanusiaan semakin terhakis?
Kemajuan teknologi contohnya sepatutnya menjadikan sesuatu maklumat disebar untuk kebaikan tetapi disalah guna untuk tujuan yang salah.
Dalam mengejar kemajuan, akhlak murni perlu dijaga. Maka amat perlu sekali kita menilai kembali erti kemodenan yang sedang kita impikan.

Kemodenan yang hakiki ialah kebebasan akal menerawang mengenali. Cukup membimbangkan jika kita menikmati kemajuan dengan minda dan pemikiran yang beku dan jumud.

Hidup ini tertakluk kepada peraturan yang sarat dengan nilai mulia sejagat, sesuai di semua tempat di samping hidup berpandukan peraturan yang tahan diuji sepanjang zaman.

Bukan saja bertahan, lama tapi berjaya menyisihkan cara hidup buatan manusia yang amat terbatas; sekejap ada dan sekejap tidak ada, kadang-kadang putik dan kadang-kadang berulat serta buruk.

Lebih mendukacitakan, adakah kita dipanggil moden sekiranya pemikiran masih dibayangi perkara dengan sial dan majal terhadap sesuatu yang langsung tidak punya kuasa?

Bukan sekadar terbelenggu, tetapi sudah percaya dan sudah termasuk sebagai rujukan dan penentuan dalam membuat sesuatu sebarang keputusan.

Bayangkan ada yang percaya kepada nombor membawa sial dan majal.

Dalam hal ini, Imam Bukhari pernah meriwayatkan daripada Rasulullah, yang bersabda yang bermaksud: "Tiada sial dan majal dalam Islam".

Dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tiada sial pada sesuatu burung".

Malah, mempercayai sial dan majal membawa kepada syirik sebaliknya Allah menggantikan dengan konsep tawakal.

Adakah wajar seseorang yang bersiap untuk ke tempat temuduga tiba-tiba sampai ke tempat itu, dia mendapati bilik temu duga berkenaan bernombor 13 lalu tidak meneruskan sesi temu duga terbabit kerana merasakan nombor itu membawa sial.

Begitu juga dengan perkahwinan, ada yang percaya berkahwin pada bulan Safar membawa sial. Ia amat bercanggah dengan prinsip agama.

Sesetengah daripada kita tidak jadi hendak membeli rumah semata-mata kerana dianggap sial. Dalam suasana payah hendak mendapat kerja dan pasangan, ada yang percaya dengan memakai gelang dia akan memberi 'semangat'.

Tidak kurang juga yang percaya kepada kuasa bunga dengan nama 'mandi bunga'. Bunga untuk hiasan dan kecantikan bukannya ada kuasa luar biasa.

Islam tidak pernah menolak kemajuan yang berasaskan kajian dan penemuan moden. Perubatan moden diharuskan. Namun begitu kuasa penyembuh hanyalah pada tangan Allah.

Doktor hanya merawat dan berikhtiar tetapi yang menyembuh hanyalah Allah. Kita boleh memilih doktor mana yang serasi untuk merawat kita, tetapi bukan dia yang menyembuh.

Jika betul ikhtiar dan ubat bertepatan dengan kehendak Allah maka sembuhlah apabila sampai masanya.

Menjadi kesalahan besar sekiranya seorang gadis atau wanita sanggup berbuat apa sahaja, terpaksa menyerah maruah dan diri demi menagih cinta dari kekasihnya. Fikirnya jika tidak ikut kehendak si dia nanti tidak dicintai pula dan ada risiko ditinggalkan.

Yang menentukan jodoh bukannya manusia. Manusia hanya merancang kerana yang menentukan adalah Allah.

Kekolotan minda akidah remaja inilah menyebabkan berlakunya pelbagai masalah yang akhirnya mereka sendiri yang merana.

Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan, amalan memberi rasuah membawa syirik. Ia bukan sekadar dosa besar, sebab yang membawa kepada syirik kerana anggapan pemberi rasuah 'jika aku tidak beri, maka pasti tidak dapat'.

Ini yang rosak iman kerana anggapan pemberi rezeki sudah beralih daripada Allah kepada manusia. Bagi melariskan kedai perniagaan pekedai mula guna pelaris termasuk ayat seribu dinar.

Peniaga mungkin terlupa bagaimana nabi menjalankan perniagaan, untung besar tetapi tidak guna pelaris. Begitu juga sahabat nabi, Abd Rahman bin Auf buat untung besar tanpa menggantung apa-apa ayat.

Tiada rahsia khusus kerana kejayaan sesuatu itu adalah berpunca daripada ilmu, usaha keras, kemahiran serta tawakal kepada Allah.

http://watieawang.blogspot.com/

Penangan Awang Hitam



Ini kisah yang biasa berlaku. Malah sesuatu yang biasa di IPT. Memang banyak awang hitam di sana. Mata mereka pula memang pantang nampak perempuan lalu. Mengekor sahaja. Tenungan itu tajam pula, bukan biasa-biasa punya tenungan. Ishh.. seram.

Pelbagai alasan diberi untuk mencari ruang berkenalan. Kadangkala bermula dengan pertanyaan biasa berkenaan assignment, atau sekadar meminjam pen. X dapat no telefon, emel address pun jadi la. Asal ada ruang untuk mengayat. Untung-untung, ada yang terpikat.

Ahaaaha... Jaga-jaga ye gadis tempatan. Mereka memang lebih berani berbanding lelaki kita yang pemalu. Silap-silap haribulan, melopong semua jejaka.

Facebook Punca Cerai


Macam-macam perkara berlaku sekarang ni. Terbaru, laman sosial facebook dikatakan punca peningkatan kadar penceraian di Amerika. Mana taknya. Perkenalan yang bermula di facebook membawa kepada mesej-mesej berbaur cinta. Ini belum lagi gambar-gambar ketika berpacaran yang di muat naik. Inilah akibat menyalah gunakan teknologi...Bagai mana dengan anda?Nak jadikan isteri no2, no3 @ no4 tak salah tapi ada cara-caranya...jangan sampai bercerai berai..Allah melaknat orang yang suka bercerai..

Gelongsor Di Universiti

Percaya ke tak di Universiti pun ada gelongsor. Ini bukan photoshop tapi ini real punya. Gelongsor ni ada di Technical University of Munich, Germany.

Macam mana? Korang suka tak naik gelongsor?


Ahad, 25 Julai 2010

FAEDAH PUASA

* Dapat membersihkan rohani dan jasmani kerana dengannya akan lahir kesedaran dan keinsafan, timbul keadilan dan perasaan timbangrasa kepada orang lain. Hidup jiwanya dengan ibadah dan hidup peri kemanusiaan sejati.* Puasa merupakan sekolah yang terbesar untuk mendidik budi pekerti mukmin melalui latihan khusus untuk memiliki sifat-sifat terpuji.* Puasa mendidik mukmin supaya memiliki sifat sabar. Manusia akan mengalami saat kehancuran dalam kehidupan mereka sekiranya tidak mengamalkan sifat sabar.
* Puasa menjadi penawar kepada penyakit-penyakit fizikal dan rohani.* Puasa dapat menghidupkan kekuatan fikiran dan basariah (penglihatan matahati) kerana kekenyangan boleh menyebabkan kelesuan dan lemah fikiran. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Sesiapa yang lapar maka tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."* Ibadah puasa dapat memupuk sifat kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia. Orang kaya dapat menyelami derita kelaparan, dengan itu dia akan berbuat baik kepada fakir miskin yang akhirnya akan mewujudkan masyarakat penyayang dan bersatu padu.* Puasa dapat mengajar mukmin berdisiplin dan berperaturan.* Puasa mengajar mukmin supaya sentiasa bersifat amanah dan mengingati Allah s.w.t sama ada di tempat terang atau tersembunyi kerana Allah s.w.t sentiasa melihat,mendengar dan mengetahui ada yang makhluknya kerjakan.* Puasa merupakan perisai yang boleh menghalang seseorang itu daripada melakukan dosa selagi ia tidak meroboh perisai tersebut.* Puasa dapat memberi kesan untuk mengurangkan berat badan.* Puasa dapat menjimatkan perbelanjaan mukmin setiap hari.* Puasa dapat menyingkirkan segala racun yang sudah lama terkumpul dalam diri seseorang. Oleh sebab itu puasa bolehlah dianggap sebagai servis tahunan bagi badan manusia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More