SUBHANALLAH....

“Allah swt akan turun ke langit dunia pada setiap malam ketika akhir 1/3 malam dan berkata : Akulah Tuhan , Akulah Tuhan. Barang siapa yang berdoa kepadaKU akan aku penuhi doanya , Barang siapa yang meminta kepadaKu akan aku beri kepadanya ,barangsiapa yang memohon ampun kepadaKu , akan aku ampunkan dosanya.” (HR Imam Bukhari : 1145 , Muslim : 758 , Tirmizi : 239 )

ALLAHU AKBAR

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

indahnya Ciptaan ILAHI

♥♥♥Allah SWT berfirman,Katakanlah (Muhammad “Jika kamu benar-banar mencintai Allah,ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.”. [Ali Imran:31]

dosa2ku bagai buih dilautan..YA ALLAH AMPUNILAH segala dosa2 HAMBAMU ini YA RABB..

Ku ingin terbang bebas macam burung ini....

Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur di dalam mentaati Allah." (Hadis Riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya)

Khamis, 28 April 2011

kelebiha beristighfar

Dari Ibnu Abbas ra, Rasulullah saw bersabda yg bermaksud,
"Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, Allah jadikan baginya kesukaan dari tiap-tiap kesusahan dan Allah jadikan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan dan Dia rezekikan kepadanya dari jurusan yang dia tidak sangka-sangka." - Abu Daud -

Alangkah peliknya, hamba yang tidak mengambil berat mengenai istighfar. Mengapa? Apakah kerana amalnya sudah cukup untuk menghapus kejahatannya, atau hatinya sudah mencapai tahap keikhlasan yang murni?

Apakah ilmu yang dimiliki mampu mendekatkan dirinya kepada Allah? Apakah sudah lahir akhlak mulia di mata manusia sehingga kedudukannya bagaikan permata berkilauan di tengah-tengah mereka?

Sedangkan Nabi SAW dan sahabat yang sudah berada pada tahap ketinggian dan kemuliaan di sisi Allah menyediakan masa, membuat pengakuan taubat pada penghujung malam pada waktu sahur. Tidakkah hamba lalai dan sedikit ilmu itu lebih memerlukan taubat untuk menghidupkan kembali jiwa mereka

jual beli


Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda "Dua orang yang saling berjual beli punya hak untuk saling memilih selama mereka tidak saling berpisah, maka jika keduianya saling jujur dalam jual beli dan menerangkan keadaan barang-barangnya (dari aib dan cacat), maka akan diberikan barokah jual beli bagi keduanya, dan apabila keduanya saling berdusta dan saling menyembunyikan aibnya maka akan dicabut barokah jual beli dari keduanya"
(Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Nasa'i, dan shahihkan oleh Syaikh Al Bany dalam shahih Jami no. 2886)

Isnin, 25 April 2011

11 jenis manusia yang didoa oleh malaikat


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

sumber:http://mqtkmalaysia.blogspot.com/

♥ RUFAIDAH JURURAWAT MUSLIM PERTAMA ♥




Apabila ditanya siapa ikon kejururawatan dunia yang terunggul, tentu kita akan terpanggil untuk mengingati nama Florence Nightingale yang hidup dari tahun 1794 hingga 1875. Tetapi tahukah kalian sebenarnya dunia kejururawatan tercicir satu nama yang lebih awal menempa kecemerlangan? Srikandi yang dimaksudkan adalah Rufaidah binti Sa'ad al-Aslami.

Rufaidah binti Sa'ad diiktiraf sebagai jururawat muslimah yang pertama dalam Islam, berasal daripada suku Bani Aslam dan merupakan sebahagian daripada konfederasi suku Khazraj di Madinah. Wanita itu dilahirkan di Madinah sebelum hijrah Rasulullah s.a.w dan merupakan antara wanita Ansar yang mengalu-alukan kedatangan baginda ke kota tersebut. Beliau juga turut termasuk dalam golongan pertama daripada kaum Ansar yang memeluk Islam.

~ Berkemahiran Tinggi ~

Ayahnya merupakan seorang tabib (doktor) dan Rufaidah mempelajari ilmu kejururawatan ketika bekerja membantu ayahnya. Tidak hairanlah sekiranya Rufaidah dalam beberapa sumber sejarah, dinyatakan sebagai wanita yang mempunyai sifat dan ciri-ciri yang baik sebagai seorang jururawat. Punya sifat kepimpinan dan pengurusan yang baik, beliau berkemampuan mengendalikan tugas walaupun dalam keadaan dan masa yang tidak menentu atau kecemasan.

Rufaidah mempunyai kemahiran klinikal tinggi dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu mengajar jururawat lain yang bekerja bersama-samanya. Beliau tidak menghadkan tugasnya dalam situasi klinikal sahaja, malah turut turun ke padang melihat sendiri keadaan masyarakat untuk menyelesaikan masalah sesuatu penyakit dari akar umbi.

Sumbangan wanita ini tidak terhad kepada merawat orang sakit sahaja. Sifat cakna yang dimilikinya membuatkan Rufaidah bukan sekadar jururawat biasa. Beliau juga bertindak sebagai seorang pekerja sosial yang gemar mengambil tahu dan menyelesaikan masalah masyarakat. Tenaganya banyak disalurkan kepada kerja-kerja kebajikan dan tanggungjawab sosial dalam komuniti. Pelbagai golongan muslim telah didekati Rufaidah sama ada yatim piatu mahupun orang kurang upaya. Mengajar anak-anak yang buta huruf juga menjadi sebahagian daripada rutin dalam jadual hidup wanita istimewa ini.

~ Merawat Sa'ad bin Mu'adz ~

Rufaidah telah mewakafkan dirinya untuk membantu para mujahidin. Ketika Kota Madinah dalam proses perkembangan kemajuan, Rufaidah mengabdikan diri merawat kaum muslimin yang sakit. Sebuah khemah dibina di luar Masjid Nabawi ketika suasana damai. Dan ketika Perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar, Rufaidah sentiasa bersedia di barisan belakang sebagai sukarelawan dan merawat tentera Islam yang tercedera. Nabi Muhammad s.a.w sendiri memerintahkan perajurit yang cedera dirawat oleh Rufaidah.

Contohnya sewaktu Perang Khandaq, Sa'ad bin Mu'adz yang cedera telah dihantar kek khemah perubatan yang telah dibina. Pahlawan berani itu telah dirawat oleh Rufaidah. Dengan kepakaran yang dimiliki, Rufaidah telah berjaya mencabut anak panah yang terpacak di lengan Sa'ad. Rasulullah s.a.w pernah melawat Sa'ad beberapa kali ketika sedang menjalani rawatan di khemah pesakit itu. Namun hayat Sa'ad tidak lama. beliau meninggal dunia ketika Perang Bani Quraizah berlaku.

Rufaidah telah melatih sekumpulan sahabiah sebagai jururawat yang sentiasa bersedia untuk menghadapi peperangan. Apabila Rasulullah s.a.w sedang sedia menuju ke lokasi Perang Khaibar, Rufaidah dan rakan-rakannya pergi bertemu Rasulullah s.a.w. Mereka meminta kebenaran untuk turut serta menyertai rombongan para mujahidin itu ke medan perang.

Lalu Rasulullah s.a.w pun memperkenankan permintaan mereka. Dengan penuh semangat dan keazaman yang tinggi, kumpulan jururawat tersebut telah menjalankan tugas dengan baik sehinggakan Rasulullah s.a.w mengurniakan sebahagian harta rampasan kepada mereka. Bahagian yang diterima oleh Rufaidah sama banyak jumlahnya dengan seorang mujahid yang turun berjihad ke medan perang.

~ Personaliti Empati ~

Personalitinya yang terpuji dan empati mampu mengurangkan penderitaan pesakit selain ubat-ubatan yang diberi. Tidak dinafikan, sentuhan tangan insan juga memainkan peranan penting dalam kejururawatan, tetapi malangnya aspek itu semakin dilupakan dek kemajuan material tamadun. Semangatnya menjadi inspirasi kepada kerjaya kejururawatan buat dunia Islam.

Sejarah Islam juga mencatat beberapa nama yang berkerja bersama Rufaidah seperti Ummu Ammara, Aminah, Ummu Aiman, Ummu Sulaim dan Hindun. Selain itu, antara jururawat Islam lain yang terkenal adalah Ku'ayibah, Aminah binti Abi Qays al-Ghifariyah, Umm 'Atiyyah al-Ansariyah, Nusaibah binti Ka'ab al-Maziniyyah dan Rubayyi' binti Muawwiz.

Nilai uban...


Sabda Nabi saw, “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (HR. Ibnu Hibban)

Ahad, 24 April 2011

TAKUTI SYIRIK.........

Setiap Muslim yang waras cara berfikirnya, akan sentiasa bertindak bersesuaian dengan ajaran yang ada dalam al-Quran dan apa yang diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Ini kerana kedua-dua sumber itu merupakan rujukan paling tepat dan benar untuk mendapatkan keredaan Allah SWT sekali gus melonjakkannya menjadi Muslim hakiki.

Kerana keyakinan yang ada dalam pemikiran Muslim yang baik itu, ialah bahawa kehidupannya tidak berakhir semasa hidup di dunia, malah ia berkesinambungan hingga ke hari akhirat, iaitu hari di mana seluruh makhluk bernama manusia akan berhimpun di Padang Mahsyar.

Sama ada manusia yang percaya kepada Allah, atau yang menentang-Nya, manusia bermana Islam, atau Kapitalis, Komunis, Sekular, Sosialis, Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi, semua sekali akan dihadapkan depan Allah untuk diperhitung amalan-amalan mereka.

Yang mengikut, patuh serta tunduk kepada ajaran al-Quran dan menerima ajaran Rasulullah s.a.w. tanpa sebarang ragu dan pastinya akan diberi syafaat untuk memasuki syurga.

Sementara yang puluhan tahun hidup di dunia, kemudian memilih jalan kesesatan dengan mengamalkan pegangan akidah yang menyimpang jauh daripada Islam, sudah pasti mereka akan dihumban ke dalam api neraka.

Justeru, bagi mengekalkan iman, akidah, Islam pada tahap yang memberangsangkan, maka setiap Muslim itu perlu mengetahui perkara-perkara yang boleh membatalkan akidah, Islam, atau juga disebut dua kalimah syahadah bertujuan untuk menyelamatkan dirinya di akhirat bersama dengan Rasulullah s.a.w. Ia terlalu banyak untuk diperkatakan, tetapi dalam kesempatan ini, hanya beberapa perkara pokok sahaja disenaraikan.

Perkara-perkara yang membatalkan Islam

1. Terlibat pada perkara syirik atau mengadakan sekutu dalam beribadah kepada Allah.

2. Menjadikan sesuatu atau seseorang sebagai wasilah (perantara) dalam doa, syafa'at dan tawakkal.

3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik, menyangsikan kekafiran mereka malah membenarkan keyakinan mereka.

4. Meyakini bahawa petunjuk selain petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. adalah lebih sempurna dan lebih baik.

5. Membenci hal-hal yang berasal daripada ajaran Rasulullah s.a.w. walaupun mengamalkannya.

6. Mengolok-olok sebagian ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w. seperti pahala atau balasan yang akan diterima.

7. Melakukan sihir, karena pelakunya dihukumi kafir.

8. Menyokong orang kafir serta memberikan bantuan dan pertolongan kepada orang musyrik untuk memerangi Muslimin.

9. Beranggapan bahawa manusia dengan mudah boleh terkeluar dari syari?at atau ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

10. Berpaling dari agama Allah SWT baik kerana tidak mahu mempelajarinya atau kerana tidak mahu mengamalkannya.

11. Mengganggap suatu hukum atau undang-undang selainnya lebih baik daripada syari'at Rasulullah s.a.w. dan lebih mengutamakan hukum thaghot daripada hukum Rasulullah s.a.w. Apabila ada seseorang meyakini bahwa undang-undang yang dibuat manusia lebih utama dan lebih baik daripada syari'at Islam, maka ia telah kafir.

12. Apabila seseorang Muslim itu menganggap bahawa syari?at Islam sudah tidak sesuai lagi dengan perkembangan zaman, atau bahkan beranggapan bahawa agama Islam hanya menyangkut hubungan ritual antara hamba dengan Rabbnya dan tidak ada kaitannya sama sekali dengan masalah duniawi. Demikian pula apabila seseorang memandang bahawa pelaksanaan syari'at Islam, misalnya masalah rajam dan qishash, sudah tidak sesuai lagi dengan peradaban modern (atau Hak Asasi Manusia).

13. Begitu pula mereka yang beranggapan bahawa seseorang dibolehkan untuk tidak berhukum dengan hukum atau syari'at Allah SWT dalam hal kemasyarakatan dan hukum-hukum lainnya, maka ia telah kafir, meskipun belum sampai pada keyakinan bahawa hukum yang dianutnya lebih utama dari hukum Islam.

14.? Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah.

15.? Ingkar nikmat Allah sama ada yang terang atau yang sembunyi, yang mudah difikirkan atau yang memerlukan kajian.

16.Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana Allah tidak menyukainya.

17. Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah.

18. Menumpukan segala ketaatan kepada selain Allah dengan cara yang tidak disukai-Nya.

19. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara.

20. Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau menbenci agama Islam seluruhnya.

21. Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan akhirat dan menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.

22. Menghina sesuatu daripada kitab Allah atau sunnah Rasulullah s.a.w. atau orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum Allah atau syiar-syiar Islam.

23. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya.

24. Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada kitab Allah dan As-Sunnah.

25. Melantik orang-orang kafir dan munafik menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang berakidah Islam dan mukmin.

26. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w.

27. Rasa takut, lemah hati di dalam menegakkan Tauhidullah dan rasa lapang, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.

28. Menyatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat yang dan isi yang terkandung di dalam ayat itu.

29.Tidak
mengetahui tentang marifat Allah dan pengenalan yang jelas serta ingkar
dengan sifat-sifat ketuhanan-Nya dan ingkar nama-nama-Nya.

30. Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat kepujian atau mengitiqad bahawa baginda adalah contoh utama bagi manusia.

31. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.

32.Membuat sesuatu pekerjaan (ibadah) bukan kerana Allah, sujud dan tawaf berkiblatkan kepada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah.

33. Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadatain yang dinamakan syirik kecil seperti mengerjakan solat kerana hendak mendapatkan pujian, bersedekah kerana sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya seolah-olah dia berjihad iaitu supaya orang mengenang jasa dan namanya.

Dan banyak lagi yang perlu diketahui secara mendalam dan terperinci yang mesti digarap oleh setiap Muslim menerusi kuliah-kuliah akidah yang tidak boleh dipelajari secara santai, kerana ia merupakan asas dan benteng yang kuat daripada terjebak pada penentangan terhadap Allah
sekali gus layak mendapat kutukan-Nya.

sumber:http://paramedik.bbfr.net/t7603-takuti-syirik

Lapan Juvana Mengaku Bersalah Belasah Pelajar Sekolah Agama


MARANG 24 APRIL : Lapan pelajar berumur antara 15 hingga 17 tahun hari ini mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menceroboh kawasan sekolah dan memukul seorang pelajar sekolah agama pada 7 April lalu.

Kesemua tertuduh terdiri daripada empat pelajar Tingkatan Lima, seorang pelajar Tingkatan Empat dan tiga pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah di sini.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Mahathir Mohd Yusof secara tertutup di hadapan Majistret Nur Azizah Yusoff.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa menceroboh sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di sini, antara 11 pagi hingga 11.30 pagi 7 April lalu.

Perbuatan itu merupakan kesalahan bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara enam bulan atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Untuk pertuduhan kedua, kesemua pelajar itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa yang berusia 17 tahun, pada masa dan tempat yang sama.

Kesalahan bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman satu tahun penjara atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Semua tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM1,500 setiap seorang bagi kedua-dua pertuduhan.

Majistret menetapkan 24 Mei ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan akhlak kesemua tertuduh.

sumber:tvs news

Mufti Kelantan : Pandangan Harussani, Majlis Fatwa Tidak Bercanggah


KOTA BHARU 24 APRIL : Tiada percanggahan fatwa antara Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang membolehkan tarian poco-poco dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mengharamkan tarian itu, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata, umat Islam harus melihat kedua-dua keputusan itu dari skop yang lebih luas dan menyeluruh sebelum memberi pandangan masing-masing.

“Saya tidak nampak ia wujud percanggahan pendapat berhubung isu itu jika penilaian dibuat secara menyeluruh dan mendalam dari sudut kepentingan kepada pengamal-pengamal senaman itu,” katanya dipetik Bernama Online.

Beliau diminta mengulas keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu itu yang memutuskan masyarakat Islam di Malaysia boleh terus mengamalkan tarian poco-poco selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan garis panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu 2007.

Mohamad Shukri berkata, isu itu tidak mengelirukan umat Islam jika mereka benar-benar memahami tentang konsep dan tujuan pengamalannya.

“Mana-mana amalan boleh dilakukan umat Islam asalkan ia tidak bertentangan dengan agama Islam dan menyerupai agama lain, dan jika ia hanya melibatkan anggota fizikal untuk kesihatan,” katanya.

Beliau berkata penglibatan seseorang dalam apa juga dan menyerupai agama lain dan bertantangan dengan ajaran Islam, adalah haram.

“Tetapi dalam konteks tarian senaman poco-poco ini pada pandangan saya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya.

Sebelum ini, timbul keraguan apabila tarian poco-poco yang banyak diamalkan masyarakat di negara ini diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu menghormati keputusan Perak mengharamkan poco-poco di negeri itu Januari lalu.

sumber:tvs news

Budaya Remaja Rosak

sumber:mawifc

Khalid : 'Terima Kasih' Rakyat Selangor


KLANG 23 APRIL : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kejayaan dan pencapaian yang dicapai sehingga kini adalah hasil kerjasama dua pihak antara pemimpin dan anggota masyarat.

“Saya sangat berbesar hati kerana saya rasa tuan-tuan dan puan-puan telah nampak bagaimana pasukan yang telah kita lahirkan iaitu pasukan wakil-wakil rakyat dan wakil negeri yang kesemua dalam ceramah-ceramah yang diberikan sangat-sangat berjiwa rakyat," kata Khalid.

Tambahnya lagi, budaya kerja kerajaan negeri yang sentiasa komited dalam urus tadbir terutamanya dalam memastikan segala hasil negeri dapat diagihkan untuk kebajikan rakyat adalah kunci kejayaan yang dicapai hari ini.

“Mereka mula merasakan rancangan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ini skim merakyatkan ekonomi adalah benar-benar untuk rakyat," tambahnya.

Tambah Khalid, kejayaan yang diraih berikutan barisan kepemimpinan yang dipilih rakyat itu menjalankan tanggungjawab dengan betul dan amanah.

“Terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah memilih mereka,” katanya.

Khalid berkata demikian ketika berucap dalam ceramah perdana bersama rakyat di daerah Klang semalam.

Malah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan Pakatan Rakyat sejak mula mentadbir kerajaan negeri tiga tahun lalu ternyata berhasil apabila hampir keseluruhan rakyat di negeri ini mendapat agihan dana dan bantuan daripada program berkenaan.

“Kita tidak membezakan mereka yang perlu ditolong adalah tanggungjawab kita untuk memberikan pertolongan.

Sebagai rekod, lebih 27 ribu telah menerima bantuan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dengan belanja melebihi RM2 juta.

Selain itu, komitmen kerjaan negeri juga dalam menjada kebajikan rakyatnya juga dapat dilihat apabila 60 peratu daripada 236 ribu warga emas telah berjaya didaftarkan menerusi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di mana lebih 16,000 orang telah mendapat bantuan.

Turut menjadi perhatian masalah projek perumahan terbengkalai di Selangor turut dirungkai dan setakat ini kerajaan negeri berjaya menyelesaikan 23 projek terbengkalai melibatkan lebih 9,000 unit rumah dan 7 projek lagi melibatkan hampir 4,000 unit rumah sedang diselesaikan.

Terbaru, pemerikasaan mammogram percuma dilancarkan untuk kesihatan wanita adan sejak pengenalannya, seramai 3,000 wanita telah menggunakannya dan 41 orang dikesan berkemungkinan menghidap kanser payudara.

sumber:tvs news

pusaka Rasulullah S.A.W

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang ditengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia.” Riwayat Abu Daud

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata:" Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.

Seindah-indah mimpi sedarlah bahawa ianya hanyalah satu fantasi…Dan sepahit-pahit kehidupan, ianya tetap sebuah realiti. .Namun, manusia sering memilih keindahan tanpa menyedari bahawa di sebalik kepahitan itulah tersembunyi sebuah kemanisan. Belajarlah mencari kemanisan dari kepahitan kerana di situ terletaknya erti sebuah kehidupan.

Apabila manusia memuliakanmu kerana harta atau kuasa, maka janganlah engkau berbangga kerana kemuliaan tadi akan hilang apabila hilang kedua2nya.akan tetapi hendaklah engkau berbangga sekiranya manusia memuliakanmu kerana agama dan tingkah-lakumu yang baik (Saidina Ali K.W.H)

Sabtu, 23 April 2011

WANITA MUDAH MENANGIS!!!


Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berla...ku sesuatu dalam perhubungan. Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?" Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti" Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan." Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya: "Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. "Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar. "Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa. "Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah. "Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya. "Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..? "Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi. "Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan

NILAI SEORANG WANITA SOLEHAH



Terdapat beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah. Mudah-mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat-empat jenis ini bererti dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu bersabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya."

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah dia bertaqwa kepada ALLAH akan sebaik-baik keperluan baginya selain daripada isteri yang solehah. Jika dia menyuruh, isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada di rumah, dia menyimpan rahsia dan harta suaminya."
~ Hadis Riwayat At-Tabrani ~

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran. Jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana kemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya. Seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik."
~ Hadis Riwayat Ibnu Majah ~

Jumaat, 22 April 2011

E-Mel 1 Malaysia Bukti Ketandusan Idea BN 'Songlap' Duit Rakyat


SHAH ALAM 21 APRIL : Drama e-mel 1 Malaysia yang melanda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan betapa Kerajaan Barisan Nasional hanya tahu memikirkan keuntungan sendiri tanpa mempedulikan pandangan rakyat.

Exco Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Selangor Rodziah Ismail menganggap rakyat membantah idea itu kerana kegagalan kerajaan pusat menjelaskan secara telus berkenaan projek ini khususnya penggunaan dana untuk menjayakannya.

Rodziah ketika dihubungi Tv Selangor berkata, rakyat berhak mengetahui status sebenar berhubung e-mel 1 Malaysia ini kerana pelbagai pihak sentiasa berdolak-dalih termasuk berlakunya 'kesilapan' di laman web kerajaan yang sebelum ini mencatatkan projek e-mel tersebut sebagai insiatif kerajaan dan bukannya swasta.

"Kenapa PM dan semua yang terlibat bila ditanya, kejap kata kena bayar, kejap kata tak kena bayar. Itu bukan isunya. Yang penting kita sebagai rakyat berhak tahu berapa wang kita yang terlibat semata-mata untuk dapat e-mel promosikan 1 Malaysia ini. Ini tunjukkan seolah-olah Najib terdesak hendak tunjukkan 1 Malaysia ini diterima rakyat," kata beliau ketika dihubungi TV Selangor hari ini.

Unit Pengurusan Pencapaian dan Penghantaran (Pemandu) hari ini terpaksa tampil mempertahankan 'perubahan informasi' berkenaan e-mel 1 Malaysia di laman webnya semalam dengan alasan pertukaran inisiatif swasta daripada insiatif kerajaan itu adalah tidak disengajakan.

Najib dan Pemandu yang berada di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala selepas itu terus menegaskan bahawa firma pengelola projek tersebut, Tricubes Berhad tidak akan menggunakan dana rakyat.

Rodziah bagaimanapun mempersoalkan mengapa Najib begitu tergesa-gesa melakukan hal tersebut sedangkan masih ramai rakyat Malaysia khususnya dari luar bandar masih tidak mempunyai kemudahan asas dan kemudahan internet.

"Apapun, sebagai PM, Najib Razak harus memastikan wang digunakan pada tempat yang sepatutnya. Jika dia ingin menggunakan teknologi, dia harus memikirkan infrastruktur terlebih dahulu,"jelas Rodziah

Rodziah membandingkan projek internet percuma yang sedang giat dijalankan di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor, yang merupakan sebahagian daripada manifesto di bawah Pakatan Rakyat mula diimplementasikan secara tergesa-gesa oleh kerajaan pusat.

Menurutnya ketika kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini, Barisan Nasional giat memberi wi-fi percuma di beberapa kawasan rumah panjang di negeri itu sedangkan dengan jelas ia merupakan idea Pakatan Rakyat.

"Kerajaan khususnya Najib Tun Razak kena ingat bahawa Kerajaan Selangor telah membuktikan idea wi-fi ini boleh direalisasikan di Peringkat Nasional jika Pakatan Rakyat diberi mandat pada Pilihan Raya Umum akan datang. Kerajaan Selangor dalam kekangan kewangan dan sebagainya berjaya laksanakan program berkaitan teknologi dan wi-fi dan dengan memikirkan keutamaan kami dan bukan hanya mementingkan golongan tertentu sahaja," kata beliau lagi."tvs news"


Penghulu segala hari

Salam Jumaat yang penuh berkah dan limpahan rahmat dari-Nya Yang Maha Pengasih Maha Penyayang Maha Pemurah Maha Pemberi.

J - Jantung berdetak nadi berdenyut

U - Umpama iringan gerakan dan putaran jam

M - Mengingati dan mengasihi sesama saudara seiman

A - Akan tergantung dan terpaut pada tangkai hati

A - Antara doa kudus dan pengharapan indah penuh tulus

T - Titipan salam Jumaat,moga hidup kita lebih dihargai dalam berkah cinta Ilahi

Bersamalah kita terus merenungi dalam diri,sedarilah betapa banyak anugerah-Nya yang telah kita nikmati dan teruslah syukuri kerana ada insan lain yang tidak pernah merasai erti nikmat bahagia.Semoga kita tidak akan terperangkap dalam imbauan silam kerana hari semalam telah tinggal menjadi kenangan dan hari esok adalah impian.Hari yang terpenting adalah hari ini demi menjayakn hari esok atas keizinan-Nya.

Teruslah berdoa kerana jika Allah menghendaki segalanya akan jadi mudah.Kekuatan akan terbentuk dan kerumitan @ kesulitan akan terlerai andai kita dapat melupakan semalam yang suram kerana esok bergantung pada hari ini.

INSYA'ALLAH INSYA'ALLAH INSYA'ALLAH.

Allah bersama kita...


Lihatlah ketika tentera Islam dibawah pimpinan Saad ibn Waqash mengambil
masa yang terlalu lama untuk menawan satu bandar. Ketika berita ini sampai
pada Khlaifah Umar RA yang dihantarnya bukanlah satu batalion tentera
tambahan tetapi hanya seorang utusan bersama sekeping warkah darinya.
Antara kandungan warkah tersebut “Hendaklah kalian bermuhasabah diri,
kemenangan kita adalah kerana maksiat musuh pada Allah SWT. Tetapi
sekiranya kitapun melakukan maksiat tentu kita akan kalah dalam peperangan
ini; tentera mereka lebih ramai dan senjata mereka jauh lebih baik dari kita”.
Akhirnya seluruh tentera Islam bermuhasabah diri serta membetulkan segala
kealpaan dan kesalahan serta meminta keampunan Allah SWT diatas
segalanya. Akhirnya Allah memberikan mereka kemenangan yang mudah

Khamis, 21 April 2011

Dianggap Liabiliti, Hadi Sedia Ditentang Pemilihan Jun Depan


KUALA LUMPUR, 21 APRIL : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia untuk ditentang pada pemilihan pusat Jun depan.

Hadi berkata beliau amat mengalu- alukan kehadiran pelapis baru yang berkelayakan bagi menggantikannya berikutan beliau bukan selamanya mahu menjadi pemimpin parti itu.

“Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya.

“Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis,” kata beliau dipetik media.

Hadi berkata PAS turut mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin.

Sehubungan itu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata pemimpin, ahli dan penyokong perlu menyambut baik sebarang pencalonan daripada pemimpin PAS untuk jawatan tertentu.

PAS Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencalonkan Datuk Husam Musa iaitu ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan untuk bertanding jawatan presiden.

Hadi sebelum ini disifatkan penganalisis politik, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, sebagai liabiliti kepada parti itu.

Dr Aziz, yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS dipetik sebagai berkata, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah dalam menyesuaikan parti itu dalam arena politik kini.

Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.

Dalam pada itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Hadi dengan berkata, PAS tidak perlu mengubah pemimpin hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi di Sarawak minggu lalu.

Sambil menegaskan tindakan menukar pemimpin hanya kerana pilihan raya sebagai “langkah kurang tepat”, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, seseorang pemimpin perlu ditukar hanya apabila pemimpin itu melanggar syariat.

Beliau kemudiannya berkata PAS mempunyai kaedah-kaedah yang tersendiri untuk memilih pemimpin.

sumber:tvs news

Saman Royalti Minyak : Kelantan Kemuka Rayuan


PUTRAJAYA 21 APRIL : Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS hari ini mengemukakan dua permohonan kepada Mahkamah Rayuan berhubung samannya membabitkan syarikat petroleum negara, Petronas berhubung dakwaan tidak dibayar royalti minyak dan gas.

Permohonan pertama adalah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan kerajaan pusat untuk menjadi pencelah dan defendan kedua dalam saman terhadap Petronas.

Permohonan kedua pula adalah supaya mahkamah mengeluarkan perintah supaya kes tuntutan royalti minyak itu dipindahkan semula daripada bahagian sivil ke bahagian dagang.

Dalam saman yang difailkan pada 30 Ogos tahun lalu, kerajaan negeri Kelantan hanya menamakan Petronas sebagai defendan dan difailkan di bahagian dagang.

Bagaimanapun awal tahun ini, ia dipindahkan ke bahagian sivil.

Mahkamah Rayuan tidak menetapkan sebarang tarikh bagi mendengar permohonan kerajaan negeri Kelantan itu.

Perkara itu timbul sebagai pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof di kamarnya hari ini.

Kerajaan negeri Kelantan menyaman Petronas atas dakwaan telah melanggar kontrak berhubung pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada kerajaan negeri Kelantan berhubung pendapatan minyak.

Dalam pernyataan tuntutan, kerajaan negeri itu antara lain memohon supaya dikeluarkan perintah terhadap Petronas agar membuat bayaran penuh dan mendedahkan semua fakta berkaitan dengan pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada Kelantan, termasuk sepanjang tempoh petroleum dikeluarkan, ditemui atau diperolehi di luar pesisir Kelantan; kawasan atau blok dari tempat petroleum itu ditemui atau diperolehi; dan jumlah pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada Kelantan.

Kerajaan negeri itu juga memohon semua bayaran wang tunai tertunggak yang ditentukan oleh mahkamah perlu dibayar dalam masa sebulan dari tarikh perintah mahkamah dikeluarkan.

Selain itu, Kelantan juga memohon dikeluarkan perintah bahawa semua bayaran wang tunai di masa depan, bagi petroleum yang dikeluarkan dari kawasan luar pesisir sepertimana ditetapkan dalam perjanjian petroleum itu, perlu dibayar kepada negeri oleh Petronas.-Malaysiakini

dua keinginan


Di keheningan malam, Sang Maut turun dari hadirat Tuhan menuju ke bumi. Ia terbang melayang-layang di atas sebuah kota dan mengamati seluruh penghuni dengan tatapan matanya. Ia menyaksikan jiwa-jiwa yang melayang-layang dengan sayap-sayap mereka, dan orang-orang yang terlena di dalam kekuasaan sang lelap.

Ketika rembulan tersungkur kaki langit, dan kota itu berubah warna menjadi hitam legam, Sang Maut berjalan dengan langkah tenang di tengah pemukiman -- berhati-hati tidak menyentuh apapun -- sampai tiba di sebuah istana. Dia masuk dan tak seorang pun kuasa menghalangi. Dia tegak di sisi sebuah ranjang dan menyentuh pelupuk matanya, dan orang yang tidur itu bangun dengan ketakutan.

Melihat bayangan Sang Maut di hadapannya, dia menjerit dengan suara ketakutan, "Menyingkirlah kau dariku, mimpi yang mengerikan! Pergilah engkau makhluk jahat! Siapakah engkau ini? Dan bagaimana mungkin kau masuk istana ini? Apa yang kau inginkan? Minggatlah, karena akulah empunya rumah ini. Enyahlah kamu, kalau tidak, kupanggil para budak dan para pengawal untuk mencincangmu menjadi kepingan!"

Kemudian Maut berkata dengan suara lembut, tapi sangat menakutkan, "Akulah kematian, berdiri dan membungkuklah kepadaku."

Dan si kaya berkuasa itu bertanya, "Apa yang kau inginkan dariku sekarang, dan benda apa yang kau cari? Kenapa kau datang ketika pekerjaanku belum selesai? Apa yang kau inginkan dari orang kuat seperti aku? Pergilah sana, carilah orang-orang yang lemah, dan ambillah dia! Aku ngeri oleh taring-taringmu yang berdarah dan wajahmu yang bengis, dan mataku bergetar menatap sayap-sayapmu yang menjijikan dan tubuhmu yang memuakkan."

Setelah diam beberapa saat dan tersadar dari ketakutannya, ia menambahkan, "Tidak, tidak, Maut yang pengampun, jangan pedulikan apa yang telah kukatakan, karena rasa takut membuat diriku mengucapkan kata-kata yang sesungguhnya terlarang. Maka ambillah emasku seperlunya atau nyawa salah seorang dari budak, dan tinggalkanlah diriku... Aku masih memperhitungkan kehidupan yang masih belum terpenuhi dan kekayaan pada orang-orang yang belum terkuasai. Di atas laut aku memiliki kapal yang belum kembali ke pelabuhan, dan pada hasil bumi yang belum tersimpan. Ambillah olehmu barang yang kau inginkan dan tinggalkanlah daku. Aku punya selir, cantik bagai pagi hari, untuk kau pilih, Kematian. Dengarlah lagi : Aku punya seorang putra tunggal yang kusayangi, dialah biji mataku. Ambillah dia juga, tapi tinggalkan diriku sendirian."

Sang Maut itu menggeram, engkau tidak kaya tapi orang miskin yang tak tahu diri. Kemudian Maut mengambil tangan orang itu, mencabut kehidupannya, dan memberikannya kepada para malaikat di langit untuk memeriksanya.

Dan maut berjalan perlahan di antara orang-orang miskin hingga ia mencapai rumah paling kumuh yang ia temukan. Ia masuk dan mendekati ranjang di mana tidur seorang pemuda dengan kelelapan yang damai. Maut menyentuh matanya, anak muda itu pun terjaga. Dan ketika melihat Sang Maut berdiri di sampingnya, ia berkata dengan suara penuh cinta dan harapan, "Aku di sini, wahai Sang Maut yang cantik. Sambutlah ruhku, impianku yang mengejawantah dan hakikat harapanku. Peluklah diriku, kekasih jiwaku, karena kau sangat penyayang dan tak kan meninggalkan diriku di sini. Kaulah utusan Ilahi, kaulah tangan kanan kebenaran. Jangan tinggalkan daku."

"Aku telah memanggilmu berulang kali, namun kau tak mendengarkan. Tapi kini kau telah mendengarku, karena itu jangan kecewakan cintaku dengan peng-elakan diri. Peluklah ruhku, Sang Maut terkasih."

Kemudian Sang Maut meletakkan jari-jari lembutnya ke atas bibir yang bergetar itu, mencabut nyawanya, dan menaruhnya di bawah sayap-sayapnya.

Ketika ia naik kembali ke langit, Maut menoleh ke belakang -- ke dunia -- dan dalam bisikan ia berkata, "Hanya mereka yang di dunia mencari Keabadian-lah yang sampai ke Keabadian itu."


Wahai para sahabatku, semoga catatan ini bisa bermanfaat dan bisa menjadi bahan renungan bagi kita.
Kita tak akan tahu kapan maut akan menjemput kita.
Dan kita tidak tahu, kematian seperti apa yang akan menyambut kita.
Apakah kita mati dalam keadaan khusnul khotimah ataukah dalam keadaan su'ul khotimah.
Wallahu a'lam bisawab.
^_^

Luasnya Neraka


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahwa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi niscaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di ujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di ujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: yaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibril:
"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibril diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, yaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibril juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadits Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahwa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandung lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua'lam

Semoga bisa menjadi bahan perenungan buat kita semua para sahabatku.
Insyaallah...

sumber:facebook

KASIH SAYANG, KEJAYAAN DAN KEKAYAAN


Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga
orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk
dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua,
tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah
saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.

"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun
memberitahunya kejadian tersebut.

"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka
masuk ke dalam sekarang!"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke
dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.

"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :

"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah
seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, "
Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan
berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang
kamu ingin jemput kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara
tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata.

"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi
rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput
Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu
dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan
pandangannya :

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita
ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada
isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana
satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu
kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki
yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun
bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau
Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah
menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi
bersamanya. Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan
Kejayaan!"

kasih sayangNYA


~Barang siapa mengira terlepasnya sifat kasih sayang Allah dari ketetapaNya(sewaktu ia menetapkan kesakitan,kemiskinan dan seumpamanya)maka yang demikian itu kerana kejahilan pengertiannya~Pesanan Al-Imam Ibnu Athaillah Assakandary *Kita merasa kecewa apabila di tinggalkan oleh orang yang kita sayangi.
*Kita keluh kesah kerana sentiasa di rundung malang.
*Kita sentiasa berdukacita kerana kesempitan wang dan ketiadaan harta.
*Kita kebimbangan dengan keadaan diri yg serba kekurangan.
Pendek kata jiwa kita gundah di landa ribut kecewa dan hilang segala kedamaian apabila mushibah mendatang.Kita rasa Allah swt zalim pd diri kita....mengapa jadi bergini..?mengapa tidak menjadi yang kita harapkan.....tetapi sangkaan kita itu sebenarnya salah.Inilah yg di ingatkan dalam surah Asy-Syu'araa:ayat 209
~Dan kamu tidak akan dianiaya(oleh Allah)walau sedikitpun~
Allah maha penyayang dan maha mengetahui segala perancangan dan anugerah-Nya itu tentu ada sebab tertentu.Mungkin Allah ingin menduga sejauh mana kekuatan iman kita dan mungkin juga inilah balasan dari perbuatan kita.Terimalah dengan redha.InsyaAllah...kemungkinan ketidaksesuaian waktu dan masa ....Allah swt ingin melihat kesungguhan kita bermunajah pada-Nya...berterusan dengan sabar.
~Akan dikabulkan(doa) seseorang kamu selama dia tidak terburu-buru sehingga dia mengatakan Aku sudah berdoa tetapi tidak dikabulkan~Hadis riwayat Bukhari,Muslim,Abu Daud dan At-Termizi
Bersabarlah datangnya rahmat Allah segala ketentuan-Nya pasti terselit seribu hikmah jika kita menggunakan akal dan iman untuk merenung setiap pemberianya.

*Ya Allah damaikanlah jiwa yang gundah ini,tenangkanlah hati yang parah ini kembalikan ketenangan dan keredhaan agar bertakhta di hati serta jiwa hamba-MU ini...Amin*Berbahagialah pemilik hati yg sabar

Untuk santapan peribadi diriku dan sahabat-sahabatku....

Selasa, 19 April 2011

Perkhidmatan Blogger akan dihentikan !

Terkejut jugak tadi bila dapat tahu pasal perkhidmatan Blogger akan dihentikan mulai 25 Jun 2011. Kalau betul la cite nie. Memang parah la kepada blogger yang masih menggunakan platform blogspot. Sah-sah tak ada pilihan lain .. melainkan beralih ke hosting domain berbayar yang lain seperti Wordpress dan sebagainya.

blogger service

Tapi setelah dibaca berulang-ulang kali (Google Buzz). Baru la faham. Rupa-rupanya .. pengguna Blogger yang mendaftar dan menggunakan email selain Gmail (contoh: Email Yahoo) untuk log in ke dalam blogger .. akan berdepan dengan situasi dimana blogger mereka akan dihapuskan sama sekali. Selain itu .. bagi yang tidak pernah log in ke dalam blog mereka semenjak 2007. Mereke juga akan berdepan dengan masalah yang sama.

Jadi untuk menggelakkan perkara ini dari berlaku. Google memberi peluang kepada pengguna tersebut untuk mengemaskini dan memindahkan permission akaun blogger mereka ke akaun Google.

Cara-caranya memindahkan akaun
1. Daftar dulu akaun Gmail bagi yang belum ada.
2. Kemudian .. sign ini blog seperti biasa. (Cth; guna email Yahoo).
3. Klik pada bahagian Setting > Permission > dan kemudiannya klik Add Authors
4. Kemudian masukkan email Gmail anda dan klik Invite.
5. Seterusnya login akaun Gmail tadi.
6. Tengok kat inbox. Kalau ada email jemputan. Klik link untuk pengesahan .
7. Kalau ada notis "To join this blog as an author, accept the invitation by signing in with your Google Account here". Terus klik 'Here' dan paparan dashboard blog anda akan muncul.
8. Seterusnya .. logout akaun gmail tersebut dan login pula menggunakan email yang mula-mula tadi ( Email Yahoo )
9. Klik kat Settings > Permissions
10. Kat situ anda akan nampak ada nickname dan email baru yang anda add sebentar tadi sebagai author.
11. Klik kat grant admin privileges.
12. Dah siap .. seterusnya anda boleh try log in blogger menggunakan email gmail baru.
13. Kalau dah betul-betul yakin anda boleh menggunakan nikname baru. Seterusnya anda boleh delete nickname dan email lama.

Wahai Adam....Selamilah Dan Amatilah Keindahan Cinta...


Wahai lelaki...wahai adam...

Lindungilah hawa ♥ selagi kamu mampu,bukan menyakitinya..

Bimbingilah hawa ♥ di jalan NurNya,bukan menyesatkannya..

Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya..

Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling membantu..

Hilangkanlah egomu kerna itu api yg membenamkan nur kebahgiaan..

Jaga diri hiasi peribadi, kelak tunggu lah dia sbg bidadarimu ♥...

Ingatlah wahai lelaki..

Wahai lelaki jua wahai adam...

Taklukilah hati wanita hawa ♥ itu dengan bicara keikhlasan cintamu...

Bukan mengharapkan balasan...

Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu..

Hamparkan padang keikhlasanmu dengan memberikan kedua telingamu untuk mendengarkannya...

Wangikan mulutmu dengan bicara kitab Ilahi,

Ajarkan ia perihal sunnah junjungan mulia..

Atur langkahmu menuju jalan rimba berdaunkan kejujuran...

Indah pelangi di langit tinggi,indah lagi pelangi di hati..

Bila bersemi bersama cinta Ilahi...

Ingatlah lelaki..Ingatlah adam

Wahai adam..

Amatilah keindahan pelangi ciptaan Ilahi,begitu cantik pada warna kebesaran ciptaannya..

Begitu juga indahnya pelangi cinta di hati ini..

Wahai adam beringatlah kamu..!~..

Tatkala hati bertaut buat hawa..

Datanglah menjemput CINTA ♥ dengan senyuman keikhlasan..

Bicara kesetiaan dengan sapaan kejujuran..

Senyuman tanda kau benar2 mencintainya ♥

Tanamkan bunga2 cinta kesyukuran atas zat & nikmat kekuasaan Ilahi..

Menadah dua tangan menangis kesyukuran..

Dengan izinNya maka dibenarkan kau untuk merasa..

Merasa apakah itu perasaan cinta dengan sebaik2 penilaian...

Dengan sebaik2 rujukan...

Baluti cintamu padanya dengan tangisan betapa dirasa diri itu kerdil...

Bukan dengan kemegahan pada maksiat bisikan syaitan, jauhinya! bunuhinya..

Eratkan matamu melihat kalamNya..

Lunakkan telingamu dan ajarinya dengan nafas alunan suci Quran ♥

Rajinkan kakimu bersamanya melangkah munuju dakwah

Wangikan mulutmu dengan penenang hati zikrullah

Perihal Junjungan mulia ajarinya satu per satu,,

Maka bertaut lah cinta berkati..Subhanallah..

Alangkah bertuahnya berada di bawah Nur Islam di mana segala kesusahan, kesakitan, kesedihan, kerinduan, kegelisahan yang dihadapi dapat diharungi bersama dengan sabar dan redha mengkafarahkan dosa-dosa kecil..

Bukankah kamu lelaki punya peranan besar terhadap hawa..

Lindungilah hawa itu.jadilah pemimpin imamnya yang terbaik.

Itulah sebenar benar CINTA ♥

wahai adam..sayang jua yang tidak sesekali mencampakkan ke neraka...

Cinta yang membawa ke syurga bahagia abadi...

Maka yang itu.. tunggu lah hawa itu sbagai bidadarimu kelak di syurga ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More