SUBHANALLAH....

“Allah swt akan turun ke langit dunia pada setiap malam ketika akhir 1/3 malam dan berkata : Akulah Tuhan , Akulah Tuhan. Barang siapa yang berdoa kepadaKU akan aku penuhi doanya , Barang siapa yang meminta kepadaKu akan aku beri kepadanya ,barangsiapa yang memohon ampun kepadaKu , akan aku ampunkan dosanya.” (HR Imam Bukhari : 1145 , Muslim : 758 , Tirmizi : 239 )

ALLAHU AKBAR

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

indahnya Ciptaan ILAHI

♥♥♥Allah SWT berfirman,Katakanlah (Muhammad “Jika kamu benar-banar mencintai Allah,ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.”. [Ali Imran:31]

dosa2ku bagai buih dilautan..YA ALLAH AMPUNILAH segala dosa2 HAMBAMU ini YA RABB..

Ku ingin terbang bebas macam burung ini....

Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur di dalam mentaati Allah." (Hadis Riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya)

Khamis, 31 Mac 2011

MATINYA HATI

Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Orang yang hatinya mati tidak dapat membezakan antara kebaikan dengan keburukan. Mereka tidak dapat merasai kemanisan apabila melakukan perkara yang baik.

Ingatlah amaran Allah kepada golongan begini menerusi firman-Nya yang bermaksud: Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yg nyata. (al-Zumar: 22)

Rasulullah SAW bersabda tentang cara bagaimana memastikan hati kita tidak mati. Sabda baginda yang antara lain bermaksud ada lima perkara bagi mengelak hati mati.

Pertama, jangan tinggal majlis-majlis ilmu; jangan tinggal zikir pada Allah. Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: Ketahuilah! Dengan mengingati Allah (zikir) itu tenang tenteramlah hati manusia. (al-Ra’d: 28)

Jangan lupa membaca al-Quran, jangan tinggal bangun malam untuk qiamullail dan jaga pemakanan daripada yang syubhat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati.

sumber:http://www.facebook.com/photo.php?fbid=144232172303795&set=a.121864337873912.18610.100001510380647

Dewan Muslimat Pas Kelantan

“Dulu kita mengaji ugama, di masjid di balaisah. Mengaji tentang haid, nifas dan sebagainya. Padanlah dengan dulu kita di balaisah dan pondok sahaja. Sekarang kita menongkat pemerintahan, masih juga mengaji dengan Nabi. Nabi dahulu diangkat ke langit untuk diberi amanah berat berpolitik. Rebah dan jatuh terlentang baginda membawa politik selama tiga puluh tahun.”

“Secara psikologi, orang perempuan lebih tinggi kasih-sayangnya. Mengandung, mengelek, mengendong anak, dan menghantar anak-anak ke sekolah serta universiti. Jangan sampai anak-anak yang kita sayang ini masuk neraka. Jangan sampai keluarga yang kita jaga ini menderhaka Tuhannya. Ia tidak mustahil kalau kita beri negara ini kepada orang yang tidak berfikir panjang ke akhirat, mereka mencorakkan anak-anak kita untuk masuk neraka.

Syurga neraka adalah perkara ghaib dan Quran memandu kepada perkara-perkara ghaib. Benda ghaib tidak dapat dilihat, tidak dapat dihidu tetapi Allah dah memandu kita melalui QuranNya. Apa yang Quran bawa adalah untuk semua, Melayu, Cina, India, Arab, Bangla sebab Islam rahmat untuk sekalian alam. Jadi kenapa perlu pilih nasionalis yang memilih kaum tertentu sahaja?”


sumber:dewan muslimat pas kelantan

CICO UJI RASHID BERSERBAN DI MASJID ALAZIM PANDAN

Alhamdulillah. Sekurang2nya dia hadir ke masjid tlh menunjukkan dia tlh berubah

Kelibat Cico Uji Rashid kelihatan bersama dengan Sdr Bob Lokman dan Ustaz Zulkifli Ahmad selepas kuliah mahgrib yang dijalankan di Masjid Al Azim, Pandah semalam (30 Mac 2011)...

Doa Kekasih

Sesungguhnya, hati kita adalah milik Allah....


بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah....

Seandainya telah Engkau catatkan..

Dia milikku tercipta buatku..

Satukanlah hatinya dengan hatiku...

Titipkanlah kebahagiaan antara kami...

Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...

Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...

Seringkanlah kami melayari hidup ini...

Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...

Seandainya telah Engkau takdirkan

Dia bukan milikku...

Bawalah dia jauh daripada pandanganku...

Luputkanlah dia dari ingatanku...

Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...

Berikanlah aku kekuatan...

Menolak bayangannya jauh ke dada langit...

Hilang bersama senja yang merah...

Agarku sentiasa tenang...

Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...

Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan

Adalah yang terbaik untukku...

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...

Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...

Di dunia dan akhirat...

Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu

yang daif ini...

Jangan Engkau biarkan aku sendirian...

Di dunia ini mahupun di akhirat...

Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...

Agar aku dan dia sama-sama dapat

membina kesejahteraan hidup...

Ke jalan yang Engkau redhai...

Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...

Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...

Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin....


sumber:facebook

IBU & KITA

Ketika berusia 1 tahun :

-Ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia 2 tahun :

-Ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan berlari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

Menjelang usia kita 3 tahun :

-Ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan tersebut ke lantai.

Berusia 5 tahun :

-Ibu membelikan sepasang pakaian baru. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bergolek-golek dalam lopak air yang kotor.

Setelah berusia 6 tahun :

-Ibu memimpin tangan kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit, 'TAK NAK! TAK NAK!'

Apabila berusia 7 tahun :

-Ibu membelikan sebiji bola. Kita ucapkan terima kasih dengan cara memecahkan cermin tingkap jiran.

Ketika berusia 9 tahun :

-Ibu menghantar kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

Apabila berusia 12 tahun :

-Ibu menyuruh kita mengulang kaji pelajaran, cara kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan asyik menonton televisyen.

Menjelang usia 13 tahun :

-Ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat, kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai dengan zaman sekarang.

Berusia 15 tahun :

-Ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan serta ciuman. Kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Menjelang usia 18 tahun :

-Ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita akan ke IPT, kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama-sama rakan.

Berusia 20 tahun :

-Ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa, kita jawab, 'itu bukan urusan ibu'.

Menjelang usia 24 tahun :

-Ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanya tentang perancangan msa depan, kita menjeling dan merungut, 'ibuuuuu toollloooonggglaah'

Ketika berusia 25 tahun :

-Ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkahwinan kita, ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun :

-Ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita dengan megahnya berkata "itu dulu, sekarang zaman moden".

Ketika usia 40 tahun :

-Ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri kendara kampung, kita berkata "kami sibuk, tak ada masa nak datang".

Apabila berusia 50 tahun :

-Ibu jatuh sakit dan minta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.

Kemudian, suatu hari kita mendapat tahu ibu telah meninggal!!!

Khabar itu bagai petir dan dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu...

Jika ibu masih ada, sayangilah dia. Jika ibu telah meninggal dunia, sedekahkanlah al-Fatihah kepadanya. Ingatlah kasih sayangnya, sayangilah ibu kerana kita hanya ada seorang sahaja ibu kandung....


sumber: facebook

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

  • Petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja kita berada:-

Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT tipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.

Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

04.Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.

Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

06.Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

07.Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]


sumber: facebooke

Rabu, 30 Mac 2011

Senaman poco-poco haram - Mufti Perak


IPOH, 30 Mac: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senama poco-poco diharamkan.

Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.

"Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.

Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.

Sebelum ini media sentiasa sahaja menyiarkan aktiviti Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sering melakukan senaman poco-poco ini khasnya di tempat awam.

Bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga pernah melakukan senaman ini di atas pentas bersama isteri dan pembesar negara yang lain. (gambar atas)

sumber:http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31589:-senaman-poco-poco-haram-mufti-perak&catid=1:utama&Itemid=50


Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

NONEBeliau berkata, selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.

Zambry berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.

Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

sumber:http://www.malaysiakini.com/news/160111

Selasa, 29 Mac 2011

ALLAH SURUH TUTUP AURAT! BUAT TAK???




بسم الله الرحمن الرحيم
Kepada semua umat islam pasti sudah tahu batas2 aurat kita kan?? so tak payah la CP nak terangkan lagi satu persatu. kenapa kita tutup aurat??well..sebabnya itu semua adalah perintah Allah kan?? tapi kenapa masih ade lagi umat islam yang ingkar perintah Allah nie? waallahualam..

kita dengar cakap mak kite kan??
dengar cakap ayah!
kita dengar cakap cikgu kat sekolah!
ikot peraturan jalan raya sebab takot kene saman dengan polis.
tak berani melanggar peraturan negara sebab nanti masuk jail.

Tapi!!!! kenapa susah sangat nak ikot peraturan yang ALLAH SWT dah tetapkan???penah fikir tak?siapa yang lagi berkuasa dari semua2 nie??siapa yang memberi keizinan kepada kita hidup dimuka bumi nie??hmm..
Paling senang dan paling ramai yang ingkar adalah suruhan ALLAH SWT terhadap perlunya seorang umat islam tu menutup aurat. Lagi best ade setengah orang yang bila ditanya kenapa tak bertudung atau tidak menutup aurat jawapannya

'tak sampai seru lagi la'

waahh macamne kalo maut sampai dulu sebelum seru???fikir2 kan lah..balasan kepada yang mendedahkan aurat telah diberitahu. jika hati kental menerima nya silakan lah! waallahualam..

satu lagi perkara yang selalu didengari..

'ishk walaupon aku tak bertudung perangai aku xde la seburuk die..bertudung je lebih..perangai teruk!'

Baik sangat kah kita kalo ingkar suruhan ALLAH?? suruhan ALLAH tu pon kita xdapat ikot macamne lah agaknya hidup kita kan??

Dan untuk kaum adam pula..jika anda sudah berkahwin dan mempunyai anak..didiklah anak2 anda kearah kebaikan.jagalah aurat mereka..kerana dari pandangan CP walau seorang lelaki itu mempunyai pangkat yang tinggi, dihormati oleh semua orang, kaya dan seba serbi boleh tapi masih gagal jika tidak dapat mendidik anak dan isteri untuk menutup aurat!

Tahukah kamu bahawa seorang suami dan bapa akan dipersoalkan tentang ini di akhirat kelak..kerana gagal mendidik anak dan isteri untuk menutup aurat!

Si anak pula tak kasihan ke pada mak & ayah??lagi2 yang telah meninggal dunia..mereka bakal dipersoalkan! sedih rasenya.

Tapi kalo da menutup aurat tu.perangai tolong lah jaga! kita sebagai seorang muslimah mempunyai tanggungjawab untuk menjaga nama baik agama kita! tak payah lah buat perkara yang menjatuhkan image seorang muslimah. CP rase malu kalo keluar ke shopping mall nampak pasangan kapel yang berpeluk2an..kamu menutup aurat tapi kamu berpeluk2an dengan lelaki yang bukan muhrim! buruk betol rupenya..please don't do this at anywhere ok! ;p behave ur self!

dan ade juga lelaki yang suka tengok isteri atau aweknya yang free hair, yang sexy, bangga sikit nak tunjuk kat orang kan!!!! perghh memang cantek beb! mantopz sungguh la..balasan di akhirat nanti pon xkurang hebatnya..mantopz lagi lazat!

Nak tanya yang perempuan nak ke lelaki macamni dibuat suami??OMG..jap g dia nampak yang lagi sexy dan mantopz..die hye2 bye2 kat kita! time tu rasekan lah!

Yang lelaki pulak nak ke perempuan yang sexy maxi tu?? ntahlah...tapi selalu dengar deorang ckp 'orang macamni setkat buat skandal boley la..nak wat bini carik yang solehah sikit la beb!' ;p

hahaha macam2 ragam..psstt org lelaki nie kalo da mengumpat lagi dasat dari pompuan taw!!ha yang nie fakta bukan auta yer.

semoga kita dapat membezakan mana perkara yang baik dan mana perkara yang buruk..sila renung2kan dan selamat beramal!

SEMOGA PENAMPILAN KITA SELARAS DENGAN KEPERIBADIAN KITA!


Jenis-jenis darah kaum hawa

Allah telah menetapkan kepada kaum wanita beberapa jenis darah yang keluar dari kemaluan .. dan mempunyai hukum yang berbeza antara satu sama lain .. mengenali jenis-2 darah dan hukum ini adalah wajib kerana ia berkaitan dengan ibadah ..

Bagi seorang yang mengaku islam .. maka ia wajib mengetahui jenis-2 darah dan hukumnya kerana ia adalah fardhu ‘ain .. sesiapa yang tidak tahu membezakan jenis darah .. hukumnya adalah berdosa.

Antaranya seperti:-

-darah haid

-darah nifas

-darah wiladah :

-darah tolak

-darah fasak

Hukum scan bayi dalam kandungan

Soalan :

Adakah dibolehkan membuat scan kandungan ibu untuk mengetahui jantina bayi yang akan dilahirkan? Adakah dibulehkan ke dalam islam?

Jawapan
Tidak menjadi kesalahan melakukan scan kepada ibu2 yg sedang hamil dengan tujuan ingin mengetahui jantina bayi yang sedang berada di dalam kandungan dengan syarat amalan tersebut tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayi tersebut dan mestilah di lakukan oleh doktor wanita. Tidak harus dilakukan oleh doktor lelaki yang bukan mahram sekalipun suami ada bersama ketika scan dilakukan kerana scan ini tidak termasuk perkara dharurah.

Apabila keputusan scan telah di putuskan hendaklah kita faham bahawa keputusan tersebut tidak semestinya betul 100% kerana hanya Allah swt yang bersifat dengan amat mengetahui segala perkara yang ghaib.

Firman Allah swt yang bermaksud :
“Sesungguhnya hanya Allah swt yang amat mengetahui segala yang ghaib pada langit dan pada bumi”.

Artinya keputusan scan tersebut boleh jadi salah dan boleh jadi betul. Ada beberapa kes yang telah di laporkan berlaku kesalahan berkenaan keputusan jantina yang akan lahir ini. Apabila telah diketahui jantina bayi pula, kita mestilah redha dengan apa jua jantina yang dikandung itu kerana anak adalah merupakan nikmat yang sangat besar dan suatu amanah yang sangat berat. Amalan berduka apabila mengetahui jantina anak tidak sebagaimana yang diingini adalah salah disisi syara’ dan ini merupakan amalan jahiliyyah sebagaimana umat2 musrikin arab yang tidak suka apabila melahirkan anak perempuan sebagai contoh.

Jadi yang haramnya bukan terletak pada scan tersebut tetapi pada tindakan kita apabila mengetahui jantina anak samada masih didalam kandungan atau setelah dilahirkan.

Wallahua’lam..


sumber: Ustaz Azhar

balasan makan haram

Ingatlah .. segala makanan yang masuk ke dalam perut kita boleh memberi kesan yang baik atau buruk .. umpamanya makan haram .. maka Allah tidak menerima segala amalan kita .. walaupun solat itu sah .. tapi tidak diangkat kelangit ..

sabda nabi .. setiap daging yang tumbuh dari hasil yang haram .. maka api nerakalah yang lebih layak untuknya .. na’uzubillah .. jauhilah kita & keluarga & saudara dan mereka yang mengaku saudara kita dalam islam dari memakan dari sumber yang haram.

Mari Kita Check Diri Kita

Perkara Yang Membuat Kita Hilang INGATAN dan TUMPUL MINDA :


Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu, air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam

......dan yang paling penting dibawah ini........

selamat beramal....

sumber:http://fiqsan4.blogspot.com/2009/12/mari-kita-check-diri-kita.html

Syaitan Bisu

SHAH ALAM 29 MAC : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama tertentu sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap kepada lebih 20,000 orang di Stadium Malawati malam tadi, Hadi, menegur pemimpin agama yang enggan tampil menyatakan pendirian terhadap fitnah video seks awal minggu lalu.

Setakat ini hanya bekas Mufti Dr Mohd Asri Zainu Abidin menyatakan rasa keji beliau atas taktik kotor yang digunakan untuk menjatuhkan musuh politik dan menggesa rakyat Malaysia khususnya umat Islam untuk menolak perbuatan seumpama itu.

Namun Mufti-mufti yang lain khusus Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang selama ini banyak memberikan pendapat atau komen menyentuh pembangkang berdiam diri atas serangan peribadi terbaru ke atas Anwar Ibrahim.

“Di mana kalangan yang suka bercakap selama ini, jangan jadi syaitan bisu. Siapa yang diarahkan untuk berkata benar tapi tidak melakukannya adalah syaitan bisu,” kata Hadi lagi.

Semalam, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap pendedahan rakaman video seks minggu lalu.

Presidennya Rev. Dr Thomas Philips berkata, menyifatkan penayangan video lucah itu sebagai perkembangan politik yang menjijikan.

Abdul Hadi menegaskan pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu adalah i “permainan politik” kotor dan bertentangan dengan ajaran Islam.

“Kita sedang mengalami satu peristiwa permainan politik yang sangat kotor bukan sahaja mengikut ajaran Islam yang sepatutnya umat Islam menjadi contoh kepada umat lain bahkan bercanggah dengan amalan-amalan demokrasi yang diamalkan oleh masyarakat sejagat,” katanya.

Abdul Hadi meminta Umno supaya bertaubat dan berhenti menggunakan taktik keji untuk kelangsungan politiknya.

“Jangan kita anggap kezaliman itu adalah kekuatan kepada sesuatu kerajaan. Kezaliman menandakan kerajaan sudah nyanyuk, mengalami kelemahan dan meraba-raba serta membuat apa sahaja untuk mengekalkan pemerintahan,” katanya.

Beliau mengingatkan Barisan Nasional bahawa bahawa setiap fitnah dan penyelewengan yang berlaku merupakan tanda-tanda perubahan bakal disaksikan.

“Percayalah wahai pemimpin-pemimpin Barisan Nasional kamu tidak boleh kekal selama-lamanya dan percayalah kita semua bahawa fitnah-fitnah, kezaliman yang disebar, penyelewengan yang berlaku adalah tanda-tanda awal perubahan akan berlaku,” ujar beliau sambil disambut dengan laungan Takbir. - tvs

Lebih 150 Rumah Di Kedah Rosak Teruk Dilanda Ribut


ALOR SETAR 29 MAC : Lebih 150 rumah penduduk di negeri ini rosak teruk selepas dilanda ribut kencang yang disertai hujan lebat petang semalam sehingga meranapkan sebuah daripadanya.

Tiga kawasan yang dilanda ribut itu adalah di Kuala Kedah, Alor Setar dan Pokok Sena.

Ribut kira-kira dua jam yang bermula pukul 6 petang itu meranapkan sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) milik Shafie Chat, 70, di Kampung Simpang Empat Kuar, Mukim Padang Lalang, Alor Janggus.

Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Kota Setar Rusmini Meh berkata pegawai-pegawai jabatan itu telah dihantar ke kawasan terbabit untuk mendapatkan butiran lengkap bagi membolehkan bantuan disalur kepada semua mangsa.

Sementara itu, Timbalan Ketua Umno bahagian Kuala Kedah Datuk Abdul Mutalib Haron melawat mangsa ribut itu dan menghulurkan bantuan segera kepada mereka sehingga pukul 1 pagi ini.

Beliau berkata Umno Kuala Kedah juga akan menggerakkan persatuan Belia 4B di kawasan terbabit untuk bergotong-royong membaiki rumah yang rosak itu.

-Bernama-

AMALAN MENGUATKAN INGATAN

Saidina Ali Bin Abi Tolib RA pada suatu hari telah mengadu kepa Rasulullah SAW tentang kesukarannya untuk menghafal al-quran dengan baik. Lantaran itu, Rasulullah SAW mengajarnya agar melaksanakan solat sunat 4 rakaat dan membaca surah-surah tertentu pada setiap rakaat. Kemudian diikuti dengan doa meminta kepada Allah SWT agar membuka pintu hati bagi mempermudahkan hafazan. Rasulullah SAW menyatakan kepadanya dengan mafhumnya: Laksanakanlah ia sebanyak 3 kali, 5 kali, atau 7 kali pada setiap malam-malam jumaat secara berturut-turut, nescaya tidak akan tersilap barang sedikitpun (ketika menghafalnya).

Amalan ini dikenali juga dengan Solat Hifzi Quran. Imam Daruqutni ketika meriwayatkan hadith di atas menyatakan solat sunat hifzi quran lebih elok jika dilaksanakan pada sepertiga akhir malam jumaat.

Berikut adalah kaedah solat sunat hifzi quran seperti yang dinyatakan oleh Ali Al-Qari di dalam kitabnya, Mirqaat Al-mafatih Syarah Mishkaat Al-Masobih, bab At-Tatawu';

# Solat sunat empat rakaat dengan setiap rakaat selepas bacaan Al-fatihah membaca surah berikut:-
Rakaat pertama : Surah Yaasin
Rakaat kedua : Surah Ad-Dhukhan
Rakaat ketiga : Surah As-sajjadah
Rakaat keempat : Surah Al-Mulk
# Dilakukan dengan 4 rakaat serta 2 salam pada waktu malam.
# Boleh dilakukan secara berseorangan atau secara berjamaah.
# Selepas membaca tahyat akhir, mulakan doa dengan bertahmid memuji-muji Allah Taala, berselawat kepa Rasulullah SAW, mendoakan keampunan sekelian orang-orang mu'min seraya memohon doa seperti berikut;


اللَّهُمَّ ارحَمْنِي بِتَركِ الْمَعَاصىْ أَبَدًا مَّا أَبْقَيْتَنِيْ وَارحَمْنِيْ أَنْ أَتَكَلَّفَ مَالايُعْنِيْنِىْ وَارْزُقْنِيْ حُسْنَ النَّظَرِفِيْمَا يُرضِيْكَ عَنِّيْ


Ya Allah, Kasihanilah aku agar aku mampu meninggalkan maksiat selama mana kau hidupkan daku. Dan kasihanilah daku dari melakukan perkara yang tidak membawa erti kepadaku. Dan kurniakan daku rezeki agar aku mampu menilai dengan sebaik-baik penilaian pada apa yang Kau reda akannya keatasku.


اللَّهُمَّ بَدِيعَ السَّمَوَاتِ والأَرْضِ ذَالْجَلاَلِ وَالإكْرَاِم وَالْعِزَّةِ الَّتِي لاَتُرَامُ أَسْأَلُكَ يَااللهُ يَارَحْمَن بِجَلاَلِكَ وَنُورِوَجْهِكَ أَن تُلزمَ قَلْبِي حِفْظَ كِتَابِكَ كَمَا عَلَّمْتَنِى وَارْزُقْنِي أَنْ أَتْلُوَهُ عَلَى النَّحْوِ الَّذِي يُرْضيكَ عَنّي.


Ya Allah, wahai Tuhan yang menciptakan langit-langit dan bumi, yang mempunyai keagungan dan kemulian, dan memiliki keizzahan yang tiada bandingan, aku memohon kepadaMu ya Allah, ya Rahman, dengan keagunganMu dan cahaya wajahMu agar aku Kau tetapkan hatiku menghafal kitab suciMu seperti yang Kau ajarkan, dan kurniakan aku rezeki agar aku dapat membacanya seperti mana yang Kau kehendaki dan Kau redai atasku.



اللَّهُمَّ بَدِيعَ السَمَوَاتِ وَالأَرْضِ ذَالْجَلاَلِ والإكْرَامِ وَالْعِزَّةِ الَّتِى لاَ تُرَامُ أَسْأَلُكَ يَا اللهُ يَارَحْمَن بِجَلاَلِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَن تُنَوّرَبِكِتَابِكَ بَصَرِي وَأَن تَطْلُقَ بِهِ لِسَانِي وَأَن تَفَرّجَ بِهِ عَن قَلْبِي وَأَن تَشْرَحَ بِهِ صَدْرِي وَأَن تَسْتَعْمِلَ بِهِ بَدَنِي فَإِنَّهُ لاَ يُعِينَنِي عَلَى الْحَقِّ غَيْرَكَ وَلاَيُؤْتِينِيهِ إلا أَنتَ وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلا بِاللهِ الْعَلِيّ الْعَظِيمِ



Ya Allah, wahai Tuhan yang menciptakan langit-langit dan bumi, yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, dan memiliki keizzahan yang tiada bandingan, aku memohon kepadaMu ya Allah, ya Rahman, dengan keagunganMu dan cahaya wajahMu agar Kau terangkan mataku dengan cahaya kitabMu, agar Kau lazimkan lidahku membacanya, agar Kau lepaskan segala kesukaran dari hatiku, agar Kau lapangkan dadaku, agar beramal seluruh jasadku dengannya, sesungguhnya tiada siapa yang dapat membantuku ke arah kebenaran kecuali Engkau, dan tiada siapa yang mampu mendatangkan kebenaran kecuali Engkau, dan tiada daya dan upaya kecuali dengan izinMu ya Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.


sumber: senjata mu'min

Isnin, 28 Mac 2011

Solat Dalam Kenderaan

Diriwayatkan daripada Jabir r.a: “Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke mana pun baginda menghadap dan ketika Nabi SAW hendak mengerjakan solat wajib Nabi SAW turun dari tunggangannya dan solat menghadap kiblat (Kaabah di Mekah).” (Al-Bukhari) Huraian: Islam mewajibkan kita melakuka […]

PETUA MEMBINA RUMAHTANGGA BAHAGIA


1.Berbicara dengan lemah lembut, memanggil dengan panggilan kesayangan serta memandang dengan penuh kasih sayang antara suami dan isteri.

2.Membersihkan diri, penampilan rapi dan bersih, berhias dan memakai wangi-wangian terhadap pasangannya.


3. Jujur dan amanah, jangan memandang rendah kepada pasangan, saling mengalah dan memaafkan dan paling penting perhatikan kelebihan pasanagn malah sekiranya ada kekurangan segera tutupi ia daripada pengetahuan orang lain.

4.Jangan mencela masakan isteri, berusaha meringankan beban kerja pasangan, tidak membandingkannya dengan orang lain serta menjauhi hal-hal yang menimbulkan kecemburuan pasangan.

5. Selalu berpegangan tangan, bergurau senda, saling membelai kerana dengan cara ini pasangan akan merasai dirinya sentiasa diperlukan.

6. Jadikan kamar tidur tempat yang peribadi, bersih, harum dan masa yang menyenangkan pasangan.

7. Saling menasihati dan cuba meringankan beban yang ditanggung pasangan.

8. Peruntukkan waktu khusus bersama pasangan seperti makan bersama, solat berjemaah pada waktu tertentu seperti maghrib dan isyak dan bersiar-siar bersama dengan anak di taman.

9. Saling mendoakan dan merindui apabila berjauhan.

sumber:http://nur-mawarberduri.blogspot.com/?zx=211e50e459c34a56

Hapuslah Air Mata di Pipi Dan Hilangkan Lara di Hati


Dengan Nama Allah yang Maha Sempurna..


Kegelisahan, kedukaan dan air mata adalah bahagian dari sketsa hidup di dunia. Titisan air mata yang bermuara dari hati dan berselimutkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan sehingga membuat keresahan dan kebimbangan. Kedukaan kerana kerinduan yang teramat sangat dalam menyebabkan kepesihan yang menyesakkan rongga dada. Jiwa yang rapuh pun berkisah pada alam serta isinya, bertanya dimanakah pasangan jiwa berada. Lalu hati menciptakan serpihan kegelisahan, bagai anak kecil yang hilang dari ibunya di tengah keramaian.
Keinginan bertemu dengan pasangan hidup, bukankah itu sebuah fitrah? Semua itu hadir tanpa disedari sebelumnya, sehingga tanpa sedar telah menjadi bahagian hidup yang tak terpisahkan. Sebuah fitrah pula bahawa setiap wanita ingin menjadi seorang isteri dan ibu yang baik dibandingkan menjalani hidup bersendirian. Dengan sentuhan kasih sayang dan belaiannya, akan terbentuk jiwa-jiwa yang soleh dan solehah.
Betapa mulianya kedudukan seorang wanita, apalagi jika dia seorang wanita beriman yang mampu membina dan menjaga keindahan cahaya Islam hingga memenuhi setiap sudut rumah tangganya.

Allah swt pun telah menciptakan wanita dengan segala keistimewaannya iaitu hamil, melahirkan, menyusui hingga ketaatan dan memenuhi hak-hak suaminya laksana arena jihad fisabilillah. Kerananya, yakinkah hati itu tidak terguris ketika melihat perkahwinan wanita lain yang muda darinya?

Pernahkah kita menyaksikan kepedihan wanita yang berazam menjaga kehormatan diri hingga dia menemukan kekasih hati? Dapatkan kita menggambarkan perasaanya yang merintih saat melihat kebahagiaan wanita lain melahirkan anak? Atau tidakkan kita melihat sekilas tatapan sedih matanya ketika melihat aqiqah anak wanita lain?
Letih..

Sungguh amat letih jiwa dan raga. Sendirian mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa, tanpa tahu adakah teman sejiwa yang menunggu di sana.

Wahai saudari solehah sekalian,

Dalam Islam, kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini saja, kerana masih ada akhirat. Memang, setiap manusia telah diciptakan berpasangan, namun tidak hanya dibatasi di dunia fana ini saja. Seorang yang belum menemukan pasangan jiwanya, insya'Allah akan dipertemukan di akhirat sana, selama dia beriman dan bertaqwa serta sabar atas ujianNya yang telah menetapkan dirinya sebagai bujang di dunia fana. Mungkin sang pangeran pun tidak sabar untuk bersua dan telah menunggu di tepi syurga, berkereta emas untuk membawamu ke istananya.
Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai merubah pandangan kepada Pemilik Cinta. Kalaulah rasa itu selalu menghantui, usah kau lara sendiri duhai saudaraku. Taqarrub-lah kepada Allah swt. Kembalikan segala urusan hanya kepada-Nya, bukankah hanya Dia yang Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya curahkanlah kepada Pemilik Hati. Tidak usah membanding diri dengan wanita lain, kerana Allah pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meski dia tidak menyedarinya.
Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana tidak kunjung usai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa. Menangislah dengan air mata permohonan kepada-Nya di setiap sujud dan keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini selalu penuh dengan harapan yang baik kepada Sang Pemilik Jiwa. Bersiap menghadapi pusingan waktu, hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kepada Allah swt. Tausyiah-lah selalu hati dengan tarbiah Ilahi hingga diri ini tidak sepi dalam bersendirian.
Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tidak akan lari ke mana. Kerana sejak roh telah bersatu dengan jasad, siapa pasangan hidupmu telah pun dituliskan-Nya.
Sabarlah saudaraku yang solehah.
Bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dengan kemewahan sinar keemasannya. Malam masih indah dengan sinar lembut rembulan yang dipagar bintang gemilang. Kicauan bening burung malam pun selalu riang bercanda di kegelapan. Senyumlah, laksana senyum mempesona butir embun pagi yang selalu setia menyapa.
Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati. Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini. Dengan kebesaran hati dan jiwa, dirimu akan menemukan apa rahsia di sebalik titian kehidupan yang telah dijalani. Hingga kelak akan engkau rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat sendiri, insya'Allah.
Serahkan semuanya pada ketentuan Allah yang Maha Mengatur, insya'Allah tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Yakinlah dengan Tuhan-Mu. Allah Maha Tahu.

sumber:http://tintasakinah.blogspot.com/

PEREMPUAN LEBIH RAMAI MASUK NERAKA


Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)

sumber: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/

Gempa Kuat Landa Jepun

KUALA LUMPUR, 28 MAC : Gempa bumi kuat berukuran 6.5-magnitud berlaku berhampiran pantai timur Honshu di Jepun pada pukul 6.24 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gempa itu terletak 370km timur laut dari Tokyo dan 4,337km timur laut Kudat, Sabah.

Honshu telah dilanda dengan beberapa gempa bumi kuat bulan ini.- BERNAMA

DOA PENENANG JIWA

Biasakan lidah kita dibasahi dengan nama-nama Allah, dengan sebab itu hati kita akan jadi tenang setenang-tenangnya..

Buruk, Baik Ketentuan Allah



Jangan kita menghukum seseorg itu ahli neraka atau ahli syurga berdasarkan keadaannya sekarang kerana mungkin kelak dia berubah - buruk kepada baik atau sebaliknya..
Orang yangg Allah tentukan ahli syurga akan dipermudahkan-Nya melakukan amalan ahli syurga.

JANGAN KAHWINI PEREMPUAN YANG ADA 6 SIFAT INI

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Ahad, 27 Mac 2011

Insha Allah.....

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan

Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Repeat Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Musykilah Agama

  • Upah orang baca Quran
    Anak yang soleh tidak akan mengupah orang lain untuk mendoakan ibu bapanya, sebaliknya dilakukan dengan rasa keinsafan dari dalam diri serta keinginan berbuat baik dan ehsan pada ibu bapa yang sudah meninggal dunia.

    Tiada syariat mengambil upah membaca al-Quran untuk simati. Jika anak-anak berhasrat membuat kebaikan kepada ibu bapa yang sudah tiada, sebaik-baiknya ialah melalui saranan hadis tadi yang mengesyorkan tiga perkara tadi.


  • Anak luar nikah boleh sertai korban
    Anak ini adalah suci dan tidak berdosa, amalannya diterima Allah jika menepati syarat sah ibadat. Yang bersalah ialah ibu dan lelaki yang bertanggungjawab dan bukan anak berkenaan.

    Rasululah SAW bersabda yang maksudnya: “Dilahirkan anak itu dalam keadaan fitrah (suci)” dan maksud firman Allah: “Tidaklah seorang daripada kamu menanggung dosa orang lain.”

    Justeru, tidak salah bagi anak ini turut serta menjadi sebahagian daripada peserta ibadat korban dan kehadirannya tidak akan menjejaskan mana-mana ibadat orang lain.


  • Tidak sempat tunai nazar umrah
    Dalil dari al-Quran dan hadis mengenai keharusan nazar, Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana.” (al-Insan: 7)

    Sabda Rasulullah SAW daripada Aisyah ra yang bermaksud: “Sesiapa yang bernazar untuk taat kepada Allah, maka taatilah akannya dan sesiapa yang bernazar untuk berbuat maksiat kepadanya, maka janganlah membuat maksiat kepadanya.” (riwayat Bukhari).

    Perkara yang dinazarkan wajib ditunaikan selepas hajat yang dicitakan itu sampai. Jika tidak dapat ditunaikan nazarnya, hendaklah ditebus nazar sepertimana menebus sumpah, sama ada memberi makan kepada 10 orang miskin dengan hidangan yang mengenyangkan mereka, memberi pakaian kepada 10 orang miskin atau membebaskan seorang hamba yang beriman.

    Jika ketiga-tiga ini tidak mampu dilakukan, hendaklah berpuasa tiga hari berturut-turut.

    Dalilnya, hadis yang diriwayatkan ‘Uqbah bin Amir daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda yang bermaksud: “Kafarah (menebus) nazar seperti kafarah (menebus) sumpah.” (riwayat Muslim)


  • Hukum sanding
    Sebahagian daripada amalan masyarakat kita yang disebut tadi berasal daripada budaya luar, sebahagiannya pula menganggap ia menjadi budaya Melayu. Apapun, sebaik-baiknya lakukan yang wajib dan sunnah saja seperti dituntut dalam agama.

    Jika ada rasa syubhah dan kurang jelas, elakkan saja mana-mana adat. Nabi Muhammad SAW mengajar kita dalam sabda baginda yang bermaksud: “yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, bagaimanapun antara kedua-dua tadi ada perkara yang tidak jelas dan meragukan. Barang siapa mengelakkan dirinya daripada perkara yang ragu ini, dia memelihara dirinya.”


  • Maskahwin hak wanita
    Barang keperluan rumah antara nafkah yang wajib suami sediakan selepas berkahwin, sedangkan mas kahwin ialah hak wanita yang wajib diberi ketika mengambil amanah seorang isteri.

    Jika isteri menghalalkan mas kahwin berkenaan, baru suami terlepas daripada membayarnya, jika tidak ia dianggap hutang yang masih wajib dilunaskan.

    Memang isteri tidak salah menuntut hak berkenaan, bahkan isteri harus mengingatkan suami mengenai tanggung jawab yang dia wajib laksanakan.


  • Punca batal wuduk suami isteri
    Hanafi pula mentafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan. Tafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah, katanya: bahawa Rasulullah SAW mencium atau mengucupnya, sedangkan baginda berpuasa, dan sabdanya: Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wuduk dan tidak membatalkan puasa (Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar). Justeru, pada Hanafi: Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak.

    Ada hadis lain diriwayatkan al-Nasa’i dan Ahmada, juga daripada Aisyah, katanya: Nabi mencium sebahagian daripada isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang dan tidak berwuduk.

    Lalu Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan ulama Syafie dan Hanafi dan berpandangan bahawa menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wuduk jika dengan tujuan ‘talazzuz’ (berlazat-lazat), atau mendapat kelazatan ketika bersentuhan. Begitulah rahmatnya perbezaan pandangan ulama yang semuanya benar, wallahualam.


  • Sunat azan bayi baru lahir
    Ia bukan wajib, sebaliknya sunat. Justeru, meninggalkannya bukan berdosa dan tidak perlu ditebus.

    Sunnah yang dituntut ialah mengazankan bayi sebaik saja dilahirkan.

    Ini supaya anak yang masih suci itu mendengar ucapan terbaik sebagai kalimah pertama yang didengarnya sebaik sampai ke dunia.

    Harapan ibu bapa apabila anak ini mendengar takbir ini dia akan menjadi hamba yang taat kepada Allah bila dewasa nanti dan dipelihara daripada gangguan syaitan.

    Tidak perlu lagi diazankan selepas beberapa bulan dilahirkan.


  • Tiada sial dan majal dalam Islam

    APA guna dipanggil kemajuan dan kemodenan sekiranya pemikiran, akhlak, cara hidup dan sifat mulia kemanusiaan semakin terhakis?
    Kemajuan teknologi contohnya sepatutnya menjadikan sesuatu maklumat disebar untuk kebaikan tetapi disalah guna untuk tujuan yang salah.
    Dalam mengejar kemajuan, akhlak murni perlu dijaga. Maka amat perlu sekali kita menilai kembali erti kemodenan yang sedang kita impikan.

    Kemodenan yang hakiki ialah kebebasan akal menerawang mengenali. Cukup membimbangkan jika kita menikmati kemajuan dengan minda dan pemikiran yang beku dan jumud.

    Hidup ini tertakluk kepada peraturan yang sarat dengan nilai mulia sejagat, sesuai di semua tempat di samping hidup berpandukan peraturan yang tahan diuji sepanjang zaman.

    Bukan saja bertahan, lama tapi berjaya menyisihkan cara hidup buatan manusia yang amat terbatas; sekejap ada dan sekejap tidak ada, kadang-kadang putik dan kadang-kadang berulat serta buruk.

    Lebih mendukacitakan, adakah kita dipanggil moden sekiranya pemikiran masih dibayangi perkara dengan sial dan majal terhadap sesuatu yang langsung tidak punya kuasa?

    Bukan sekadar terbelenggu, tetapi sudah percaya dan sudah termasuk sebagai rujukan dan penentuan dalam membuat sesuatu sebarang keputusan.

    Bayangkan ada yang percaya kepada nombor membawa sial dan majal.

    Dalam hal ini, Imam Bukhari pernah meriwayatkan daripada Rasulullah, yang bersabda yang bermaksud: "Tiada sial dan majal dalam Islam".

    Dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tiada sial pada sesuatu burung".

    Malah, mempercayai sial dan majal membawa kepada syirik sebaliknya Allah menggantikan dengan konsep tawakal.

    Adakah wajar seseorang yang bersiap untuk ke tempat temuduga tiba-tiba sampai ke tempat itu, dia mendapati bilik temu duga berkenaan bernombor 13 lalu tidak meneruskan sesi temu duga terbabit kerana merasakan nombor itu membawa sial.

    Begitu juga dengan perkahwinan, ada yang percaya berkahwin pada bulan Safar membawa sial. Ia amat bercanggah dengan prinsip agama.

    Sesetengah daripada kita tidak jadi hendak membeli rumah semata-mata kerana dianggap sial. Dalam suasana payah hendak mendapat kerja dan pasangan, ada yang percaya dengan memakai gelang dia akan memberi 'semangat'.

    Tidak kurang juga yang percaya kepada kuasa bunga dengan nama 'mandi bunga'. Bunga untuk hiasan dan kecantikan bukannya ada kuasa luar biasa.

    Islam tidak pernah menolak kemajuan yang berasaskan kajian dan penemuan moden. Perubatan moden diharuskan. Namun begitu kuasa penyembuh hanyalah pada tangan Allah.

    Doktor hanya merawat dan berikhtiar tetapi yang menyembuh hanyalah Allah. Kita boleh memilih doktor mana yang serasi untuk merawat kita, tetapi bukan dia yang menyembuh.

    Jika betul ikhtiar dan ubat bertepatan dengan kehendak Allah maka sembuhlah apabila sampai masanya.

    Menjadi kesalahan besar sekiranya seorang gadis atau wanita sanggup berbuat apa sahaja, terpaksa menyerah maruah dan diri demi menagih cinta dari kekasihnya. Fikirnya jika tidak ikut kehendak si dia nanti tidak dicintai pula dan ada risiko ditinggalkan.

    Yang menentukan jodoh bukannya manusia. Manusia hanya merancang kerana yang menentukan adalah Allah.

    Kekolotan minda akidah remaja inilah menyebabkan berlakunya pelbagai masalah yang akhirnya mereka sendiri yang merana.

    Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan, amalan memberi rasuah membawa syirik. Ia bukan sekadar dosa besar, sebab yang membawa kepada syirik kerana anggapan pemberi rasuah 'jika aku tidak beri, maka pasti tidak dapat'.

    Ini yang rosak iman kerana anggapan pemberi rezeki sudah beralih daripada Allah kepada manusia. Bagi melariskan kedai perniagaan pekedai mula guna pelaris termasuk ayat seribu dinar.

    Peniaga mungkin terlupa bagaimana nabi menjalankan perniagaan, untung besar tetapi tidak guna pelaris. Begitu juga sahabat nabi, Abd Rahman bin Auf buat untung besar tanpa menggantung apa-apa ayat.

    Tiada rahsia khusus kerana kejayaan sesuatu itu adalah berpunca daripada ilmu, usaha keras, kemahiran serta tawakal kepada Allah.

    http://watieawang.blogspot.com/

    Penangan Awang Hitam



    Ini kisah yang biasa berlaku. Malah sesuatu yang biasa di IPT. Memang banyak awang hitam di sana. Mata mereka pula memang pantang nampak perempuan lalu. Mengekor sahaja. Tenungan itu tajam pula, bukan biasa-biasa punya tenungan. Ishh.. seram.

    Pelbagai alasan diberi untuk mencari ruang berkenalan. Kadangkala bermula dengan pertanyaan biasa berkenaan assignment, atau sekadar meminjam pen. X dapat no telefon, emel address pun jadi la. Asal ada ruang untuk mengayat. Untung-untung, ada yang terpikat.

    Ahaaaha... Jaga-jaga ye gadis tempatan. Mereka memang lebih berani berbanding lelaki kita yang pemalu. Silap-silap haribulan, melopong semua jejaka.

    Facebook Punca Cerai


    Macam-macam perkara berlaku sekarang ni. Terbaru, laman sosial facebook dikatakan punca peningkatan kadar penceraian di Amerika. Mana taknya. Perkenalan yang bermula di facebook membawa kepada mesej-mesej berbaur cinta. Ini belum lagi gambar-gambar ketika berpacaran yang di muat naik. Inilah akibat menyalah gunakan teknologi...Bagai mana dengan anda?Nak jadikan isteri no2, no3 @ no4 tak salah tapi ada cara-caranya...jangan sampai bercerai berai..Allah melaknat orang yang suka bercerai..

    Gelongsor Di Universiti

    Percaya ke tak di Universiti pun ada gelongsor. Ini bukan photoshop tapi ini real punya. Gelongsor ni ada di Technical University of Munich, Germany.

    Macam mana? Korang suka tak naik gelongsor?


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More