SUBHANALLAH....

“Allah swt akan turun ke langit dunia pada setiap malam ketika akhir 1/3 malam dan berkata : Akulah Tuhan , Akulah Tuhan. Barang siapa yang berdoa kepadaKU akan aku penuhi doanya , Barang siapa yang meminta kepadaKu akan aku beri kepadanya ,barangsiapa yang memohon ampun kepadaKu , akan aku ampunkan dosanya.” (HR Imam Bukhari : 1145 , Muslim : 758 , Tirmizi : 239 )

ALLAHU AKBAR

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

indahnya Ciptaan ILAHI

♥♥♥Allah SWT berfirman,Katakanlah (Muhammad “Jika kamu benar-banar mencintai Allah,ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.”. [Ali Imran:31]

dosa2ku bagai buih dilautan..YA ALLAH AMPUNILAH segala dosa2 HAMBAMU ini YA RABB..

Ku ingin terbang bebas macam burung ini....

Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur di dalam mentaati Allah." (Hadis Riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya)

Selasa, 30 Mac 2010

Resipi perkahwinan bahagia

TERDAPAT banyak rahsia atau resipi untuk perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun di bawah dikongsikan tujuh saranan yang boleh diamalkan anda dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Cadangan ini memang ringkas dan boleh dibuat seberapa segera oleh mana-mana pasangan suami isteri.

1. Jika anda mahukan perkahwinan yang telah dibina bertahun-tahun kekal segar-bugar seperti hari pertama berkahwin, anda perlulah berusaha untuknya. Caranya ialah dengan meletakkan perkahwinan itu pada tempat utama. Berikan perhatian padanya dan selalu memperuntukkan masa untuk setiap perkara yang berkaitan rumah tangga. Tidak kiralah apa yang anda selalu katakan tentang rumah tangga anda yang penting sekali ialah bagaimana cara anda menanganinya.

Tip: Buat penilaian sejauh mana anda telah memberi komitmen terhadap perkahwinan anda. Adakah anda telah meluangkan masa dan tenaga yang sepatutnya demi keharmonian rumah tangga anda?

2. Fokuskan tentang perkara yang disukai tentang pasangan anda dan abaikan apa jua perkara yang tidak berkenan tentang dia. Jika berjaya melakukan ini maka anda telah mengelakkan banyak perkara negatif yang mungkin berlaku seperti adanya hubungan sulit, perselisihan faham antara suami isteri dan yang paling penting dapat mengelakkan penceraian. Jadi fokuskan yang positif dan buang tanggapan negatif jauh-jauh.

Tip: Jangan asyik mengkritik dan mencari kelemahan pasangan. Walaupun perkara tersebut terdetik jangan biarkan ia bersarang di hati. Bila anda mula memikirkan perkara baik tentang pasangan, ia sekali gus merangsang rumah tangga menjadi lebih bahagia.

3. Sifat baik hati amat penting dalam sesebuah rumah tangga. Maka, jadilah seorang yang baik. Menerusi kajian yang dilakukan kebanyakan suami atau isteri akan lebih melayan orang luar berbanding layanan terhadap ahli keluarga sendiri. Jika anda diberi pilihan untuk menjadi 'yang benar' atau 'yang baik' maka pilihlah untuk menjadi yang baik. Itu memang satu nasihat yang bagus.

Tip: Dalam minggu ini cuba buat sesuatu yang menggembirakan hati pasangan anda. Buat kejutan seperti belikan hadiah atau menyediakan makan malam istimewa. Pastikan hati anda ikhlas ketika melakukannya dan jangan pula harapkan balasan.

4. Bila pasangan membantu anda dalam sesuatu perkara walaupun nilainya tidak seberapa, berilah dia penghargaan. Cukup sekadar mengucapkan terima kasih atas bantuan tersebut yang telah meringankan beban anda. Jadikan sikap itu satu amalan dan jika ia sudah sebati dengan diri anda pasti rumah tangga akan dipenuhi keceriaan dan kegembiraan.

Tip: Lihat balik betapa pasangan anda itu bermakna dalam hidup anda. Cuba renung sesekali ke dalam mata mereka dan senyum. Anda boleh bermula dengan ayat-ayat penghargaan yang amat ringkas seperti 'saya suka senyuman awak' atau 'terima kasih atas hidangan makan malam yang lazat malam tadi.'

5. Jika anda berhajat tentang sesuatu perkara jangan pendam dalam hati dan harapkan pasangan anda dapat 'membaca' isi hati anda. Jika perkara dimahukan tidak terjadi tentu anda berang, beritahu pasangan apa yang anda mahukan dengan cara berhemah dan jelas, Komunikasi yang baik memudahkan hubungan anda berjalan lancar. Jadi bercakaplah dan jangan harap pasangan anda boleh menjadi 'ahli nujum' pula.

Tip: Selalunya anda harapkan pasangan anda memahami apa hajat anda tanpa perlu mengatakannya? Tidak kira lelaki atau wanita masing-masing mengharapkan pasangan berlaku romantis dan mengidamkan masa berdua-duaan. Tidak kurang juga yang mengharapkan pasangan membantu dalam urusan kerja rumah. Senang saja, cakaplah pada pasangan apa yang anda mahukan.

6. Buang sifat suka menghukum atau mempertahankan diri secara perlahan-lahan. Lapangkan hati menerima pendapat pasangan anda dan itu tidak bermakna anda tidak mempunyai pendirian sendiri. Tidak bermakna juga jika anda tidak menyangkal maka anda salah sebab dalam hubungan suami isteri ini memang perlu selalu bertolak ansur terutama untuk mengekalkan kasih sayang antara satu sama lain. Tidak rugi mengalah kerana dialah insan yang anda mahukan berada di sisi anda seumur hidup bukan?

Tip: Pilih satu sifat pasangan anda yang selalu membuatkan anda marah. Bila anda dan pasangan berdebat tentang perkara tersebut cuba dengar sahaja dan jangan berfikir tentangnya walaupun dalam hati. Cuba tengok apa hasilnya?

7. Buka hati anda seikhlas-ikhlasnya untuk pasangan anda. Kebanyakan daripada kita yang telah bertahun-tahun berumah tangga masih membatasi kasih sayang sepenuhnya buat pasangan. Jika anda mahukan rumah tangga yang harmoni dan sentiasa bersemarak bahagia, cubalah ambil risiko tersebut dan jangan fikirkan tentang perkara negatif.

Tip: Buangkan sifat buruk sangka. Memang konflik sesekali akan tercetus tapi jika anda pandai mengawal diri dan yakin pasangan anda juga patut diberi peluang maka runtuhkanlah tembok keegoaan itu. Pasti rumah tangga anda akan kekal harmoni hingga ke akhir hayat.

Rabu, 24 Mac 2010

InsyaAllah...

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way



Jelajah Cairo




piramid yang kedua..
fanorama..




masjid Ali Pasha..
di luar kawasan masjid Ali Pasha
dalam kawasan masjid Ali Pasha, jam besar di belakang tu adalah hadiah kerajaan perancis kpd Egypt dan kerajaan meser membalasnya dgn patung firaun...


di belakang tu senjata yang digunakan oleh tentera Ali Pasha..batu yang bulat2 tu adalah pelurunya..tak tau la dia guna macam mana..
ni senjata yang diguna pada tahun 1946 yang di import dari england

dalam masjid al-amru...masjid yang dikatakan yang pertama di afrika..
makan malam di hadikah al-azhar..siap bawa bekal lagi tu...sepatutnya makan tengah hari ni,entah nape jadi silap jadual plk..ni la destinasi kami yang terakhir di hadikah al-azhar...tempat yang menarik dan pemandangan pun comel bila waktu malam...aku rasa tempat ni la yang paling bersih di mesir
Di makam-makam tak sempat nk bergamba batri kamera habis huhuhu...Tu la sebelum nak g tak caj dulu..Bergamba je..Habis gaya da buat tak kaba ingat doh banyak ag tempat nk g, sapa habis batri..last-last guna kamera hp..Apa-apa pun kami seronok sangat2 berjaulah ditempat2 bersejarah di sekitar kaherah


Ahad, 14 Mac 2010

MINDA 2010

malam kebudayaan kumpulan Puyu...menjadi kontroversi, keputusan hakim adalah muktamad..pada hakikatnya kumpulan ini dapat johan tp...............
latihan nasyid yang poyooo...xda semangat

d Dewan Huda...hari perasmian MINDA 2o1o




bola tampar PUYU johan yessss....hehehe




antara sukaneka yang d pertandingkan bola beracun...PUYU dapat mengekalkan kejuaraan 2thn berturut2 dlm permainan ini..

kiper mantop hehehe yg pakai baju merah 2...sblm ni maraton dan 4x100 xsempat nk bergamba...final PUYU vs HARUAN.Puyu kalah penalti 3-4

hari pertama MINDA...ni bergambar ketika nk g istat nadi..bergambar bersama sek2 star kumpulan PUYU huhuhuhu





Selasa, 2 Mac 2010

owh familyku...

Alhamdulillah fasa pertama dah selesai da, tunggu fasa ke2 pulak ni...Kuliah tak masuk lagi apa nak jadi da...woiii semangat la sikit g kuliah belajar sungguh2, sian ko ore umah dok sara hang blaja, hang wat men2 plk...wann ingat wan ape pesan kak mas dan kuarga.....

Subhanallah..hati ini selalu lalai, lagho, leka dan sewaktu dengaya lah...kata2 tu buat aku jadi semangat kembali untuk belaja,terima kasih kakmas...terima kasih semua wan rindu kamu semua. Insya Allah wan akan belajar bersungguh2 wan akan selalu ingat kata2 semangat kakmas sebagai motivasi diri wan yang selalu lalai.

sejak dua menjak ni asyik men bola je penat...Mujo piala presiden tak jadi men huhuhu..spet da 2x pecah da gara2 bola, hari tu men piala ukhuwwah KPKM yang anjur da pecah da sx..pah tu men futsal pulak kat Damanhur, saja2 blatik untuk piala presiden sx lagi pecah..tapi kuat ag men huhuhu...Ni 8hb nak men lagi,sempena hari keluarga Damanhur..main-main..

Lepas ni kena study da, tak boleh men kuat2 da...Tahun ni Insya Allah kalau ada rezeki najah terus balik..berbakti untuk adik2 pulak..hehehehe



Isnin, 1 Mac 2010

Panduan Cinta Untuk Lelaki

Sumber dari:-http://www.panduancintalelaki.com/index.php?ref=tipcinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saudara/ri,

Saban tahun, apabila anda menghadiri majlis perkahwinan teman-teman, anda masih lagi 'solo'. Rakan-rakan lelaki yang lain sudahpun membawa tunang, isteri dan anak-anak tetapi anda datang melenggang tanpa pasangan. Jika diikutkan, anda lebih berjaya, lebih berkerjaya dan lebih kacak, namun anda masih belum berjaya merebut cinta dari seorang wanita!



Pada pandangan mata kasar, tiada apa yang menarik mengenai rakan-rakan anda. Walaupun begitu, mereka mempunyai rahsia 'tersembunyi' sehinggakan ada yang sanggup berkongsi kasih dan cinta dengan mereka! Ahh.. apa rahsia mereka sebenarnya?

Mengapa agaknya perkara ini terjadi kepada diri anda? Bagaimana rakan-rakan anda dapat memetik cinta dari gadis idaman mereka?

Mungkinkah anda sedang menghadapi masalah-masalah berikut :

*

Tidak percaya kepada cinta.
*

Tidak tahu apa sebenarnya ciri-ciri lelaki idaman dambaan wanita.
*

Tidak tahu rahsia bagaimana menjadi lelaki terhebat dan menjadi kegilaan si gadis.
*

Tidak tahu apakah aset semulajadi yang ada dalam diri anda.
*

Tidak ambil kisah dan tidak faham langsung dengan sifat, perangai dan kemahuan wanita.
*

Tidak tahu bagaimana hendak memulakan langkah pertama.
*

Tidak tahu cara yang terbaik untuk mengekalkan perhubungan.
*

Tidak tahu apa yang harus di buat apabila putus cinta.
*

Menganggap cinta adalah perkara yang remeh dan tidak mempedulikannya!
*

dan banyak lagi...

Sekiranya salah satu dari masalah yang saya sebutkan di atas sedang dihadapi oleh anda, ini bermakna anda memang benar-benar mempunyai masalah dalam merebut cinta dan membina perhubungan dengan gadis idaman! Ya! Anda sedang menghadapi masalah besar dalam soal cinta...!

"Fakta Benar"

"Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), bilangan lelaki yang belum berkahwin pada tahun 2002 adalah seramai 3.1 juta orang! Satu angka yang cukup besar dan amat mengejutkan bukan?"

Anda mungkin pernah menerima soalan seperti ini...

"Apa lagi yang kau tunggu...?"

atau;

"Kau bila lagi nak kahwin macam kawan-kawan kau..? Kau kena ingat, umur kau tu makin meningkat!"

Aduh! Pedih rasanya bila soalan sedemikian ditujukan kepada anda. Bila balik ke kampung, emak ayah pula selalu berkias teringin melihat anda di atas pelamin dan menimang cucu sebelum menghembuskan nafas yang terakhir!

Ditambah lagi dengan soalan-soalan 'cepu emas' dari rakan-rakan lama apabila anda menghadiri majlis kenduri-kendara, inilah soalan wajib yang ditujukan kepada anda - bila nak kahwin?, dah kahwin ke belum? atau dah ada calon ke? Sudah pasti anda rimas dengan soalan seperti itu bukan? dan seboleh-bolehnya anda malas hendak menjawab soalan tersebut.

Saya faham dengan situasi yang anda alami itu. Siapa yang tidak ingin mencintai dan dicintai? Siapa yang ingin hidup solo dan kesunyian hingga ke tua? Saya tahu anda hampir-hampir putus asa dan pasrah seandainya memang ditakdirkan anda hidup solo!

Adakah anda mahu membiarkan diri anda sepi tanpa cinta hingga ke akhir hayat? Adakah anda fikir cinta akan datang sendiri kepada anda? TIDAK! Cinta cuma akan datang pada mereka yang percaya dan berusaha mencari cinta!

"Tidak Mustahil Anda Mampu Memiliki Cinta

Dari Gadis Idaman Anda"

Ya! Memang benar anda boleh memiliki cinta dari gadis idaman anda! Namun begitu, anda perlu berusaha untuk mencari cinta tersebut! Saya akui, ekspedisi mencari cinta sangat mencabar dan banyak likunya kerana melibatkan soal hati dan perasaan. Ia perlu dilakukan dengan berhati-hati agar cinta tidak kecundang di tengah jalan dan membiarkan diri anda diselubungi kekecewaan!

Ramai lelaki yang tidak tahu cara yang sesuai untuk mempertahankan cinta dan gagal memahami orang perempuan yang akhirnya menyebabkan perpisahan!

Saya telah menyenaraikan beberapa fakta penting untuk anda renungkan :

*
Tuhan telah memberikan cinta untuk anda kongsikan dengan seseorang yang telah diciptakannya!
*
Ada cinta di dalam hati semua insan di dunia ini!
*
Anda perlu mencintai dan menghargai diri anda terlebih dahulu sebelum mencari dan mendambakan cinta dari seorang wanita.
*
Keyakinan diri adalah salah satu aset penting untuk mencuri cinta wanita!.
*
Duit bukan segala-galanya yang dicari oleh seorang wanita dalam memberikan cintanya!
*
Masih ramai lagi kaum wanita yang tidak berkahwin, maka anda sebenarnya masih ada pilihan dan tidak harus memilih untuk menjadi lelaki solo!
*
Segala apa yang ada pada anda adalah aset untuk anda jerat cinta wanita idaman anda.
*
Anda perlu memahami sifat-sifat kaum wanita untuk mengeratkan dan mengukuhkan cinta anda!
*
Putus cinta bukan penghujung sebuah kehidupan!
*
Segala-galanya ada dalam minda anda untuk mencipta satu hubungan cinta yang berkekalan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More