SUBHANALLAH....

“Allah swt akan turun ke langit dunia pada setiap malam ketika akhir 1/3 malam dan berkata : Akulah Tuhan , Akulah Tuhan. Barang siapa yang berdoa kepadaKU akan aku penuhi doanya , Barang siapa yang meminta kepadaKu akan aku beri kepadanya ,barangsiapa yang memohon ampun kepadaKu , akan aku ampunkan dosanya.” (HR Imam Bukhari : 1145 , Muslim : 758 , Tirmizi : 239 )

ALLAHU AKBAR

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

indahnya Ciptaan ILAHI

♥♥♥Allah SWT berfirman,Katakanlah (Muhammad “Jika kamu benar-banar mencintai Allah,ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.”. [Ali Imran:31]

dosa2ku bagai buih dilautan..YA ALLAH AMPUNILAH segala dosa2 HAMBAMU ini YA RABB..

Ku ingin terbang bebas macam burung ini....

Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur di dalam mentaati Allah." (Hadis Riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya)

Jumaat, 16 Oktober 2009

BUKAN BEGITU CARANYA.....

Walau bagaimanapun bak kata orang muda sekarang,dunia dah berubah, begitulah dengan perubahan yang berlaku pada pengetahuaan dan kegunaan tafsiran dari tarikh lahir. Kaedah tarikh lahir adalah menyamai kaedah penyelidikan lain seperti kaedah psikologi dan sosiologi tentang kelakuan manusia tetapi kaedah ini menggunakan tarikh lahir sebagai satu parameter rujukan kajian.


Boleh sahaja anda menggunakan apa juga parameter kajian sepertia bentuk kening , tahi lalat dan sebagainya. Tetapi kebanyakan kajian perlu berubah mengikut budaya dan peredaran zaman. Begitu juga dengan kaedah tarikh lahir yang popular sejak berkurung lagi di Negara kita ini dan ia perlu berubah seperti berikut;
Tarikh lahir bukan untuk menjatuhkan hukuman tetapi mengenali potensi yang bakal dihadapi untuk dibuat strategi pembetulan, pencegahan atau peningkatan.
Di dalam hal ini, ramai orang merujuk kepada tarikh lahir untuk melihat tarikh lahir mereka atau pasangan untuk mengetahui sama ada mereka itu serasi atau tidak, kaya atau tidak dan seumpamanya. Perkara sedemikian sebenarnya tidak lagi betul dan relevan kerana jika kita menggunakan tarikh lahir cara sedemikian, ia seolah kita menjatuhkan hukum atas nasib kita dan tentunya ini dilarang di dalam agama islam.
Di dalam agama, kita dibenarkan mengkaji apa jua perkara namun kita dilarang sama sekali menggunakannya menyalahi prinsip tauhid. Contohnya, jika tarikh lahir 23 Februari 1977 dikatakan orang sebagai kurang berjaya dalam kewangan kerana terdapatnya banyaknya angka 3, maka dakwaan sedemikian adalah salah.
Ini adalah kerana individu tersebut mempunyai potensi untuk berjaya dalam hidupnya jika mereka menggunakan potensi bernombor 564 yang sering ditemui pada individu yang bekerja di institusi kewangan.

Permainan emosi
Begitu juga tentang perihal keserasian jodoh pasangan. Jika dahulu, pengiraan dan tafsiran dari orang tua-tua dahulu boleh menentukan pasangan itu serasi atau tidak tetapi kini, ia tidak relevan kerana pada zaman sekarang. Sebab, kita sudah terlalu banyak terdedah dengan pelbagai anasir negative serta pilihan dan wanita zaman ini lebih berada di dunia luar seperti mana kaum lelaki.
Oleh itu, permainan emosi kini adalah lebih tinggi berbanding dahulu. Keserasian kini ada turun naiknya seperti mana dalam perjalanan kehidupan dan perniagaan ada turun naiknya. Kaedah zaman dahulu kurang dapat membentangkan faktor turun naiknya sesuatu perkara itu dengan secara lebih terperinci terutamanya jalan penyelesaian apabila berlakunya penurunan prestasi untuk sesuatu.
Berbalik kepada perseolan keserasian, apa yang dilihat dari tarikh lahir adalah untuk mencari cara untuk serasikan diri kita dan pasangan dan sebaliknya pasangan mencari cara untuk serasikan dirinya kepada kita.
Kegunaan tarikh lahir adalah bukan untuk menilik nasib sama ada untung atau rugi pada satu masa hadapan, tetapi adalah untuk mengenal pasti potensi untung dan rugi supaya kita boleh buat persediaan. Contohnya, mengikut kajian mendapati tahun 2010 nanti ramai orang bakal menghadapi masalah kewanga berdasarkan tarikh lahir ramai individu untuk tahun 2010.
Tujuan kajian sedemikian bukan untuk menakutkan atau menilik nasib, tetapi adalah sebagai satu petunjuk untuk kita melakukan penyiasatan tentang kemungkinan puncanya dan seterusnya membuat persediaan sewajarnya seperti membuat simpanan tunai lebih awal dari sekarang. Jika ia berlaku, anda telah pun ada persediaan. Jika tidak berlaku, persediaan anda itu boleh dipraktikkan berterusan.
Namun, adalah lebih baik jika anda dapat mempelajari kaedah tarikh lahir dan jam lahir secara asas pun sudah memadai. Ini adalah kerana apabila anda mendapatkan nasihat daripada orang tentang tafsiran tarikh lahir, kebanyakan pakar sekadar menceritakan tafsiran secara umum kerana mereka tidak mengenali perjalanan atau latar belakang sebenar anda. Adalah yang mengetahui diri anda sendiri dan anda dapat membuat hubung kait di antara tafsiran dan latar belakang anda lebih mendalam.



Rabu, 14 Oktober 2009

jalan-jalan cari makan, ketika balik bercuti..try masuk pasaraya kat tepi sungai klate singgah cuci mata meta hehehe....best giler masakan ala-ala thai ni,kali p1 aku try makan,boleh la tahan.masakan panas tu.entah nama ape dah,bukan tak ingat cume tak pandai nk sebut je hehehe..kalau kauorang nak try boleh r g makan kat situ bro..

ni anak sdara aku yang paling nakal dan buas..biasa la budak2,dah 2x dah lemas tu..tak serik2 ag main air..ari tu tika aku balik sempat r bermanja ng dia...rindu plk ase kat budak2 ni..

ni adik aku yang bongsu,umi anis solehah..comelkan nama dia tengok la adik sape hehehe ala terlebih sudah..harap2 adik aku ni jadi orang sebagaimana dengan nama dia..ari tu tika aku balik dia mitak maahad tahfiz sains kat tanah merah, tak tau ar dapat ke tak...adik aku sorang ni bijak ar gak,exam upsr dapat ar 5a...dia suka manja2 nga aku,sayang adik..love u rindu adik sangat2

ni anak sdara aku,anak abe D,petah bercakap ni...boleh tengok gelagak dia tika blk hari tu, kelakar gak..macam2 la perangai anak2 buah aku ni...dia takut nga orang..ni entah kenapa dia baik sangat aku tika ni siap duduk atas riba ag tu...ni mesti ada benda yang dia nak ni......tu la adik wan mad nama dia

ha yang ni bukan anak buah aku tapi anak angkat aku..anak spupu aku dok kat perlis..gambar ni aku abik tika aku dok mengasuh dia,mcm ibu plk aku ni hehehe..aku jaga dia tika ayah dan ibu dia g kerja je..buat susu,bagi makan, mandikan dia dan banyak ag la..nasib baik la dia tak banyak kerenah,,,rindu kat Am

ni abe aku yang sulong dok bakar lemang wat bisnes sikit..ni buat tika nak raya je..sempat gak aku nego lemang ni..boleh la tahan..tapi pesanan kat korang yang nak buat lemang tu baik2 main api..jagan terkena tangan plk.

anak buah aku lagi..ramai kan anak buah aku..comel2 plk tu..hehehe terlebih sudah...ni anak abe aku yang sulong,yang kiri kusairi (EE) yang kanan plk kumaini (Ku)..kalu tengok betul2 besar adik pada abe kan..memang la yang abe dia tu xsuka makan asyik main je..tapi dua2 ni kalau jumpa air siap la....macam itik la jawabnya

ni plk gambar kak aku (kak mas) dengan suami dia (abe zani)..kak aku ni ustazah lepasan mesir tahun 2005..dulu kak aku ni gemuk tapi sekarang dah kurus da..mungkin banyak tanggunjawab dia tanggung kot..selepas mak aku meninggal dia la pengganti tempat mak aku..dia lah tempat aku dan adik2 aku berkasih sayang...huhuhuhu..sedih la plk..kalau citer pasal kak aku ni memang sedih ar...tq kak mas

selamat hari raya sume maaf zahir batin..ni kenangan aku beraya kat umah abe aku yang sulong..wana baju ni bukan rancang pun tapi kebetulan je sama wana nga keluarga abe aku ni..hehehe..best ar raya kat umah tahun ni...rindu kat korang sume

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More