SUBHANALLAH....

“Allah swt akan turun ke langit dunia pada setiap malam ketika akhir 1/3 malam dan berkata : Akulah Tuhan , Akulah Tuhan. Barang siapa yang berdoa kepadaKU akan aku penuhi doanya , Barang siapa yang meminta kepadaKu akan aku beri kepadanya ,barangsiapa yang memohon ampun kepadaKu , akan aku ampunkan dosanya.” (HR Imam Bukhari : 1145 , Muslim : 758 , Tirmizi : 239 )

ALLAHU AKBAR

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

indahnya Ciptaan ILAHI

♥♥♥Allah SWT berfirman,Katakanlah (Muhammad “Jika kamu benar-banar mencintai Allah,ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.”. [Ali Imran:31]

dosa2ku bagai buih dilautan..YA ALLAH AMPUNILAH segala dosa2 HAMBAMU ini YA RABB..

Ku ingin terbang bebas macam burung ini....

Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur di dalam mentaati Allah." (Hadis Riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya)

Sabtu, 27 Jun 2009

APA YANG BOLEH DI LAKUKAN DALAM MASA SATU MINIT

Adalah satu rahmat yang besar dan satu peluang yang besar dalam setiap minit minit kehidupan kita. Setiap minit amatlah berharga bagi setiap muslim dan muslimat.

1) Boleh membaca 7 kali surah Al-Fatihah

Suatu ketika Rasulullah SAW melihat sebuah lembaran yang terbuat dari mutiara yang sangat langka, yang berada di bawah singgahsana Allah SWT. Beliau juga melihat lembaran lain yang terbuat dari zamrud. Di atas lembaran yang pertama terdapat Surah Al Fatihah, yang berisi 7 ayat.

Sedangkan di atas lembaran yang kedua, Rasulullah Saw melihat seluruh isi Al Quran.Beliau lalu bertanya kepada Malaikat Jibril As, “ Wahai Jibril, apa ganjaran bagi orang yang membaca Surah Pembuka itu? ”. Jibril As menjawab, “ 7 pintu neraka akan ditutup baginya dan 7 pintu syurga akan dibuka baginya ”.

Bayangkan kalau dengan 7 kali bacaan



2) Boleh membaca 20 kali surah Al-Ikhlas

Rasulullah SAW bertanya lagi, “ Apa ganjaran bagi mereka yang membaca Surah Al Ikhlas? ”. Jibril As menjawab “ Para malaikat akan memberinya minuman dari 4 sungai yang amat nikmat, yang disebut dalam Al Quran:

- sungai air kristal murni,

- sungai susu,

- sungai anggur,

- sungai madu ”.


3) Boleh menyebut Kalimah “Laa ilaaha ill-Allah” (Tiada Tuhan Melainkan Allah) sebanyak 50 kali


4) Boleh memohon keampunan dari Allah S.W.T dgn menyebut Astaghfirulah Al-Adzim 100 kali


5) Boleh menyebut Kalimah “ Alhamdulillah ” (Bersyukur kepada Allah) sebanyak 60 kali


6) Boleh menyebut SubhaanAllah, Wal hamdu Lillah, Wa La iLaa Ha iLLa Allah, Wa Allahu Akbar sebanyak 18 kali


Cuba bayangkan dengan hanya satu minit apa yang dapat kita lakukan. Mungkin semasa memandu, mungkin sebelum tidur, atau semasa duduk menunggu rakan yang belum sampai.

Sesungguh Allah sentiasa memberi Petunjuk dan Hidayah NYA walaupun dalam 1 minit kita mengingati NYA...

PERKARA YANG MEMBUATKAN KITA SUSAH

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.


Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang
mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.



9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makanan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Selasa, 9 Jun 2009

Cinta Sebelum Kahwin

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan.

Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.
2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.
3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.
4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.
5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.
Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.

Sabtu, 6 Jun 2009

Iman boleh cegah jahiliah moden

ANAK adalah pewaris dan penyambung keturunan. Tetapi anak sebenarnya bukan milik kita, sebaliknya anugerah Allah.

Ada yang berusaha untuk mendapat anak tetapi tidak juga mendapatnya. Ada yang tidak hendak anak tetapi dapat pula dan bila dah tak nak anak dibuangnya pula anak itu.

Memang zalim mereka yang buang anak. Mereka buang sebab cara mendapatnya yang tidak betul, dengan berzina.

Perbuatan zalim ini tidak akan berhenti dengan perbuatan terkutuk selagi ada manusia bertopengkan syaitan yang tidak pernah insaf daripada noda yang dilakukan.

Selepas berseronok melakukan hubungan zina yang diharamkan, mereka melakukan pembunuhan kejam. Malah, bagi mereka buang bayi tidak ubah seperti buang sampah yang sudah busuk dan tidak lagi diperlukan.



Amalan hina itu lebih buruk daripada binatang dijadikan Allah dengan rasa kasih sayang dan belas kasihan terhadap darah daging sendiri.

Bimbang malu atas keterlanjuran tidak boleh sama sekali dijadikan alasan untuk membunuh nyawa yang tidak berdosa. Malah, keadaan itu mendedahkan pelaku kepada jenayah membunuh dengan sengaja lalu mengundang kemurkaan Allah.

Masyarakat Arab jahiliah sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w pernah membunuh anak perempuan kerana malu dan dianggap tidak setanding dengan anak lelaki yang gagah dan boleh diajar berperang.

Hal ini dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: "Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang dia menahan perasaan marahnya dalam hati. Dia bersembunyi dari orang ramai kerana (berasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (dia beroleh anak perempuan sambil dia berfikir), adakah dia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina atau dia akan menanamnya hidup-hidup di dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu." (Surah al-Nahl, ayat 58-59)

Tetapi kini, kejahatan manusia melampau naluri semula jadi seorang ibu yang sepatutnya menjadi belas serta sayang terhadap anak dilahirkan.

Jantina bayi tidak lagi menjadi perhitungan, malah jika yang lahir pondan sekalipun, mahu dibuang atau dibunuh tetap akan dilakukan.

Ada dibuang di dalam lubang tandas, ditinggalkan di tepi semak, tempat pembuangan sampah, dicampak ke dalam longkang dan terbaru seorang bayi seberat 3.05 kilogram ditemui ditinggalkan semalaman di perhentian bas sehingga dikerumuni ribuan semut.

Manusia jenis apakah tergamak melakukan perbuatan keji seperti itu? Sungguh ia perlakuan manusia dirasuk iblis hingga akal tidak lagi dapat berfungsi dengan sempurna.

Setiap kali isu itu dibangkitkan pelbagai pihak tampil memberikan cadangan, tetapi hingga kini masih belum ada jalan penyelesaian.

Oleh itu, punca masalah perlu terlebih dulu dikenal pasti bagi mencari penawar untuk mengubati penyakit masyarakat yang sudah lama menjadi barah.

Pergaulan bebas tanpa batasan, keinginan muda-mudi berseronok, terpedaya dengan pujukan pasangan, kurang perhatian dan kasih sayang ibu bapa, tidak melaksanakan perintah agama antara punca amalan tidak bermoral berterusan.

Bagi membendung jenayah ini, golongan muda-mudi Islam dinasihatkan kembali ke jalan benar. Mereka wajib kembali kepada beramal dengan ajaran al-Quran dan sunnah Rasul-Nya.

Setiap Muslim diingatkan supaya sentiasa menunaikan solat dan tidak mengabaikannya. Semoga ia mampu menjadi benteng serta pelindung kepada pelakuan dosa.

Allah berfirman maksudnya: "Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Ibu bapa pula diingatkan supaya tidak terlalu leka mengejar kemewahan dunia yang sementara menyebabkan tanggungjawab mendidik anak terabai.

Walaupun kemungkinan anak tidak lagi tinggal serumah apabila sudah bekerja, ibu bapa seharusnya tahu tempat tinggal, rakan dan tempat bekerja mereka. Dengan itu, anak akan berasa keprihatinan ibu bapa walaupun berjauhan.

Selain itu, pesta hiburan sehingga lewat malam yang menjurus kepada pergaulan bebas tanpa sempadan juga hendaklah dihentikan.

Stesen televisyen juga disaran mematuhi garis panduan penayangan filem dengan menghentikan filem berunsur lucah dan ganas daripada tayangan umum.

Seterusnya, marilah bersama menyumbang dengan melaksanakan kerja menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran untuk kebaikan semua.

Budaya tegur-menegur dan saling nasihat-menasihati perlu menjadi amalan dalam masyarakat supaya amalan buruk jahiliah moden ini dapat dibanteras.

Isnin, 1 Jun 2009

Bahaya merokok

Berhenti Merokok
Apakah baiknya berhenti merokok?
• Pernafasan bertambah baik
• Stamina meningkat
• Lebih sihat
• Lebih diterima oleh masyarakat
• Mengurangkan bahaya merokok terhadap kesihatan
• Melindungi orang lain dari bahaya merokok
• Menjimatkan wang• Melindungi persekitaran
Mengapa susah untuk berhenti?
• Nikotine dalam tembakau menyebabkan ketagihan
• Kesan merokok yang menyeronokkan (contoh : merasa lebih segar dan tidak mengantuk) adalah kesan serta merta tetapi tidak lama (lebih segar , degupan jantung bertambah)
• Merasa letih dan murung apabila tidak merokok• Merasa gelisah dengan gejala gian yang lain
• Mengatasi gian dan keinginan merokok


Bagaimana cara berhenti merokok?
• Menyedari anda mepunyai masalah.
• Membuat keputusan.
• Menetapkan tarikh berhenti merokok.
• Elakkan pengaruh untuk merokok.
• Minta bantuan dari rakan anda.
• Cari aktiviti yang lebih baik untuk dilakukan.
• Rancang hari hari tidak merokok anda.
• Bina keyakinan diri.
• Buat peringatan bertulis mengingatkan anda untuk berhenti merokok / diari berhenti merokok.

• Direktori berhenti merokok (Klinik kerajaan - www.infosihat.gov.my, Laman web Malaysia - www.notobacco.org).
Petua mengatasi keinginan merokok.
• Tarik nafas panjang
• Minum air
• Membuat kerja lain
• Mengunyah sesuatu (seperti gula getah)
• Mandi
• Basuh tangan
• Senaman ringan ( contoh : regangan)
• Sembahyang / meditasi
SASARAN INDUSTRI TEMBAKAU
Pengenalan
• Seramai 8,000 perokok diseluruh dunia mati setiap hari akibat penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.
• Untuk mengekalkan keuntungan, industri tembakau perlu mencari perokok baru bagi menggantikan mereka yang telah mati.
• Usia muda merupakan sasaran yang tepat.
• Sekiranya remaja mula merokok, peluang untuk mereka terus mengekalkan tabiat merokok sehingga dewasa adalah tinggi.
Apakah matlamat industri tembakau?
Menipu dan memutarbelitkan masyarakat supaya merokok. Terutamanya kanak-kanak dan belia. Belia yang ketagihan merokok, akan menggantikan perokok dewasa yang telah berhenti merokok atau meninggal dunia.
Bagaimana industri tembakau mempengaruhi anda supaya merokok?
Strategi industri tembakau adalah seperti berikut :
• Lebih matang dan dewasa
• Canggih
• Riang
• Bergaya
• Tenang
• Diterima ramai
Menjadikan rokok :
• Mudah diperolehi
• Boleh dibeli dengan harga yang murah
• Boleh dibeli dengan satu batang rokok sahaja
Meyakinkan bahawa rokok boleh membantu anda :
• Menikmati keseronokan yang lebih
• Merasa lebih tenang
Menyembunyikan fakta sebenar bahawa rokok :
• Mendatangkan ketagihan
• Membahayakan kesihatan anda
• Menyebabkan kematian lebih awal dari sepatutnya
Melalui promosi rokok, menarik belia menghadiri :
• Konsert / panggung wayang
• Majlis / perjumpaan sosial
• Papan iklan
• Media bercetak/ media elektronik
Bagaimana untuk mengelak dari dipengaruhi industri tembakau?
Jika ya, anda perlu memperkasakan diri anda
• Bagaimana?
• Disini, disenaraikan kaedah bagaimana menyalurkan kemarahan anda
o Jadilah penggerak "Anti-Tembakau" di kalangan remaja
o Suarakan pendapat anda
o Ketahuilah, sekiranya anda bersatu menentang pengaruh industri
o Berinteraksilah atas talian (on-line)
FAKTA MENGENAI TEMBAKAU DAN MEROKOK
Mengapa tembakau dan merokok menjadi isu utama?
• Tembakau adalah satu-satunya bahan pengguna yang dibenarkan di sisi-sisi undang-undang tetapi boleh mendatangkan ketagihan dan membunuh separuh dari penghisapnya
• Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun
• Lebih kurang 63 dari bahan kimia tersebut boleh menyebabkan barah
Apakah jenis-jenis bahan merokok dari tembakau?
Merokok boleh dalam bentuk berikut :
• Rokok
• Cerut
• Tembakau paip
• Seesha
Adakah terdapat data mengenai kesan merokok di Malaysia?
• Lebih kurang 50% lelaki Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perokok
• Lebih kurang 20% remaja adalah perokok
• 85 % remaja akhirnya menjadi ketagih kepada rokok
• Dianggarkan 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan dengan merokok
Apakah yang menyebabkan ketagihan rokok?
• Rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti juga heroin dan kokain
• Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan
Mengapa merokok merbahaya?
Merokok merbahaya kerana :
• Tembakau mempunyai hubungkait yang rapat sebagai penyebab penyakit seperti barah dan penyakit jantung
• Boleh terjebak dalam penyalahgunaan dadah
Bagaimana merokok itu membahayakan?
• Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 jenis bahan kimia beracun
• Lebih kurang 63 dari bahan kimia di atas boleh menyebabkan barah
Adakah kesan buruk merokok hanya tertumpu kepada perokok atau juga orang lain?
Ya, orang lain boleh menjadi perokok pasif secara tidak langsung jika :
• Terhidu asap yang keluar dari perokok. Kesan yang tidak diingini adalah sama iaitu penyakit lelah, penyakit jantung dsb.
Apakah bahan kimia yang merbahaya dalam asap rokok?
Daripada 4000 bahan beracun dalam asap rokok, yang biasa dikenali adalah seperti berikut :
• Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
• Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
• Napthylamine (ubat gegat)
• Arsenik (racun anai-anai)
• Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
• Kadmium (terdapat dalam bateri)
• DDT (Ubat nyamuk)
• Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
• Butane (gas yang boleh membunuh)
• Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
• Hydrogen cyanide (racun)
• Toluene (bahan pelarut)
• Carbon Monoxide (gas beracun)
Apakah penyakit yang membawa maut dan dikaitkan dengan tabiat merokok?
• Penyakit saluran pernafasan: lebih 10-20 kali ganda
• Barah paru-paru: lebih 10-15 kali ganda
• Barah paydara: lebih 11 kali ganda
• Barah hidung dan tekak: lebih 5-15 kali ganda
• Barah mulut: lebih 3-15 kali ganda
• Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda
• Sakit Jantung: lebih 1.5-3 kali ganda
• Barah Buah Pinggang: lebih 1.5-3 kali ganda
• Ulser Perut: lebih 2 kali ganda
• Angin Ahmar: lebih 2-3 kali ganda
Adakah perokok pasif kurang bahaya?
Tidak, ianya lebih merbahaya kerana :
• Berbanding dengan asap yang dihisap oleh perokok, asap yang disedut oleh perokok pasif mengandungi :
o 2 kali ganda nikotin
o 3 kali ganda tar
o 5 kali ganda karbon monoksida
o 50 kali ganda bahan kimia merbahaya
Adakah undang-undang dan peraturan berkaitan merokok?
Ya, adalah menjadi kesalahan jenayah bagi remaja untuk merokok, membeli rokok atau memiliki bahan yang dihasilkan dari tembakau. Merokok adalah dilarang di tempat-tempat awam seperti berikut :
• Sekolah
• Hospital dan klinik
• Bangunan-bangunan kerajaan
• Lif
• Kapalterbang
Bila merokok dianggap sebagai ketagihan?
• Seseorang mengalami rasa tidak selesa dan ketagih untuk merokok apabila tidak merokok
• Di antara tanda-tanda ketagihan adalah :
o Tanda fizikal :
 Gelisah
 Menggeletar
 Degupan jantung lebih laju
 Pernafasan cetek / tidak dalam
o Corak pemikiran :
 Gian untuk menghisap rokok
 Berasa risau, gelisah dan bimbang
 Tidak boleh menumpukan perhatian
o Corak Emosi :
 Mudah marah
 Mudah runsing
 Rasa bimbang
 Gelisah
o Pola kelakuan :
 Kehadiran ke sekolah merosot dan kurang disiplin
 Tercicir dari sekolah
 Perubahan sikap dan tingkah laku
 Terlibat dalam kegiatan jenayah seperti mencuri untuk membiayai tabiat merokok
BERKATA "TIDAK" KEPADA MEROKOK
Mengapa anda perlu berkata "Tidak"?
Adalah penting berkata "Tidak" kepada merokok sebelum ia menjadi tabiat atau menjadi ketagih.
Bagaimana anda berkata tidak kepada merokok?
• Jika semua rakan anda merokok dan anda tidak mahu seperti mereka, adalah susah untuk mengatakan "tidak", tetapi menjadi orang yang tidak merokok adalah hak anda.
• Tiada seorang pun yang mahu disisihkan, tetapi kesihatan anda adalah lebih penting.
• Strategi yang berlainan mungkin sesuai untuk orang yang berlainan.
• Sesetengah orang merasa mudah menyatakan tidak tanpa memberi penjelasan. Orang lain pula berpendapat memberi penjelasan lebih baik (cth."Saya tidak mahu merokok" atau "Pakcik saya mati disebabkan merokok")
• Jika anda tidak selesa untuk berkata tidak kepada kawan-kawan anda, minta ibubapa anda atau orang dewasa lain membantu anda mengatakan tidak.
• Mungkin seorang remaja boleh berkata "Bapa saya tidak membenarkan saya merokok" "Jurulatih bolasepak saya akan membuang saya dari pasukan jika saya merokok" .
• Yang penting anda perlu bertegas bila berkata "tidak" tanpa melukai hati/perasaan orang lain.
Bagaimana anda bertegas diri?
• Nyatakan pendirian anda. Beritahu mereka bahawa anda tidak berhajat untuk merokok.
• Nyatakan alasan anda. Beritahu mereka alasan anda mengapa tidak merokok.(contoh: merokok membahayakan kesihatan saya).
• Saling memahami. Biarlah orang lain tahu yang anda memahami perasaan orang lain.
Bagaimana anda menyampaikan keputusan anda?
• Gunakan kemahiran tanpa lisan yang betul. (ekspresi muka, gaya badan dsb.)
• Berikut beberapa panduan/petua untuk anda menjadi lebih tegas.
o Kelantangan suara. Jangan berbisik atau bercakap tidak jelas. Bercakap dengan nada suara yang jelas dan meyakinkan.
o Kontak mata. Jangan memandang ke tempat lain apabila bercakap dengan seseorang. Pandang terus ke mata seseorang semasa bercakap
o Ekspresi muka . Pastikan ekspresi muka anda bersesuian dengan apa yang anda perkatakan.(contoh jangan senyum ketika anda hendak memberitahu yang anda marah).
o Jarak. Tentukan jarak yang sesuai apabila anda bercakap dengan seseorang. (sebagai contoh, berada dijarak yang jauh jika anda hendak beredar atau berada dijarak yang dekat untuk menimbulkan kemesraan.
Bagaimana mengatakan "Tidak"?
Teknik Contoh
• "Tidak" yang mudah • "Tidak" atau "Tidak, terima kasih."
• Beritahu yang benar • "Tidak, terima kasih, saya tidak merokok"
• Beri alasan • "Tidak, terima kasih, saya perlu pergi segera ke tempat lain."
• Menukar subjek perbualan • Katakan "tidak" dan teruskan bercakap perkara lain
• "Tidak, terima kasih. Hey. Anda tengok perlawanan malam tadi tak?"
MITOS DAN FAKTA-FAKTA BERKENAAN MEROKOK
Mengapa remaja merokok?
Terdapat banyak sebab remaja merokok dan ianya diklasifikasikan mengikut :
Peribadi :
• Ingin tahu atau ingin mencuba
• Ingin membuktikan dirinya sudah matang untuk merokok
• Merasa rendah diri
• Mempercayai mitos merokok
• Memberontak
Sosial :
• Tekanan rakan sebaya
• Dicabar oleh kawan-kawan supaya merokok
• Mencontohi ibu bapa /penjaga atau saudara mara yang merokok
• Mencontohi idola popular yang juga perokok
Persekitaran :
• Pengaruh media (contoh : iklan)
• Mudah diperolehi
• Boleh dibeli
Mitos dan kebenaran mengenai merokok
Mitos Kebenaran/kenyataan
• Merokok tidaklah membahayakan seperti mana yang didakwa sesetengah orang • Kebanyakan pakar kesihatan bersetuju bahawa merokok adalah salah satu penyebab kematian dan ketidakupayaan yang serius di Malaysia.

• Berhenti merokok adalah mudah • Ramai yang gagal untuk berhenti merokok walaupun setengah dari perokok telah cuba berhenti sekurang-kurangnya sekali.

• Saya tidak perlu bimbang tentang akibat buruk merokok sehingga apabila saya tua.
• Merokok adalah sesuatu yang memberi kesan kepada anda sekarang.
• Ianya memberikan kesan fizikal kepada anda dengan :
o Mengurangkan keupayaan anda dalam menjalankan aktiviti-aktiviti berat
o Meningkatkan paras karbon monoksida di dalam badan anda
o Mengubah warna gigi dan jari anda dan mengurangkan deria rasa anda
o Menyebabkan anda barbau asap rokok
o Membelanjakan wang sebanyak RM500 setahun jika anda merokok 40 batang seminggu
• Merokok menjadikan saya dewasa. • Remaja yang tidak merokok didapati lebih matang.
• Merokok membolehkan saya mendapat kawan • Remaja yang tidak merokok akan mendapat lebih ramai kawan kerana sebahagian besarnya kebanyakan remaja tidak merokok.
• Merokok memberikan saya inspirasi • Ramai remaja yang merokok lebih mudah terlibat dalam kegiatan negatif yang berbahaya dan menyalahi undang-undang
• Merokok nampak macho dan bergaya • Merokok menjadi semakin kurang diterima masyarakat. Tempat awam adalah kawasan larangan merokok. dan telah dilarang di kebanyakan tempat awam di Malaysia. Merokok juga menggalakkan penuaan.
• Curut lebih selamat dari rokok • Curut tidak mempunyai penapis dan meningkatkan kesan kesihatan yang negatif walaupun ia tidak disedut sehingga ke dalam paru-paru.
• Tembakau yang tidak dibakar adalah lebih selamat • Tembakau yang tidak dibakar ialah semua jenis tembakau yang di kunyah, dihidu atau dihisap. Ia meningkatkan risiko mendapat barah mulut dan tekak.
AKIBAT MEROKOK
Bagaimana merokok mendatangkan kesan ke atas tubuh badan anda?
• Mempunyai kedua-dua kesan jangka pendek dan jangka panjang
• Bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok boleh merosakkan beberapa organ dalam tubuh badan kita
Apakah kesan-kesan jangka pendek?

Otak
-
Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya
Telinga - Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak
Mata - Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan
Mulut - Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak
- Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut
- Gigi menjadi kuning
Hidung - Mengurangkan deria bau
Kulit - Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut
Paru-paru - Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan

Apakah kesan-kesan jangka panjang?
• Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
• Penyakit Jantung
• Angin Ahmar / Strok
• Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
• Penyakit mulut dan gusi
• Ulser (perut, peptic)
• Osteoporosis
• Kemandulan (tidak boleh hamil)
• Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
• Mati pucuk
Selain membahayakan kesihatan diri, apakah keburukan merokok yang lain?
Merokok juga boleh mencemarkan persekitaran
• Puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan persekitaran seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes
• Menyebabkan pencemaran udara
• Perokok pasif (Menyedut/menghidu asap rokok dari orang lain yang merokok), juga boleh menyebabkan penyakit lelah di kalangan kanak-kanak
• Menyumbang sebanyak 25% kepada kes kebakaran

luar biasa baik

Tongkat Ali : Sedap tapi memberi kesan.

Siapa tak kenal Tongkat Ali? Tongkat Ali adalah minuman yang popular pada waktu ini. Dahulu semua tak tau macam mana rasenya tongkat ali. Tetapi setelah di komersialkan ianya menjadi minuman kegemaran ramai. Di mana-mana kita akan jumpa minuman tongkat ali. Sampaikan kat vending machine pun ada tongkat ali.



Ada yang menjadikan tongkat ali sebagai minuman harian. Minuman rutin. Segalanya mesti dengan tongkat ali. Tetapi ader pelbagai cerita aku dengar mengenai keburukan mengamalkan minuman tongkat ali. Cerita pertama adalah dari saudara aku sendiri. Dua tahun lepas Tongkat Ali adalah minuman utamanya setiap masa. Dari pagi, Petang sampai ke malam mesti kena tongkat ali. Kalau berjalan pun mencari tongkat ali. Baik secawan tongkat ali ataupun tongkat ali di dalam tin.

Minggu lepas aku jumpa dengan dia. Seperti biasa lepak minum dia mesti order tongkat ali. Tetapi sekarang tidak lagi. Aku pun pelik. Kenapa dia tak minum tongkat ali lagi. Rupa-rupanya, semasa dia mengamalkan minuman tongkat ali, kepala sering terasa pening. Pergi cek dengan doktor, dia ada darah tinggi. Doktor menasihatkan agar dia tidak mengamalkan minuman tongkat ali. Sekarang dia tidak mengamalkan lagi minuman tongkat ali. Apa keputusannya? Segala sakit pening semuanya hilang. Darah tinggi pun dah berkurangan.

Cerita kedua, datangnya dari member aku sendiri. Dia di masukkan ke hospital kerana buah pinggangya tidak berfungsi dengan baik. Sebelah daripada buah pinggangnya tidak berfungsi dengan normal. Dia sering sakit-sakit kepala yang kronik dan sakit belakang. Sehinggakan kecing berdarah. Bila doktor tanya, bagaimana pemakanan harian dia. Dia makan seperti biasa sahaja. Doktor tanya lagi, adakah dia minum tongkat ali? Dia menjawab, tongkat ali adalah minuman rutin hariannya. Dia mengamalkannya sejak 2 tahun lalu. Nasihat yang sama dari doktor seperti cerita pertama, kurangkan dan jangan amalkan minuman tongkat ali setiap masa.

Doktor juga menerangkan, sebenarnya tongkat ali tidak elok di buat minuman rutin harian. Ia sebenarnya minuman untuk ubat-ubatan seperti orang dulu-dulu lakukan. Dia juga tidak menggalakkan pengambilan minuman tongkat ali secara berterusan. Bukan tak boleh minum, tetapi tidak kerap. Sekali sekala itu di benarkan. Jadi di sebalik kesedapan tongakt ali yang mampu memberikan tenaga, ada juga kelemahannya dan ianya tidak elok untuk kesihatan kita. Jadi timbang-timbang dan fikir-fikirkanlah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More